Nama aku Nurul Aqilah Ashikin. Orang selalu panggil aku Aqilah. ya nama aku memang terkenal dengan Aqilah. Aku kerja di sebuah Syarikat Terkenal iaitu Rayyan Holding. Aku berkerja sebagai Personal asistent kepada CEO syarikat Rayyan Holding. Nak tahu kenapa aku boleh jadi PA? haa nie semua sebab daddy Haiqal Danish lah. Ouh lupa pulak, Haiqal Danish tu merupakan boss aku. Boss yang sangat garang, dan suka menjerit. kalau dia dah menjerit, boleh pekak telinga. bagus bagus tak pekak jadi pekak.
"Nurul Aqilah Ashikin". jerit Haiqal dari dalam biliknya. Ternaik bahu Aqilah dek terkejut. see aku dah cakap! Hobi Haiqal Danish nie ialah "MENJERIT". terkoncoh koncoh Aqilah melangkah masuk ke dalam Bilik boss nya. wajah Haiqal Danish merah menahan marah.
"ye boss ada apa?". tanya aqilah panik. Jangan hairan pula kalau aku Panik sebegini. Kalau hampa semua nak tahu, Si Haiqal Danish nie paling pantang kalau tengok muka aku. ada aja salah aku nak di katakan.
"kau nie kan lembik macam siput lah! kan aku suruh kau buat milo untuk aku? mana milo aku? berkurun aku tunggu tahu tak?". jerit Haiqal danish lantang. Aqilah memandang wajah bengis Haiqal Danish. Air milo? sejak bila pulak mamat garang nie suruh aku buat milo?
"mi...milo?? ma..mana ada awak suruh saya buat milo encik Haiqal". kata Aqilah jujur. Haiqal Danish mendengus kuat tanda tidak berpuas hati.
"eh ada or tak kau buat je lah! jangan banyak tanya boleh tak? erghh serabut nya aku dengan kau nie. kenapa lah daddy ambil kau sebagai PA aku? semak kau tahu tak? dah sekarang aku nak kau pergi buat Milo aku! tak sedap siap kau aku kerja kan". tengking Haiqal. terkonco konco Aqilah melangkah keluar daripada bilik Haiqal. dalam hati dia menyumpah seranah mamat yang bernama Haiqal Danish. Qaisara mengeluarkan mug yang memang khas untuk Haiqal danish lalu dia mengambil pula serbuk Milo. dia menunggu air yang telah di masak untuk mendidih.
"tak guna punya mamat singa! dia pikir aku nie kuli dia ke apa? suka hati mak bapak dia aja tengking tengking aku. eii tak guna! benci nya". kata Aqilah perlahan. Sumpah mood nya tak ada! Eleh dia pikir dia boss dia hebat lah? podaa! boleh blah!
"amboi qilah, bebel pasal apa tu? dari tadi akak tengok mulut kamu tu membebel tak sudah". tanya Kak saripah, atau pun lebih dikenali kak tipah. Aqilah hanya sekadar tersengih. wal hal dalam hati sudah menyumpah seranah mamat Singa tersebut.
"tak ada apa lah kak. macam biasa lah boss akak tu ada aje yang tak kena di mata dia. yang kena nya saya jugak". keluh Aqilah kesal. Kak tipah hanya sekadar tersenyum. 'masak' sangat dengan perangai Haiqal Danish yang memang sebulu dengan Aqilah.
"sabar aje lah qilah. macam lah kamu tak kenal dengan boss Haiqal tu. Stay strong okay". kata Kak tipah sambil mengenyitkan Matanya. Aqilah hanya sekadar tersenyum. tengah sabar lah ni kak oi!
"okay lah kak. qilah gerak dulu. nak hantar air nie. kang mengamuk pulak dia kalau Lambat". kata Aqilah dan terus sahaja berlalu. Kak tipah hanya mampu mengeleng kan kepala. Aqilah melangkah masuk ke dalam bilik Haiqal Danish. Diletak nya air yang siap dibancuh di atas meja.
