CDD | 1

159K 3.8K 70
                                    

AWINA asyik menukar siaran sedari tadi. Semua punat pada alat kawalan jauh itu habis ditekan. Hujung minggu begini langsung tiada siaran yang menarik minatnya untuk menonton. Rancangan realiti dan entah apa-apa program khas. Awina berdecit. 

"Hoi! Macam nak terbelah remote TV tu aku tengok!" sergah Syafina. Lucu melihat gelagat kawannya yang tak sudah lagi main tukar siaran. Mug putih bercorak gambar kartun beruang itu diletak di atas meja.

"Bosanlah tak ada cerita best!" jerit Awina separa kuat.

Syafina menyambar alat kawalan jauh itu dari tangan Awina dan alih pada siaran yang dia mahu. Mulut mengoyak senyuman dan letak alat kawalan itu di sisi kemudian pandang wanita disebelahnya yang sudah berkerut.

"Pukul tiga nanti ada movie best."

"Itu pukul tiga. Ini pukul dua pun belum. Takkan nak tengok artis ni pot pet pot pet pasal rumah dia, hidup dia dan family apa semua?" soal Awina.

"Apa salahnya. Layan jelah." Mudah saja jawapan Syafina sambil menyuap snek mi Mamee Monster ke dalam mulutnya.

Awina mengeluh. Dia bukannya minat benda macam ini. Kehidupan artis lagilah dia tak pernah ambil tahu apa lagi ikut akaun media sosial mereka. Bosan.

"Korang tengok cerita apa?" Amira muncul dan duduk di kerusi sofa satu. Matanya terhala pada kaca televisyen.

"Entahlah. Fina suruh layan dulu rancangan ni sebab kejap lagi ada cerita best katanya," jawab Awina.

"Eh dia ni kan yang kahwin dengan CEO syarikat mana entah. Beza umur 30 tahun kot!" cerita Amira tiba-tiba.

Tapi Awina tetap dengan muka bosannya. Kisah apa dia dengan hidup orang lain. Lainlah boleh berlaku dalam hidupnya juga. Syafina pula ikut teruja dan bergosip. Mungkin dia bukan wanita asli yang sukakan cerita sensasi begitu.

"Untunglah jadi artis. Kalau tak kahwin dengan artis, kahwin dengan orang kaya. Betul tak Wina?" Syafina menyenggol lengan kawannya.

"Boring. Bukan dapat apa pun kalau gosip pasal diorang. Lainlah kalau gosip lepas tu jadi kat aku pula. Kahwin dengan CEO." ujar Awina.

"Cis! Nak juga tu berangan. Tak apa, nanti aku cakap dekat mak kau suruh cari menantu CEO." Syafina senyum mengusik.

"But without love, a marriage is nothing. Jadi tak payah susah-susahlah ya Cik Syafina." Awina membalas.

"Ish! Banyak songeh lah engkau ni."

"Diorang dah sampai!"

"Siapa?" pantas Awina menyoal sergahan Amira. Kepalanya mengikut gerak tubuh wanita itu yang melangkah ke pintu rumah. Begitu juga Syafina. Awina masih duduk di sofa dan separa tubuhnya menghadap ke pintu rumah. Dia masih terpinga-pinga. Ada apa-apa yang dia tidak tahu ke?

Sebaik saja Amira membuka pintu, wajah dua orang yang dikenali terpampang pada biji matanya. 

"Hai girls," sapa salah seorang daripada mereka.

Awina melompat turun dari sofa dan berlari ke arah muka pintu. Menjerit dia dan dua orang lagi yang baru tiba itu sambil berpelukkan kerana sudah lama tidak bertemu.

"Korang buat apa dekat sini?" tanya Awina.

"Kitaorang study sinilah nanti. Finally... Dapat lepas buat permohonan semula," jawab Ain dan senyum. Zulaikha di sebelah sudah mengangguk.

Awina mengangguk faham. Mereka semua sahabat sejak sekolah menengah namun Ain dan Zulaikha dari aliran yang berbeza daripada mereka bertiga. Mereka cuba untuk mohon sambung ijazah di universiti yang sama malangnya hanya dia, Syafina dan Amira yang berjaya.  Tapi Amira pula berbeza bidang.

"Korang tak bagitahu apa pun." Awina cemberut.

"Saja nak bagi kejutan," jawab Zulaikha pula.

