'Pro' to the 'logue'

434 6 0
                                    

Kulit ayam goreng yang rangup bersalutkan tepung kentucky yang dibelinya dari pasar malam dengan harga RM3 dikunyah secara mendalam. Bunyi kunyahan hampir kedengaran di segenap ruang dapur. Sekali sekala dia cecah kulit ayam itu dengan sos cili yang ada jenama Life di atas piring kecil. Pergh enak banget rasa kulit ayam yang crunchy gitu loh.

"Hmm melantak sorang?"

Gadis itu menoleh ke kiri. Dia mencebik melihat pemilik suara garau tersebut. "Ini aku yang beli, aku yang punya."

Lelaki itu melabuhkan punggung di hadapan adik perempuannya itu. Dia menjenguh kepala ke dalam plastik yang terkandung kulit ayam goreng rangup. Tertelan air liur melihat adiknya menghabiskan saki baki kulit ayam. Langsung tak endah dengan abangnya, apatah lagi hendak mengajaknya untuk menjamah sekali. Kunyahan adiknya semakin laju apabila tangannya cuba mencapai isi dalam plastik tersebut. Tangannya kemudian dicubit. "Sakitlah gila!"

"Tak boleh."

"Mak aih. Kedekut! Aku ni abang engko. Tak ada kompromi langsung ke? Cuba bagi sikit?"

Adiknya menggeleng sambil menutup mata kerana terlalu syok menikmati kulit ayam rangup kriuk kriuk itu. Dia paling tak suka nak berkongsi makanan yang sedikit dengan orang lain, walaupun abang kandungnya sendiri, Ariff. Bagi dirinya, setiap kunyahan menginterprestasikan rasa keenakan kulit ayam tersebut. Haha sangat deep.

"Kau tahu tak kulit ayam tu ada banyak lemak? Susah kau nak bakar lemak tu dalam badan kau. Cuba sedekahkan sikit lemak tu kat abang ni. Cukup cukuplah tu dik. Makin gebu badan tu nanti," nasihat Ariff pada adik kesayangannya.

Gadis di hadapan Ariff menghabiskan kunyahan terakhir, kemudian dia berkata, "Abang, kita ni hidup cuma sekali. Selagi kita hidup kita enjoy puas. Orang lain enjoy ke sana ke mari, habiskan hidup dengan cara masing-masing. Inilah cara enjoy aku yang paling cool. Tak kisahlah badan ni dah menggebu ke apa... asal kita gumbiraaa. Ahahaha!"

Ketawa lah puas-puas. Haih susah betul nak faham dengan adik sendiri. "Memanglah enjoy, masalahnya nanti engko akan terima padah kalau melantak makanan tak sihat macam ni. Kau tengok abang ni...," sambil mempamerkan bisepsnya kanan dan kiri, Ariff menyambung katanya, "...elok cantik je abang kau yang sado ni jaga badan. Makan tu makanlah jugak, tapi pandai-pandailah bakar balik apa yang kau telan. Kau patutnya berbangga dan kagum sebab dapat abang macam ni. Kau tak rasa macam tu ke dik?"

"Apasal lah kau ni poyo semacam je bang?"

Ariff tergelak kecil. "Bukan poyo adik sayang. Abang buat lawak je dengan kau. Ye, memang aku tak halang kau makan banyak, nak jadi gebu macam Doraemon tu... serius comel kau dik. Tapi abang cuma nak cakap je, kesihatan kau tu. Kau tahu kan macam-macam penyakit nanti datang pada kau kalau kau asyik mentekedarah tak ingat dunia. Kau sorang je adik yang abang ada. Kau tak sayang abang ke dik?"

Gadis itu diam lima saat. Cuba nak menelan kata-kata abangnya. "Ya aku tahu bang. Aku sayang kau tau."

"Kalau dah sayang abang kau ni, cubalah dengar."

"Tapi lemak tu sedap bang."

"Anne!"

"Aku buat lawak je bang."

"Lawak kau tak jadi dik. Aku tak ketawa pun. Okey, macam ni lah. Jom ikut abang petang ni."

Anne mengerutkan dahinya. Dia tahu abangnya cuba nak mengajaknya melakukan perkara yang paling dia tak suka. "Pergi mana pulak dah? Jangan cakap kau nak ajak aku pergi gim eh. Aku tak mahu. Aku sayang lemak aku ni," katanya sambil menepuk-nepuk lemak di perutnya.

"Bukanlah!"

"Habis tu?"

"Three."

"Tak lawakkkk!"

Tersengih-sengih Ariff menyakat adik perempuannya. "Okey, kita pergi makan kat Subway petang ni. Geram aku tengok kau makan kulit ayam kriuk kriuk tu. Sikitpun kau tak kasi kat aku."

"Hahahaha! Yesss!" Anne kemudian berlari ke arah abangnya lalu mendepakan tangan dengan niat ingin memeluk abangnya, tetapi...

Ariff berlari daripada dipeluk adiknya yang gebu itu yang bakal melemaskannya dan mengakibatkan sesak nafas. Dia taknak benda tu berlaku lagi. Cukuplah!

"Abangggggg! Ahahaha!"

😒

RomentikWhere stories live. Discover now