CDD | 2

84.4K 3.1K 91
                                    

BUNYI batang logam yang berlaga dengan pinggan kaca mengganti suasana sunyi antara mereka. Haiqal menghabiskan suapan terakhir dan meneguk air teh yang berbaki sedikit sehingga habis. Jam di tangan ditelek sekilas lalu capai kot hitam yang berada di kerusi sebelah. 

"Mummy, Haiqal pergi dulu." Haiqal mendekati Datin Mariam dan Dato' Syed Hashim untuk bersalam.

"Haiqal, tolong hantar Leeya ke kolej?" pinta Mummynya. Haiqal serta-merta memandang Leeya. Gadis itu tersengih.

"Rid kan ada."

"Rid kena hantar daddy. Hari ni daddy nak ke Melaka."

"Alah! Hari ni je. Esok kereta Leeya dah boleh keluar dari hospital," tambah Aleeya yang masih tersengih.

"Aduh... Malaslah nak singgah. Jomlah." Haiqal rela dalam terpaksa dan melangkah keluar dari rumah.

Aleeya segera bangun dan bersalam dengan kedua orang tuanya. Terkedek-kedek dia mengejar abangnya yang sudah keluar dari rumah. Dia mencapai kasut sarung hitam dan berlari ke arah kereta abangnya. Sebelum membuka pintu, dia pandang sebuah kereta di sebelah.

"Abang, naik ni." Aleeya menunjuk pada kereta Ferrari Enzo milik Haiqal.

"Tak boleh. Itu bukan kereta untuk pergi kerja," balas Haiqal.

Leeya mencebik. "Daripada abang biar je terperuk kat garaj ni apa salahnya sekali-sekala bawa. Barulah nampak smart sikit,"

"Kau masuk dalam kereta sekarang. Aku tinggalkan kau dekat sini kang," ugut Haiqal.

Aleeya mengajuk kata-kata abangnya tanpa ada suara dan masuk ke dalam kereta. Mata menjeling pada lelaki itu sambil menarik tali pinggang keledar.

"Peramlah kat garaj tu sampai berkulat." Aleeya menyindir.

Hampir sepuluh minit, Mercedez Benz itu hampir ke kawasan masuk UiTM. Aleeya mengingatkan Haiqal untuk belok ke arah kanan selepas masuk ke perkarangan tempat pengajiannya itu. Tapi lain pula yang jadi bila Haiqal mengambil arah ke kiri.

"Abang! Kan Leeya kata masuk kanan. Ni jalan sehala!" marah Aleeya.

"Alah... Bukan ada orang pun," balas Haiqal selamba. Sejurus dia kata begitu, ada sebuah kereta dari arah bertentangan. Kedua kenderaan itu berhenti serentak.

Pin! Pin!

"Kan Leeya dah kata, abang tak nak dengar. Abang reverse, bagi dia lalu dulu," desak Aleeya. Sakit otak dengan perangai abangnya.

"Abang sampai dulu, abanglah jalan dulu." Haiqal membunyikan hon juga.

"Ish! Abang jangan nak merepek boleh tak?" Aleeya menampar lengan Haiqal. Seraya itu seorang wanita turun dari kereta dan berjalan ke arah mereka. Aleeya mengeluh perlahan. Dia lihat wanita itu pergi ke tingkap kereta tempat pemandu lalu mengetuk beberapa kali.

Haiqal menurunkan tingkap kereta dan memandang wanita itu yang sudah berpeluk tubuh.

"Awak tahu tak ini jalan sehala?" soal gadis itu dan ada sedikit nada sinis.

"Tak. Tapi saya sampai dulu jadi bagi saya lalu." Haiqal senyum sedikit.

Aleeya sudah memicit kepalanya saat mendengar balasan abangnya. 

"Awak ingat, awak pakai kereta macam ni orang akan hormat awak? Lepas tu kena bagi laluan dulu? Who do you think you are? Pergi kelas memandu ke tak? Pakai kereta mahal tapi otak murah buat apa."

Haiqal pandang wanita itu selepas mendengar ayat yang terakhir. Hatinya sedikit tersentak. Cermin mata hitamnya dipakai.

"Fine." Haiqal mengalah dan tukar gear untuk undur keretanya. Wanita itu juga kembali ke keretanya.

"Sedapkan pagi-pagi dah makan sindiran orang. Padan muka." Aleeya menjeling.

"Dia tu, harap muka je cantik. Mulut tak ada insurans," kata Haiqal. Geram kerana direndahkan begitu.

