SETIAP kali menyelak helaian seterusnya, Haiqal mengerling pada telefon di sebelah. Telefonnya akan automatik terbuka dan memaparkan notifikasi di bahagian tetingkap. Haiqal periksa data pada helaian tersebut dengan teliti.
"Ini penggal kedua tahun lepas punya ke?" soal Haiqal.
"Ha'ah. Belakang-belakang tu... halaman 28 baru penggal pertama tahun ni," kata Thaqif.
"Jadi macam mana boleh ada short?" Haiqal pandang Thaqif. Lelaki itu tarik kerusi keluar dan duduk.
"Juruaudit dah buat semakan semula. Invois tak selari dengan data walaupun nilainya kecil. Penyata pun, penyata palsu. Sebab tu perbelanjaan yang sepatutnya lari sikit." cerita Thaqif perlahan bila ada yang pelik dalam penyata kewangan syarikat pada tahun lepas.
"Siapa yang urus?"
"Encik Hanif. Aku syak juga sebab dia tukar kereta baru. Anak dia pun pakai kereta baru."
"Periksa dulu betul-betul. Dah dapat baru kita proceed," kata Haiqal masih tenang. Dia tidak mahu terburu-buru.
Thaqif mengangguk.
Bila ada bunyi notifikasi, Haiqal lantas menoleh pada telefonnya. Thaqif yang menarik semula fail tadi perasan dengan kelakuan Haiqal.
"Ya aku tahu kau rindu tunang kau tapi jangan la gelabah macam dah tak jumpa setahun," tegur Thaqif tapi nadanya mengusik.
"Entah la, seminggu ni dia nak tak nak layan aku. Jawab mesej pun sepatah je lepas tu hilang."
"Korang gaduh ke?"
Haiqal menggeleng tapi tetap fikir semula. Sejak balik dari reunion tu, okay saja. Sempat juga berborak kosong. Atau Awina marah sebab suruh panggil dia dengan panggilan abang?
"Takkan bye je?"
"Maksudnya?"
"Cakap la, bye abang. Goodnight, sweetdream. I love you abang, Baru la senang hati nak balik,"
"Euw! Jangan nak mengada. Awak tu tua tujuh tahun daripada saya. Elok panggil pakcik je. Dengan misai jambang semua tu. Dah la nak masuk. Bye pakcik!" Awina berlari anak masuk ke dalam rumah sewanya.
"Alah dia sibuk la tu. Okay, keluar dulu. Bye!" Thaqif menuju ke pintu keluar.
Haiqal duduk bersandar pada kerusinya sambil meraba jambangnya. Nampak tua sangat ke dia kalau ada misai dan jambang ini?
***
AMIRA buka pintu perlahan agar tidak buat Awina terganggu. Hari ini cuma dia seorang ada kelas petang kecuali lain yang dari pagi. Elok juga kerana bolehlah mereka bergilir-gilir jaga Awina yang demam.
Punggung dihenyak perlahan. Serba salah pula nak kejutkan untuk makan tengahari. Amira letak tangan di pipi Awina.
"Uish! Panas gila." Bila dicapai, hampir kering. Tubuh Awina juga agak berpeluh dan pucat.
"Wina, jom makan dulu. Lepas tu makan ubat." Amira gerakkan bahu Awina. Wanita itu mula terjaga.
Awina berusaha untuk bangun dari pembaringannya. Bahu Amira dipegang. Mangkuk yang agak besar terletak di meja kecil tepi katil dicapai. Seraya itu Awina muntah.
Amira kalut. Belakang Awina diusap. Matanya dipejam rapat tidak mahu pandang isi yang keluar. Nanti dia pula ikut muntah.
Bila Awina sudah selesai, Amira ambil bekas itu dan dibawa ke bilik air untuk buang. Usai itu, dia kembali di katil. Awina sudah baring semula. Nampak sangat lemah.
YOU ARE READING
Cinta Dalam Diam [TERBIT]
Romance📌 TERBITAN ANAASA PUBLICATION Sejak pertemuan pertama sudah menjentik hati Syed Haiqal tanpa dia sedar. Hati yang tertutup dibuka semula untuk Awina Aleeya yang tiba-tiba jadi calon jodoh yang tidak disangka. "Sampai hati lupa nama boyfriend olok-o...