Aqilah mengerling Haiqal danish yang memandu perlahan. Aqilah masih takut sebenarnya. tetapi mencuba untuk berlagak biasa.
"awak, meeting dengan dato dah nak start". kata Aqilah mengingatkan Haiqal danish. Haiqal danish tersenyum manis.
"its okay, aku dah batalkan meeting dengan dato hari ni, aku nak bawa kau ke suatu tempat. nak?". kata Haiqal danish teruja. Aqilah mengaru kening nya. Nak bawa ke suatu tempat? tapi kemana? and kerja aku macam mana? eh dia ni tahu lah dia boss, suka hati aja nak bawa aku keluar.
"Err saya okay je. tapi kerja saya kat office macam mana?". tanya Aqilah ragu ragu. Haiqal danish tersenyum. ada juga rupanya perempuan macam Aqilah ni? boleh pulak dia tanya pasal kerja time aku nak bawak jalan jalan?
"tak payah pikir pasal kerja. aku nak bawa kau ke suatu tempat untuk tenang kan fikiran. jangan risau ok". kata Haiqal danish. Aqilah hanya sekadar mengangguk. Haiqal danish yang boss so suka hati dia lah! Aqilah memejamkan matanya. Terasa hilang sedikit demi sedikit beban dikepalanya. entah bila akhirnya dia terlelap. Haiqal danish yang menyedari isterinya telah pun terlelap, perlahan lahan dia mengambil tangan kanan milik isterinya lalu dikucup dan digenggam erat oleh Haiqal danish.
***
"Qilah, bangun dah sampai dah nie". kejut Haiqal danish. Aqilah membuka matanya perlahan lahan. kereta stop? kat mana ni?
"kita dah sampai ke?". tanya Aqilah. Haiqal danish mengangguk.
"yes. dah lama sampai actually. jom keluar". kata Haiqal danish lalu membuka pintu kereta nya. Haiqal danish bersandar di pintu kereta nya lalu memasang Cermin mata hitamnya. Handsome!
"kita nak kemana ni?". tanya Aqilah. Haiqal danish tersengih.
"jom kita pusing pusing area ni. ni tempat kegemaran aku kalau nak hilangkan stress". kata Haiqal danish lalu menarik lembut tangan Aqilah. Aqilah tersentak tetapi berlagak biasa.
"kita kemana ni?". tanya Aqilah buat yang kesian kali. Haiqal danish mengetap bibir tanda geram.
"kau ikut je lah. banyak tanya pulak kau". kata Haiqal danish Bengang. Aqilah tersengih. tanya sikit pun nak marah. macam mana tak marah qilah oi, dari tadi kau tanya soalan sama. macam lah si Haiqal danish nie nak jual kau.
"Qilah, tengok tu. Comel kan baby tu?". tanya Haiqal danish teruja. Aqilah memandang 'baby' yang dikatakan oleh Haiqal danish. YaAllah memang comel. tembam dan kulit nya sangat lah putih melepak.
"haah lah, comel nya baby tu". kata Aqilah. kali ini dia pula yang teruja.
"nanti anak kita pun mesti comel macam tu kan?". kata Haiqal danish. Aqilah memandang wajah Haiqal danish tidak percaya. biar betul si haiqal ni? dia salah cakap kut!
"qilah, jom naik basikal nak?". tanya Haiqal danish. Aqilah tersengih. macam lah aku reti bawak basikal.
"tak nak lah. saya tak reti". kata Aqilah jujur. Haiqal Danish ketawa.
"apa lah kau ni qilah? bawak basikal pun tak reti?". Tanya Haiqal danish. Aqilah mengetap bibir. sempat pulak namat nie mengutuk.
"ye. saya tak reti. awak sorang je lah naik basikal. saya tak nak. kang saya jatuh". kata Aqilah lalu mencebik bibir. Haiqal danish ketawa geli hati.
"hmm its okay, aku yang kayuh. kau duk belakang je. ok? jom. tak ada alasan". kata Haiqal danish dan terus sahaja menarik tangan Aqilah. Aqilah hanya menurut langkah Haiqal danish.
