Aqilah melangkah masuk ke dalam rumah sewa nya. Betapa stress nya dia hari ini. Aqilah menduduk kan tubuhnya dia sofa yang berada di Ruang tamu. dia mahu merehatkan tubuhnya terlebih dahulu sebelum mandi dan menunaikan Solat isyak. Baru sahaja Aqilah ingin memejamkan Mata nya, dia disergah oleh seseorang. Siapa lagi kalau Bukan Siti Aminah, kawan sesewa.
"Hoi Qilah! hang baru balik ka?". tanya aminah. Aqilah mengetap bibir. dah sah sah lah aku baru balik! baju pun belum ganti, Tudung pun belum buka!
"tak lah, aku dah lama dah balik ha! kau tak nampak ke aku dah ganti baju? dah bukak tudung? dah wangi dah?". Perli Aqilah. Aminah tersengih. dia mengetuk kepala nya beberapa kali.
"ala kau nie. emo terlebih awat? boss kau cari pasal lagi eh?". tanya Aminah. Aqilah hanya sekadar mengangguk kan kepalanya. Untung juga lah ada Kawan sesewa seperti Aminah, Segala Hal yang terjadi dia akan tanya. Aminah juga merupakan Kawan sekampung.
"Apa lagi penyebab mood aku tiada kalau bukan si Boss garang tu". balas Aqilah acuh tak acuh. mata nya dipejam rapat, mahu direhat kan sepenuhnya. Aminah ketawa mendengar jawapan Aqilah. entah apa yang lucu nya!
"haih kau dengan boss kau nie kan memang suka gaduh ke apa? lawak lah weh! tak habis habis gaduh. kau jangan, gaduh gaduh juga kang jatuh cinta padan muka kau. sebab orang tua tua kata, jangan gaduh gaduh nie tanda nya sayang tau". Kata Aminah. Aqilah menbulatkan matanya Memandang Aminah. suka hati dia aje! eh kau tak tahu Si Haiqal Danish tu pantang nampak muka aku! ada aje dia tak puas hati. nak sayang apa nya! benci adalah! eh aku pun benci dia okay!
"banyak lah kau punya sayang! dah lah baik aku masuk Bilik, nak mandi and solat. then tidur. daripada layan otak gila kau nie". kata Aqilah lalu mula bangun daripada duduknya. Aminah ketawa geli hati. Orang yang kau kata gila nie lah ada selalu dengan kau tau!
"kau dah makan ke belum?". jerit Aminah bertanya.
"dah. thanks je lah. aku dah makan sebelum balik. kau dah makan ke belum? kalau kau belum makan Aku boleh temankan". tanya Aqilah semula. Aminah pantas mengeleng.
"aku tanya kau je. aku dah makan dah. kalau kau lapar ke nanti tengah malam tu ada makanan kat dapur". kata Aminah.
"ye baiklah. thanks tau". kata Aqilah dan terus sahaja masuk ke dalam biliknya dan Bum!!! pintu bilik dihempas. Aminah mengurut dada nya. Kus semangat! nie kalau aku ada sakit jantung boleh jalan dah woo!!
"woi kau gila ke apa? kau nak aku mati ke ha? suka sangat Hempas pintu tu pahal?". Jerit Aminah dari luar. Aqilah hanya diam. Terhempas okay! bukan saja nak hempas pun. Aqilah melangkah masuk ke dalam Tandas. setelah itu, dia menunaikan Solat isyak. Setelah menunaikan Solat Isyak, Aqilah menghempas kan tubuhnya ke katil. Tidur lebih baik. Sempat dia berdoa dalam hati agar Haiqal Danish tidak menjerit mulai esok! mimpi lah kau qilah!
🌸🌸🌸
Aqilah memandang tubuhnya di hadapan Cermin. Baju kurung Berwarna pink lembut dan dipadankan dengan Tudung keknis berwarna Hitam. Ok cun dah. Setelah berpuas hati, Aqilah mencapai beg tangan nya lalu melangkah ke dapur. Dilihatnya Aminah yang sibuk Menyiapkan sarapan. Haih untung nya diri kau Qilah, dapat Roommate yang rajin macam Aminah.
"haaa cik adik manis. duduk lah. saya tengah siapkan sarapan. kejap ye". kata Aminah lalu melangkah ke dapur semula. Aqilah memandang Aminah yang melangkah ke meja makan semula dengan Membawa dua cawan Teh.