"Eh korang je ke dalam rumah sewa ni?" Ain meninjau ke dalam rumah.

"Dua bulan lepas ada je senior tapi diorang dah habis. Jomlah masuk." Awina pelawa siap tolong angkut beg tapi mulut masing-masing masih lagi kepoh dengan macam-macam topik. 

***


HAIQAL memandu kereta Mercedes Benz membelah jalan raya yang semakin sibuk dengan kenderaan. Waktu puncak untuk semua yang bekerja akan pulang waktu begini. Matanya tetap fokus pada pemanduan. Kereta mulai perlahan di kawasan trafik. Haiqal menyandarkan kepalanya pada kerusi. Telefon berdering. Segera dia menyumbat earpod pada sebelah telinganya.

"Hello," sapa Haiqal dulu.

"Haiqal, lepak jom malam ni," cadang Thaqif, antara sahabat baiknya sewaktu universiti di London yang sekarang dia ajak bekerja sebagai staf di syarikat milik bapanya.

"Malaslah..." jawab Haiqal pendek. Memang dia malas mahu keluar melepak malam ni. Sekali-sekala, apa salahnya duduk di rumah menghadap muka keluarganya pula.

"Hmm... yelah, tak apalah kalau macam tu. Assalamualaikum," talian di matikan.

Sampai di rumah, Haiqal terus memarkir keretanya di garaj. Dia pandang Alphard hitam di sebelah. Tahu yang daddynya sudah pulang. Keluar dari perut kereta dia bertembung dengan Ridzan, pemandu peribadi daddynya yang laju melangkah ke Alphard.

"Rid, nak ke mana?" soal Haiqal.

"Nak pergi jemput Cik Aleeya. Kereta dia rosak. Pergi dulu Encik Haiqal." Ridzan meminta diri. Haiqal pula melangkah longlai masuk ke dalam rumah banglo mewah itu.

"Assalamualaikum..." Haiqal terus duduk di sofa. Matanya di pejam.

"Haiqal." Lembut suara seseorang menyapa. Terus celik mata Haiqal dan memandang wanita yang baru melabuhkan punggung di sofa bertentangan dengannya.

"Mummy..."

"Awalnya balik?" soal Datin Mariam sambil pandang anak bujangnya dari atas ke bawah. Nampak penat semacam.

"Perli Haiqal ke Mummy?" senyum Haiqal. Dia tahu, hampir setiap hari dia pulang lewat ke rumah. Habis saja kerja, dia akan keluar melepak bersama Thaqif dan Arshad dulu.

"Tanya pun salah ke?" soal Datin Mariam balik. Tapi dalam hatinya dia sentiasa bersyukur kerana Haiqal sedikit pun tidak terjebak dengan benda tidak elok atau bersosial seperti sesetengah anak-anak kawan korporatnya yang lain.

"Haiqal penat sikit hari ni. Itu yang balik awal. Leeya pergi mana mummy? Rid pergi jemput dia kata kereta rosak," ujar Haiqal.

"Dia pergi library dengan kawan dia. Entahlah dia tu tiba-tiba call Rid kata kereta rosak dan suruh Rid jemput. Kalau call Mummy tadi, siap dia kena bebel," jelas Datin Mariam.

"Mummy, Haiqal masuk bilik dulu eh?" Haiqal bangun dan naik ke tingkat atas. Dia berjalan perlahan menuju ke biliknya. Tali leher yang masih terikat dilonggarkan sedikit. Tubuhnya terus direbah ke atas katil empuknya. Sebelah tangannya diletak atas dahi.

"Sedapnya kalau ada orang urutkan. Itulah Haiqal... Mummy nak carikan kau isteri kau tak nak." Haiqal merungut sendirian. Bukan dalam rumah ini tiada mesin pengurut itu tapi rasanya tak sama kalau diurut dengan tangan manusia.

Fikirannya bertukar pula pada perkataan 'isteri' . Ada sesuatu yang mengganggu dan jadi penghalang setiap kali Mummy buka topik untuk carikan dia jodoh. Susah untuk keluar dari kenangan silam walaupun dia sudah cuba. Masih ada saki baki yang tertanam dalam hatinya. Mungkin dia perlu terima tawaran Mummynya. 

Cinta Dalam Diam [TERBIT]Where stories live. Discover now