"Cantik? Abang mengakulah yang dia cantik? Haih... Susah abang nak puji perempuan lain cantik. Lagi cantik daripada bekas kekasih abang tu, kan?" Aleeya merapatkan dirinya pada Haiqal untuk mengusik.

"Don't even mention anything about her," balas Haiqal pendek dan wajahnya serius.

Aleeya kembali bersandar di kerusinya sambil mencebik.

Sebaik saja Aleeya turun dari kereta, Haiqal ingin memandu pergi tapi matanya terpandang wanita tadi yang sedang berjalan masuk ke dalam bangunan bersama dengan seorang wanita. Mungkin kawan sekuliah. 

Awina Aleeya... Getus Haiqal. Dia sempat melihat nama wanita itu tadi pada tag pelajar.

"Cantik? Abang mengakulah yang dia cantik?" Kata-kata Aleeya tadi terngiang-ngiang semula di telinganya.

Haiqal memandu keluar dari perkarangan UiTM dengan terfikirkan hal itu. Memang dia susah nak mengaku mana-mana perempuan cantik di matanya apatah lagi terdetik. Dan tadi pula meluncur keluar dari mulutnya. Entah kenapa kali ini dia tak dapat menafikan, Awina Aleeya memang cantik. Wajah polos dengan beberapa solekan ringan yang tidak ketara buatkan wajah wanita itu nampak tenang untuk dipandang.

"Haihh... Tapi mulut tetap macam tak ada insurans," omel Haiqal bila dia teringat pula ayat sindiran wanita itu.

***


AWINA dan Syafina berjalan lenggang kangkung menuju ke fakulti mereka yang sudah tidak jauh. Kelas mereka akan mula lebih kurang 20 minit lagi. Awina leka menatap handphonenya dan sesekali memandang ke depan melihat laluan. 

"Kau cakap apa tadi dekat orang tu?" soal Syafina.

"Orang mana?" 

"Tadi lah masa kat jalan sehala tu." Syafina mengingatkan.

"Aku bagi ayat pedas boek punya. Aku cakap macam ni, kereta je mahal tapi otak murah. Terus berubah muka dia." 

Syafina gelak, "Dia hantar awek dia ke? Aku nampak ada perempuan dekat sebelah."

"Manalah aku tahu. Entah bini ke sugarbaby ke. Lantak dialah." Awina jongket bahu.

Tiba-tiba saja bahunya dilanggar kuat dari belakang sehingga buku dalam pegangannya hampir terlepas. Muncul seorang wanita di hadapannya.  Awina menghela perlahan. Dia sudah agak. Tak ada orang gila seperti Shima yang mahu cari gaduh dengannya. Awina hanya pandang malas wanita itu yang sedikit tinggi daripadanya dan mengenakan seluar straight cut denim, crop top yang mendedahkan sedikit bahagian perutnya dan disarung dengan jaket denim juga. Rambut separuh karat itu diikat ekor kuda dan ada anak rambut dibiar lepas bahagian tepi dahi.

"Hari-hari muka kau. Cubalah muka Emma Watson ke, Kate Winslet ke... Berseleralah juga aku nak tengok." Syafina mula bersuara dulu dan sempat beri sindiran.

"Macamlah diorang berselera tengok muka korang berdua. Especially orang yang suka rampas hak orang lain."

Awina tetap tenang merenung Shima. Dia faham maksud ayat itu. Salah faham selama ini yang Shima tidak mahu percaya bahawa dia rampas teman lelaki wanita itu. Hakikatnya lelaki itu yang datang sendiri walaupun berjuta kali dia tolak. Kali ini dia muak.

Awina dekatkan dirinya pada Shima.

"Apa kata daripada kau sibuk serang aku macam ni, lebih baik kau berusaha 300% untuk jaga Fahim sebelum aku betul-betul rampas dia daripada kau. Mungkin ada sesuatu dekat aku yang tak ada dekat kau sampai aku berjaya tarik perhatian Fahim." Awina berlalu pergi bila Shima seperti kaku untuk membuat serangan balas.

Syafina kejar kawannya dan terus menyenggol perlahan lengan Awina.

"Sejak bila kau pandai jadi psiko ni? Pertama kali Shima terdiam ni."

"Psiko ke? Mengarutlah kau ni,"

"Betul, kau kena ubah penampilan kau. Baru terserlah psiko kau sampai orang takut." Syafina menambah lagi.

"Mengarut." Awina menggeleng.

Cinta Dalam Diam [TERBIT]Where stories live. Discover now