"nah nie untuk kau. minum cepat. tu Roti aku dah siap bakar kan". kata Aminah. Aqilah hanya sekadar mengangguk. setelah bersarapan Aqilah mula bangun daripada duduknya
"thanks beb. aku kena gerak nie. kang jem lewat lak aku datang. ouh ya kau kau gi kerja tu elok elok tau". pesan Aqilah dan terus sahaja berlalu. Aminah hanya sekadar mengeleng kan kepala. Qilah qilah! busy memanjang je kau nie! nasib kau lah qilah dapat boss macam Encik Haiqal tu!
🌸🌸🌸🌸
Aqilah melangkah ke lift dengan berhati hati, kang ada yang jatuh depan lift tak ke malu nanti?? Aqilah rasa seperti dirinya diperhari. dia memandang orang yang berada disebelahnya. Terkejut beruk dia apabila melihat Boss nya iaitu Haiqal Danish berada di sebelahnya.
"err Good Morning boss". Sapa Aqilah ceria. Haiqal danish memandang Aqilah sekilas sebelum tersenyum sinis.
"morning". jawab Haiqal Danish acuh tak acuh. Aqilah Mengetap bibir. suka hati kau lah! Pergi mampus!! Aqilah dan Haiqal Danish melangkah masuk ke dalam Lift. semua mata yang berada di dalam lift memandang ke arah Aqilah Dan Haiqal Danish. setelah sampai Di tingkat 18. Aqilah melangkah keluar dan terus sahaja berlalu ke meja kerja nya.
"masuk bilik aku sekarang". arah Haiqal Danish dan terus sahaja berlalu ke dalam biliknya. Aqilah hanya sekadar menurut, dia mengambil buku Diarinya lalu melangkah masuk ke dalam Bilik Haiqal Danish. Dia berdiri betul betul di hadapan meja Haiqal Danish.
"apa jadual aku hari nie?". Tanya Haiqal Danish tanpa memandang wajah Aqilah. Dia mula membuka laptop nya dan menaip sesuatu.
"err boss ada Meeting dengan dato Ahmad dekat Syarikat Dato sendiri iaitu Ahmad Holdings. pada pukul 12 tengah hari nanti. ". kata Aqilah lalu menutup semula Buku diarinya. Haiqal danish hanya sekadar menganggukkan kepalanya.
"ada apa apa lagi?". tanya Haiqal danish. Aqilah pantas mengelengkan kepalanya. dah aku tak cakap pape tu maksudnya tak ada lah!
"tak ada boss. hari nie boss free kecuali pukul 12 nanti". kata Aqilah. Haiqal mengangguk lagi. Aqilah mengetap bibir. angguk angguk! aku patahkan leher tu kang padan muka!
"okay kau boleh keluar. ouh ya satu lagi, aku nak kau buat kan aku milo macam biasa. tak nak manis sangat macam semalam. kang aku dapat kencing manis". perli Haiqal Danish. Aqilah mengetap bibir. eii aku dah buat pun kira bersyukut tau!
"baik boss". kata Aqilah selembut mungkin sambil tersenyum manis. keluar sahaja daripada Bilik Haiqal Danish hilang terus senyuman nya yang Manis seperti gula. Setelah menyiapkan Milo yang diminta, Aqilah melangkah ke meja kerja nya. Telefon milik pejabat berbunyi. Aqilah pantas menjawab.
"hai assalammualaikum syarikat Rayyan Holding di sini. ada apa yang boleh saya bantu?". tanya Aqilah selembut mungkin.
"boleh saya bercakap dengan Haiqal danial?". tanya Orang tersebut. suara perempuan!
"err maaf. ini siapa? saya merupakan PA kepada Encik Haiqal Danish. Encik Haiqal sekarang tengah busy. kalau ada apa apa pesanan boleh lah beritahu saya, nanti saya sampaikan dekat encik Haiqal". kata Aqilah. dalam otak nya tertanya tanya siapa perempuan tersebut.
"ouh tak ada apa lah. maaf menganggu". kata perempuan tersebut dan tut tut tut! Aqilah mendengus geram.
"eii suka hati dia je. dia pikir nie apa? call lepastu matikan!". Desis hati Aqilah. dalam hati dia menyumpah seranah orang yang berada di dalam talian tersebut.
to be continued....
______________________________________
okay guys part 3. Alhamdulillah. so far macam mana? menarik ke tidak? comment lah sikit. hehe jangan lupa vote dan comment tau. thanksss
YOU ARE READING
Mr.Garang
RomanceMuhammad Haiqal Danish Bin Dato Benjamin rayyan. Merupakan Seorang CEO Rayyan Holdings. mempunyai Wajah yang menarik minat setiap Wanita dan juga mempunyai senyuman yang sangat manis. tetapi sayang seribu kali sayang! Haiqal danish tersangat lah sus...