#sejakpertemuanitu
Kau dah kenapa Khal? Dah macam orang sasau ulang alik kat tempat yang sama. Ni lah padahnya, malu bertanya sesat jalan. Tetiba tingkap kereta diketuk.....
"Boleh saya tolong?" sapa seorang lelaki.
"Huh?" Khalisah Aunee seperti kebingungan.
"Puan macam lost. Boleh saya tolong? Jangan takut. Saya ikhlas." lelaki tadi cuba untuk menyakinkan Khalisah Aunee.Dari penampilan macam orang baik. Tapi zaman sekarang ramai yang bertopeng. Perlu ke aku terima bantuan dari lelaki yang aku tak kenal? Kalau aku reject, sampai ke sudah aku tak jumpa jalannya. Kalau aku terima bantuan dia, takut dia ada niat jahat pulak. Macamana ni.... Tawakkal saja lah. Bersangka baik. Husnuzon.
"Saya, Idlan Shah. Ni namecard saya. Office saya depan sana saja. Saya selalu lepak di cat cafe itu. Dari tadi saya perasan kereta Puan pusing kawasan sini hampir sejam. So saya assume Puan sesat kot. Sebab itu saya tegur." terang lelaki tadi.
"Saya Khalisah Aunee. Saya, Cik bukan Puan. Terima kasih sebab sudi tolong saya. Ya memang saya dah sesat jalan. Saya cuba call kawan tapi tak berjawab. Harapkan Waze, lalu tempat yang sama juga. " cerita Khalisah Aunee.
"Bagi saya alamat yang Cik nak pergi. " minta lelaki itu.
"Laaa... dekat je tempat ni. Cik dah lepas selekoh yang sepatutnya. " kata lelaki tadi.
Setelah arahkan jalan, aku ucapkan terima kasih padanya lalu pandu ke tempat yang hendak dituju."Alhamdulillah.... Jumpa juga akhirnya. Bukan senang nak senang. " Khalisah Aunee bermonolog sendirian.
"Cik?" tetiba seseorang tegur dari arah belakang.
"Oh ikan patin masak gulai..." latah Khalisah Aunee sambil toleh ke belakang. Adoi malunya. Lelaki tadi dah seronok ketawakan dirinya."Comel latah cik. tengah lapar ke? " tanya lelaki itu.
"Tak perlu panggil cik. Panggil je Khal. Maaf ya, terkejut saya bila awak tegur dari belakang tadi. Tu yang latah. Tapi memang laparlah juga." sambil ketawakan diri sendiri."Id takut Khal tk jumpa jalannya. Tu yang follow kereta dari belakang tadi. Kesiannya lapar. Setahu Id , simpang sana ada warong. Kalau Khal sudi, Id temankan makan." pelawa lelaki itu.
"Eh, tak apa. Menyusahkan je. Saya ok je pergi sendiri. ,'' jawab Khalisha Aunee.
"Kenapa tak makan kat warong ke atau tak sudi saya temankan?'' tanya lelaki itu.
"Bukan camtu. Saya tempat makan tak cerewet janji sedap dan paling penting takde kucing. Tapi... hmm... boleh lah. Saya pun baru kat tempat ni. Takut sesat lagi.'' Khalisha Aunee terima pelawaan lelaki tadi.
"Naik kereta Id je ya? " cadang lelaki itu.
"Eh takpe, saya follow dari belakang je. " Khalisah Aunee buat keputusan.~ Setiap langkah kehidupan kita telah diaturnya.