"err kak, saya nak sewa basikal satu. berapa ye?". tanya Haiqal danish. Aqilah hanya sekadar jadi pemerhati. Gadis tersebut tersenyum gedik.
"boleh je bang. abang nak basikal yanh mana satu? basikal biasa or Basikal 2 in 1?". tanya gadis tersebut dengan manjanya. Haiqal danish menelan air liur nya. mak aih perempuan nie, gediknya! dah lah makeup tebal gila!
"yang biasa je. Almaklum lah, Isteri saya nie tak reti nak kayuh basikal. so saya yang kayuh dia duk kat belakang je peluk pinggang saya. kan Sayang?". tanya Haiqal danish lalu memeluk pinggang ramping milik Aqilah. aqilah tersenyum sinis.
"haah. abang cepat lah. panas ni". kata Aqilah dengan manjanya. sengaja dia memeluk lengan sasa milik Haiqal danish. haa padan muka kau budak, nak sangat goda suami aku? eii sumpah aku jeles lah minah!
"oh sabar". kata Gadis tersebut dam terus sahaja memberi sebuah kunci untuk membuka padlock basikal.
"ha ni basikalnya. kau orang berdua boleh naik basikal nie. semua nya RM45". kata gadis tersebut. Haiqal danish mengeluarkan not 50 lalu diberikan kepada gadis tersebut.
"nah. baki tu simpan aje lah". kata Haiqal danish dan terus sahaja berlalu ke arah basikal tersebut.
"meh qilah, kau naik belakang. kau jangan risau ok". kata Haiqal danish. Aqilah mengangguk lalu duduk di tempat yang haiqal danish katakan.
"ok ready? lets go! makesure pegang aku kuat kuat. sebab jalan kat sini berbukit". kata Haiqal danish. aqilah terus sahaja memegang bahu Haiqal danish lalu haiqal danish memulakan perjalan 'kayuh basikal'.
Sepanjang mereka berdua disana, banyak perkara yang mereka lakukan. Haiqal danish masih setia mengusik Aqilah. manakala aqilah sering menjadi mangsa haiqal danish.
"awak, udah lah tu, jom kita balik. saya dah penat". kata Aqilah sambil menarik lembut tangan Haiqal danish. Haiqal danish tersengih.
"alolo penat ye? okok jom kita balik". kata Haiqal danish lalu bersama sama melangkah ke kereta Audi miliknya. kereta audi tersebut meluncur laju. aqilah yang kepenatan memejam matanya untuk menghilangkan kepenatan.
"thanks sebab teman aku". kata Haiqal danish memecahkan suasana sunyi. aqilah yang mendengar Suara Haiqal danish terus sahaja membuka matanya perlahan lahan.
"welcome, and thanks juga sebab bawa saya pergi tempat tu. best sangat. hilanh stress saya". kata Aqilah dengan teruja nya. Haiqal danish tersenyum.
"no hal. ermm jom kita singgah makan kejap. aku lapar lah". kata Haiqal danish dengan sengihannya. Aqilah juga turut tersengih lantas mengangguk. dia pun lapar juga sebenarnya.
to be continued....
______________________________________
Hai Guys. hahaha amacam part ni? ermm sweet je si Haiqal nie tau. geram pulak author. hahahaha takpe takpe lepasnie banyak lagi dugaan. hahahaha kita kasih dulu diorang sweet2. lepas nie gaduh gaduh pulak. hahahahaha ermn jangan lupa vote dan comment tau. kalau tak, saya tak nak Next part 😘😘 HAHAHAHAHA ok salam sayang daripada saya Seripah Hazilah. muahh
YOU ARE READING
Mr.Garang
RomanceMuhammad Haiqal Danish Bin Dato Benjamin rayyan. Merupakan Seorang CEO Rayyan Holdings. mempunyai Wajah yang menarik minat setiap Wanita dan juga mempunyai senyuman yang sangat manis. tetapi sayang seribu kali sayang! Haiqal danish tersangat lah sus...