Aqilah menekan perutnya yang tersangat lah sakit. hendak menangis pun ada rasanya.
"Qilah. kau okay tak? kenapa muka berkerut tu?". tanya Haiqal danish yang baru sahaja muncul. Aqilah masih lagi menekan perutnya. sakit sangat!
"ta...takde apa". balas Aqilah ringkas. tak bermaya rasanya hendak bercakap. walau sepatah.
"tak de apa kau cakap? kau tengok muka kau tu. merah semacam. kau sakit ke? sakit apa?". tanya Haiqal danish cuak. Aqilah pantas menggeleng. ish! gila nak bagi tahu perkara sebenar? memang tak lah!
"ye, saya tak apa apa". balas Aqilah lemah. Haiqal danish mengeluh geram. Aku tanya elok elok, boleh pulak dia balas ringkas macam tu.
"suka hati kau lah!". kata Haiqal danish dan terus sahaja berlalu. Aqilah menutup perlahan lahan matanya. Tidak larat untuk bersuara.
"auch". jerit Aqilah perlahan. Makin kuat dia menekan Perutnya. Entah bila akhirnya dia terlelap.
HAIQAL DANISH melangkah masuk ke dalam bilik, dilihatnya aqilah yang sudah tertidur dengan lena. dia melangkah mendekati Aqilah lalu mengusap perlahan rambut Aqilah. jatuh kasihan dia melihat wajah isterinya.
"cantik!". desis hati Haiqal danish. Aqilah berpusing mengiring. terkejut beruk Haiqal danish melihat tompokan darah di seluar dan juga cadar milik Aqilah.
"Yaallah budak ni. dia tak tahu ke dia period?". desis hati Haiqal danish. Segan pula dia melihat Aqilah sebegitu. Haiqal danish melangkah mendekati Aqilah lalu digoyang perlahan bahu aqilah. Aqilah mengeliat kecil.
"ermmm, nak apa?". tanya Aqilah malas. Haiqal danish tersengih. macam best je ni kenakan si Aqilah.
"ehem. kau tak nak pergi tandas ke?". tanya Haiqal danish. Aqilah memandang wajah Haiqal danish dengan pandang tajam. pergi tandas buat apa?
"pergi tandas buat apa?". tanya Aqilah malas. haiqal danish tersenyum sinis.
"cuba kau bangun". suruh Haiqal danish. Aqilah akur lalu berdiri di sebelah Haiqal danish. terbuntang matanya melihat tompokan darah di atas cadar. secara automatik Aqilah memandang Seluarnya. Merah mukanya menahan malu. Haiqal danish sudah tidak dapat menahan ketawa, akhirnya dia ketawa.
"Ish apa awak ni? tak lawak lah!". marah Aqilah. Mahu sahaja dia menangis sekarang!
"hahahaha. ok ok sorry. ermm kau pergi lah tandas". kata Haiqal danish. Aqilah mendengus geram dan terus sahaja melangkah keluar daripada biliknya. sakit hatinya apabila ditertawa sebegitu. Manakala haiqal danish menarik keluar cadar yang mempunyai Tompokan darah tersebut lalu dicampak ke belakang pintu. Seterusnya, Haiqal danish melangkah ke Almari lalu mengeluarkan Cadar yang baharu. Haiqal danish memasangkan Cadar tersebut. setelah selesai, Haiqal danish berbaring di atas katil. Matanya dicuba untuk dipejam. Aqilah yang melangkah masuk tersenyum sinis. Tahu pun nak tolong! pikir nak tengok macam tu aje!
"Ha kau, kenapa tercegat kat situ?". tanya Haiqal danish apabila sedar Aqilah berdiri di hadapan pintu bilik.
"errr...er sa...saya nak ti..tidur lah ni". jawab aqilah yang tiba tiba sahaja cuak. aiseymen kau ni qilah. time macam nie lah kau nak cuak bagai. Haiqal danish hanya diam. entah bila akhirnya dia terlelap.
🌸🌸🌸
Aqilah membuka matanya perlahan lahan. cahaya matahari yang masuk ke dalam biliknya membuatkan kepala nya terasa berpinar. Aqilah memandang tempat tidur disebelahnya. kosong? mana Haiqal pergi? Aqilah bangun daripada tidur nya dan terus sahajs kedapur untuk membasuh muka. kelibat Haiqal danish di cari cari.
"Ibu. Abang haiqal mana?". tanya Aqilah apabila melihat kelibat ibunya yang berada di ruang tamu.
"tu ha kat luar. tengah borak dengan sarah". kata Puan Munirah. Mata Aqilah hampir terbeliak. sarah? aduh jangan dia nak mula plan jahat dia sudahlah!
"ouh okay bu, terima kasih. Qilah keluar dulu". pamit Aqilah dan terus sahaja berlalu. Aqilah menapak perlahan lahan keluar daripada rumah. dilihatnya Haiqal danish yang berdiri menghadap Sarah. Perasaan cemburu mula terbit di hatinya. cis tak boleh jadi ni!
"Abang". sapa Aqilah lembut. Haiqal danish tersenyum. dah mai dah isteri kesayangan aku ni.
"sayang". balas Haiqal danish tidak kalah juga lembutnya. Aqilah tersengih. ada juga kena sekeh kang.
"Abang buat apa kat sini? eh Sarah pun ada". kata Aqilah sinis. Sarah mencebik.
"takde apa lah. saja aje borak borak dengan Sarah ni. kan sarah?". tanya Haiqal danish kepada sarah. Sarah tidak mengangguk mahupun mengeleng. Aqilah memandang wajah sarah dengan perasaan bengang.
"Okay lah abang haiqal, sarah balik dulu. tiba tiba rasa panas pulak". kata Sarah sinis dan terus sahaja berlalu. Aqilah mengetap bibir. cis tak guna kau sarah! Aqilah memandang tajam ke dalam anak mata Haiqal danish.
"awak buat apa dengan dia ha?". tanya Aqilah bengang. Haiqal danish tersengih.
"alaa dating lah dengan dia. engkau datang terus spoil. baru aje aku nak dating dengan dia". kata Haiqal danish lalu ketawa. Aqilah mendengus geram.
"awak pikir lawak ke ha? awak tahu tak dia tu nak ambil awak daripada saya!". marah aqilah. tanpa dia sedar air matanya mengalir. aish emo pulak kau ni qilah!
"hei! kenapa nangis ni? ok sorry ok. aku tak buat apa apa pun dengan dia. tadi dia datang. dia yang dekat dengan aku. tapi aku tak layan dia pun". kata Haiqal danish memujuk lalu menyeka air mata aqilah yang mengalir.
"awak tipu!". kata Aqilah lalu menumbuk perlahan dada bidang haiqal danish. haiqal danish tersenyum.
"hei! sumpah aku tak tipu". kata Haiqal danish. Aqilah menyeka air matanya dan terus sahaja berlalu meninggalkan Haiqal danish yang berada di luar rumah. sakit hatinya masih ada!
Haiqal danish mengeleng kepalanya. perempuan datang bulan memang macam nie eh? akhirnya dia melangkah masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
Mr.Garang
RomantizmMuhammad Haiqal Danish Bin Dato Benjamin rayyan. Merupakan Seorang CEO Rayyan Holdings. mempunyai Wajah yang menarik minat setiap Wanita dan juga mempunyai senyuman yang sangat manis. tetapi sayang seribu kali sayang! Haiqal danish tersangat lah sus...