"Abah... nanti kakak ada khusus kepimpinan dengan praktikal sekali" aifa mengeselkan tubuhnya ditubuh abah yang sedang syiok menonton cerita kau, aku,kita yang dilakonkan oleh janna nick dan syahrul ridzwan. Ceritanya sweet!
"lama ke? Kat mana? Dengan siapa?" Tiga tanda tanya terbit dari bibir abah.
Memang semua orang akan tanya soalan yang sama ea? Urm normal lah tu en...
"Tak lama, dalam 6 bulan. But ada cuti abah" habislah nanti, mesti rindu abah...
"Mak aih, lamanya anak abah ni nak tinggalkan abah. Kat mana tempat tu? Jauh ke?" Soal abah dengan soalan yang sama. Sunyi lah rumah ni kalau tak dengar celoteh aifa.
"Nak kata jauh.. tak adalah jauh sangat abah. Dekat kuala selangor. Dekat-dekat dengan unisel tu abah" air kopi yang masih berasap dicicip cicip. Tak kan lah nak teguk kau, mau terbakar esofagus nanti. Tak pasal-pasal esofagus tu ganti dengan getah paip.
"Dengan Siapa kau pergi? Buat apa kat sana" tak habis-habis abah menyoal perkara yang sama.
Abah, orang belum habis cakap lagi abah.
"Kakak pergi dengan kawan fakulti akak. macam ni, kitorang akan jadi guru praktikal dan khusus kepimpinan kuatkan stamina apa semua tu selama 6 bulan. Pasal rumah makan pakai semua, abah jangan risau, kat sana semua pihak fakulti siapkan. Sabtu dengan ahad kitorang free abah. Nanti abah datanglah tengok akak kat sane ye" lengan abah dipeluk erat. tak sanggup rasanya dia nak tinggalkan abah sekali lagi.
"Belajar elok-elok ye aifa.. jangan hampakan abah. Abah sayang anak abah" kepala aifa ditarik kearah mukanya dan dicium ubun-ubun rambut aifa. Kepala aifa diusap-usap.
Aifa dihadapannya seolah olah masih kecil. Cepat sangat masa berlalu. Bila lah aifa ni nak nampak macam orang dewasa?
Perangai macam budak-budak. Betul cakap adik, perangai kakaknya macam kanak kanak strawberry. Dengan rambut yang sentiasa diikat 2. dengan cermin mata yang besar dan tebal bingkainya lagi.
Tak kisahlah semua tu, aifa tetap anak dia. Anak kesayangannya. Kalaulah sayang ada, mesti anak-anak kita membesar dengan kasih sayang."Abah... akak rasa nak nangislah" cermin mata diangkat sedikit, tangan kanan menyapu air mata yang berguguran. Aih, ni bukan nak nangis, tapi dah banjir dah pon.
"Kamu ni. Macam-macam. Meh sini abah peluk"
***
Rambut dah siap diikat. bedak dah pakai. cermin mata pon dah pakai. Apa lagi? Lipstik? Tak payahlah. Bukan nak pergi shopping pon. Cuma nak pergi jalan taiping je kot. Naik bas awam pula tu!
Ni yang malas ni. Kalau ada kenderaan sendiri kan best. Boleh pergi kemana sahaja yang nak ditujui. Ni tidak, pergi mana-mana mesti kene ada orang hantarkan atau naik kenderaan awam. Leceh betul.
Pusat pakaian hari-hari menjadi destinasi untuk aifa membeli beberapa helai pakaian-pakaian dalam dan luar.
Penuh satu bakul dengan segala pakaian dan keperluan disana nanti.
"Cik... cik.." satu suara garau yang sangatlah tidak familiar didengari menyapa gegendang telinga. orang tu panggil aku ke? Urm salah orang kot.
OH MAK KAU!
latah aifa apabila bahunya ditepuk dari belakang.
Aifa pusingkan kepala, lelaki? Err?
"Ye encik, ada apa"
YOU ARE READING
suami tak kukenali
Romansaberkahwin tanpa rela atas permintaan tokwan yang tersayang, khalish nawfal terima idea gilanya. iaitu berkahwin dengan meenachi yang dicedok entah dari mana. namun penerimaannya hanya untuk melafazkan ikatan yang sah sahaja. beberapa jam kemudian...