Mata Dani menjeling tajam ke arah Anne. Dia mula rasa tercabar dengan kehandalan Anne dalam menjawab ujian bulanan subjek Matematik Tambahan memandangkan sebelum ini hanya dia seorang sahaja yang mampu dapat A dalam subjek susah maha dahsyat ini. Kelihatan hidung Anne kembang kempis melahirkan rasa bangga.
"Congrates to Dani and Anne. Kekalkan prestasi ini untuk peperiksaan sebenar nanti. Saya harap semua boleh contohi kedua-dua rakan sekelas kamu. Janganlah kita bodoh sombong. Sila rajinkan diri kamu untuk bertanya kepada Dani dan Anne. Saya yakin mereka berdua boleh gembira untuk menolong," kata Cikgu Hisham.
Anne tersenyum sambil memandang kertas ujiannya. Tertera angka 87 markah di atas kertas tersebut. Siapa tak bangga dapat skor A dalam subjek yang paling dibenci oleh pelajar lain? Jin yang duduk di sebelahnya kelihatan cemburu sedikit.
"Kau tak cakap kat aku pun yang kau power subjek Add Math. Diam-diam ubi berisi. Kau kena ajar aku lepas ni. Aku nak pandai macam kau. Please, please!" ujar Jin dengan nada mengada-ngada.
"Ahahaha. Ye, Jin. Aku boleh tolong. Ilmu ni kita kena kongsi sama-sama. Barulah berkat. Lagipun takdelah pandai manapun aku ni. Subjek Fizik, kau pulak yang skor. So, nanti kau ajar aku pulak subjek tu okay?" Anne senang untuk belajar bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain. Memang itu kebiasaannya dilakukan bersama dengan Shah dan Farah apabila dia sekelas dengan mereka tahun lepas.
Mata Dani kelihatan berapi-api melihat Anne dari tempat duduknya. Cisss, budak gemuk tu boleh tahan jugak. Dia ambik tutor ke kat rumah? Ataupun dia pergi tuisyen? Eleh, setakat macam tu bukannya pandai manapun dia ni.
"Boleh tahan jugak eh si Anne ni. Aku ingat dia ni biasa-biasa je," luah Asfan di sebelahnya.
"Aku lagi pandai kan. Lagipun markah aku 88. Dia 87 je," balas Dani dengan nada menjengkelkan.
Asfan tergelak kecil dengan sepupunya itu. "Beza 1 markah je weh. Mengaku jelah yang kau tu dah menggelabah sebab dah ada saingan hebat dalam kelas ni."
"Buat apa aku nak menggelabah? Subjek lain belum tentu dia dapat skor. Lagipun, aku taknak lah jadi bongkak sangat." Dalam diam, Dani merasakan Anne akan memintasnya. Silap aku pandang budak ni sebelah mata.
"Balik nanti kau nak lepak tak belakang kelas? Kita berasap kejap. Aku tension betul addmath aku ni lulus paras hidung je ni." Serabut Asfan dibuatnya apabila difikirkan markah yang diperolehnya rendah. Dah tentu bapaknya membebel panjang.
"Shhh... tak boleh. Mama aku dah warning hari tu." Dani berbisik perlahan, takut suaranya didengar. Matanya memandang di hadapan melihat Cikgu Hisham sudah mula menulis sesuatu di papan putih.
"Macam mana mak long boleh tahu? Kau kantoikan aku sekali ke? Kau jangan sampai bapak aku tahu," kata Asfan dengan nada resah. Ayah Asfan merupakan adik lelaki kepada ibu Dani yang turut tinggal berdekatan dengan mereka. Apa yang dilakukan oleh Dani kebanyakannya disertai oleh sepupunya.
"Si gemuk tu punya pasal lah. Dia kantoikan dekat Dania masa kakak aku ambil aku hari tu kat sekolah. Aku sakit hati betul." Mana boleh si Dani ini lupa dengan apa yang Anne dah buat pada dia. Cuma dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk melancarkan hasrat balas dendam kepada seterunya itu.
"Kau biar betul?"
"Asfan!" Suara Cikgu Hisham memanggil nama Asfan membuatkan pelajar itu terkejut.
"Ya, cikgu!" Tersengih-sengih dia membalas pandangan tajam cikgu tersebut. Serupa kerang busuk.
"Nak berbual ke? Kalau nak berbual, pergi luar!" Tegas nada cikgu subjek Matematik Tambahan itu.
"Eh tak cikgu! Saya nak belajar hehehe."
"Kalau nak belajar, tak payah nak berbual. Tengok hadapan, fokus apa yang saya nak ajar hari ni. Baik kamu ubah sikap kamu Asfan. Nasib markah kamu lulus pada ujian bulan ni. Harap kamu rajin mintak tolong ajar dari Dani. Kalau Dani tak mampu, mintak tolong dari Anne. Itupun kalau kamu nak."
Anne melihat Asfan sekilas. Kemudian memandang papan putih di hadapan semula. Dia tidak kisah kalau Asfan ingin memintanya untuk tolong dalam subjek itu. Tapi, si Dani tu kan boleh sangat tolong kawannya itu. Ah, apa pasal aku nak ambil kisah sangat?
Tindakan Anne itu disedari oleh Dani. Dia menganggap Anne memandang rendah terhadap sepupunya. Makin sebal dia melihat Anne ketika itu. Kau tengoklah nanti apa nasib kau.
YOU ARE READING
Romentik
HumorAlkisah bermula lah kisah tentang kisah mengenai kisah seorang lelaki dan seorang perempuan yang tidak sebulu dari zaman tok kaduk (sekolah menengah) sehinggalah zaman serba moden dan hipstur. "Huh. Muka dia macam Karl Marx." "Muka dia macam Rosnah...