#teamlipaskudung
#nenonenoneno"Adoi... 1000 biji cupcakes dalam masa 3 hari.
Tema yang tak pernah aku buat dan yang paling kreatif.
Hhmm... Tema apa ya?
Ya Allah, buntunya kalau nak cari idea saat akhir ni.
Hah kita tanya Pak Goog. Dia kan bijak bistari."
Sambil mengaru kepala yang tidak gatal.Khalisah kelihatan resah sekali. Begitulah dia jika diberi tugasan saat akhir.
Amanah orang perlu dilaksanakan. Bayaran penuh sudah diterima.
Dia mendail nombor talian hayatnya.
"Assalamualaikum, Kak Toon."
Khalisah memberi salam kepada kakak angkat merangkap adviser.
"Waalaikumsalam , Kak Toon... Waklu!"
Kak Toon @ Kalsom memang kasar cakapannya dengan Khalisah.
Tapi sedikit pun Khalisah tidak ambil hati.
Wanita yang banyak membantu semenjak mula Khalisah berhijrah.
Dialah mentor Khalisah.
"Kak... Habislah Khal kali ni."
Ngadunya pada Kalsom.
"Kenapa? Ah long cari kamu ke?"
"Ish.. Selisih semua tu kak."
"Habis tu kenapa? Kamu ni kalau tak buat suspen tak boleh ke?"
"Gini kak..." Sot set sot set.
Dicerita masalahnya dari awal hingga akhir pada Kalsom."Al kisah... Akak ingat apalah tadi. Chikedis je, tu pun nak kalut.
Chill lah. Macam tak biasa terima tempahan banyak gitu." Celoteh Kalsom.
"Kakakku sayang... Kalau Khal tak ada tempahan lain ok je.
Ni tempahan yang sedia ada belum selesai dah masuk tempahan baru.
Siap ada dateline lagi. Tolong Khal, kak."
"Ok, kasi akak 2 jam selesai hal akak dulu. Lepas tu terus ke sana.
Jangan risau, bisa diatur. In sha Allah."
Alhamdulillah... Penyelamat ku akan turun padang.
Yeahhhh!#2jamkemudian
#wonderwomansampai"Taadaa!!!"
"Astaghfirullah kak, terkejut Khal. Ingatkan siapa tadi kat belakang."
Ngomel Khalisah.
"Sorrylah, tadi masa akak masuk kamu tgh sujud akhir.
Tu yang akak seludup masuk perlahan."
Terang Kak Toon.
"Akak tunggu Khal dalam ofis ya, jap lagi Khal nyusul."Dengan senyuman yang manis, muka yang berseri tanpa secalit bahan solek
Khalisah keluar dari bilik solat dengan hati yang lapang.
Mana tak lapang, doa sudah dipohon. Mentor dah sampai.
Masalah akan selesai sebentar nanti. In Sha Allah."Kak... !!" Sergah Khalisah.
"Bertuah punya adik, terkejut akak nasib tak terkentut." Ngomel Kalsom.
"Hahaha... Sorrylah kak. Ngotot sangat whatsapp dengan siapa tu?
Scandal eh!" Nyakat Khalisah.
"Scandal kebabai, siapalah nak ngan akak yang tua ni Khal, lainlah kamu.
Muda, cantik, montok dan yang penting pandai berdikari." Puji Kalsom.
"Ye ke? Alhamdulillah, pinjaman dari Allah semuanya.
Khal dikelilingi oleh mereka yang selalu ada beri semangat
tuk Khal terus berjaya dalam hidup. Dan siapa kata akak tak cantik? Cantik per
akak Khal sorang ni. Cuma yang kureng mulut tu, mcm bertih goreng."
nyakat Khalisah lagi.
"Kamu ni kalau tak nyakat akak, tak sah eh. Betul akak cakap ni,
sapalah nak pandang akak. Kalau dah askar berderet. Beribu lemon lelaki dok
pikiak nak ngorat." Celoteh Kalsom.Hampir 10 tahun Kalsom menjanda selepas kematian suami tercinta.
Dialah ibu, dialah ayah pada lapan orang anaknya itu.
Kalsom kuat semangat orangnya. Setelah suaminya meninggal, tidak pernah sekali
Khalisah dengar beliau merungut atau mengadu perkara yang berat padanya.
Khalisah gelarkan Kalsom, Super Multitasking Mummy.
Orangnya cekap dan berjiwa kental.
Allah turunkan manusia secekal Kalsom untuk Khalisah jadikan mentor dalam dirinya."Hah, berangan apa pulak tu?" Tanya Kaalsom.
"Mana berangan, Khal ngah flashback camne kita bole kenal." Terang Khalisah.
"Nape pulak? Kamu nyesal ke kenal ngan akak?" Tanya Kalsom lagi.
"Ish akak ni, ada cakap gitu. Akak lah semangat buat Khal selama ini.
Khal bersyukur sangat Allah temukan kita." Khalisah terus memeluk Kalsom.
"Ek nape ni? Ada sesi mencurah kasih ke?"
Usik Feeqah yang tiba tiba masuk ke pejabat.
"Potong betul budak kecik ni sorang, akak baru nak feel ni." Ngomel Kalsom.
"Hehehe... Sorry lah ni nak cakap Boss, I dah print out theme yang tak pernah
kita buat tuk reference mission khas tu."
Feeqah hulur pada Khalisah kerja yang tak pernah disuruh buat.
Pekerja yang perhatin akan buat kerja dengan cekap tanpa disuruh.
"Thanks Feeqah. So sweet. Awak dah kurangkan beban saya. Good job."
Puji Khalisah.
"Small matter boss, janji bonus lebih nanti."
Sambil ketawa Feeqah berlalu dari pejabat Khalisah.~Kau hadirkan insan yang selalu menyokong dikala susah membuat hidupku
lebih mudah dan penuh dengan kesederhanaan yang membahagiakan.