"dah boss. tu air dia". kata Aqilah lalu memberikan senyuman yang semanis mungkin. Almaklum lah Aqilah kan kaya dengan Senyuman, bukan macam Haiqal danish yang senyum pun payah!
"lembik nya kau nie! kau buat air ke apa ha?". marah Haiqal. Aqilah menarik nafasnya. Sabar qilah sabar.
"buat air lah boss! tak kan lah air buat saya pulak? untuk pengetahuan boss, saya kena Masak air lagi, nak tunggu air tu masak dah Ambil masa. jadi kalau boss nak marah, better boss marah air tu sebab lambat masak. bukan marah saya". kata Aqilah selamba. Tahap kesabaran nya mula hilang. Boss tak guna! suka sangat buat orang bengang. Haiqal mengetap bibir. aku nak kena kan dia, dia kenakan aku!
"dah hari nie apa jadual aku?". jerit Haiqal. Aqilah mengelengkan kepalanya. aku rasa lah en, dia nie masa kecil kecil dulu tercekik Microfon agaknya. sebab tu suka sangat menjerit. Aqilah berlalu ke meja nya lalu mengambil buku diari yang disedia khas oleh dirinya untuk mencatat setiap butir perkara. setelah itu, Aqilah melangkah semula ke bilik Haiqal Danish.
"boss dah ready?". tanya Aqilah meminta kepastian. bukan dia tidak tahu, jika dia tidak tanya begitu,Haiqal pasti akan menyuruh nya mengulang semula apa jadual nya hari nie. sengaja dia hendak memanaskan hati Aqilah. Haiqal hanya sekadar mengangguk.
"okay boss hari nie ada meeting dengan Panglima Holdings. iaitu Cik Atilia di cafe sedili pada pukul 3 petang. setelah itu, Boss ada perjumpaan dengan Encik Qandar di sunway pyramid pada pukul 9 malam. di sini juga Encik Qandar berpesan jika lambat datang hendak lah membelanja nya makan". kata Aqilah panjang lebar. Haiqal memandang wajah Aqilah.
"qandar? benda tu pun kau nak catat ke?". tanya Haiqal. Aqilah hanya sekadar mengangkat bahu nya.
"dah tugas saya. kang saya tak catat mengamuk pulak boss". kata Aqilah sambil menutup buku diarinya. Haiqal mengetap bibir. ada aja dia nak jawab.
"dah kau boleh blah. rimas aku tengok muka kau kat sini". halau Haiqal. Aqilah tersenyum sinis. kau tak suruh blah pun aku nak blah lah! tak ada masa aku nak Hadap muka kau! buang masa je!
"okay, dah tiada apa apa kan? saya keluar dulu". tanya Aqilah sambil tersenyum manis. setelah itu dia melangkah keluar daripada Bilik Haiqal Danish. duduk sahaja ditempatnya, dia mula membebel
"tak guna punya boss! eh aku pun tak hengen lah nak hadap muka kau! buang masa aku aje hadap muka kau. poda, poi lah pikir aku heran sangat? macam lah hensem? halah tapi memang hensem pun". bebel Aqilah sendirian. Dia mengetuk kepalanya beberapa kali.
To be Continued...
______________________________________
hai guys :) okay so this is my new Story. haha hope you guys like it. Even tak best pun, saya harap masih ada yang sudi baca karya saya. and ya jangan lupa vote dan comment. thankyouu :)
YOU ARE READING
Mr.Garang
RomanceMuhammad Haiqal Danish Bin Dato Benjamin rayyan. Merupakan Seorang CEO Rayyan Holdings. mempunyai Wajah yang menarik minat setiap Wanita dan juga mempunyai senyuman yang sangat manis. tetapi sayang seribu kali sayang! Haiqal danish tersangat lah sus...