Bab 2

176 3 0
                                    

🎶Setiap ada kamu mengapa jantungku berdetak. Berdetak dengan lebih kencang seperti genderang mahu perangggg🎶

Irama lagu Sedang Ingin Bercinta nyanyian oleh Dewa 19 bergema dalam kereta yang dipandu oleh Dania. Jari jemari gadis itu bergerak mengikut alunan lagu. Mulutnya tidak mengeluarkan suara pula hendak menyanyi sama. Dia tahu suaranya tak berapa nak sedap. Tapi dia tetap mahu nyanyi sama.

"Ohh aku sedang inginnnn, ohh bercintaaa karena... mungkin ada kamu, ohhhh di sini. Aku hingennnn!"

Nyanyi punya nyanyi dia tersedar sudah hampir 20 minit dia menunggu adik lelakinya di tepi pagar sekolah. Dania keluar dari kereta. "Mana pulak budak bertuah ni?"

Kelihatan suasana sekolah sudah lengang kerana ramai pelajar sudah terburu-buru mahu pulang ke rumah. Tinggal beberapa orang pelajar masih menunggu di pondok untuk diambil oleh ibu bapa mereka atau sesiapa sajalah. Geram Dania dibuatnya. Pantang betul dia apabila terpaksa menunggu orang. Kalau tak kerana Pak Amin cuti honeymoon dengan bini mudanya, tak ingin Dania menyambut pulang adik bongsunya dari sekolah.

"Adik, adik. Tumpang tanya!" Dania terus menyapa tiga orang budak sekolah yang baru hendak keluar dari pagar sekolah dengan menaiki basikal. Mereka bertiga memberhentikan kayuhan.

"Ye, kak. Ada apa?"

"Semua budak form five dah habis waktu sekolah ke? Adik semua ni form berapa?"

"Kami semua form five. Memang dah habis waktu sekolah, pukul dua. Akak ni tunggu adik kakak ke?" tanya Shah yang kebetulan ada di situ.

"Iya, adik kakak. Dah nak setengah jam akak tunggu. Korang pulang lambat kenapa? Ada nampak tak budak lelaki yang masih tinggal?"

"Kami tadi kemas kelas sekejap. Rasanya takde yang tinggal lagi." Anne berkata. Dia menongkat basikalnya. "Siapa nama adik kakak tu? Mana tahu kenal. Boleh kami carikan."

"Angah!"

Mereka yang berada di situ semua menoleh ke arah suara itu. Anne dah naik menyampah. Bala dah datang.

Wajah Dani kelat melihat Anne dah rakan-rakannya di sini. Ini mesti nak report kat kakak aku ni. Bedebah betul. "Apa angah buat kat sini? Mana Pak Amin? Bukan dia patut ambil aku ke?"

"Pak Amin cuti. Yang adik ni muncul dari ceruk mana? Bukan patutnya adik keluar dari pagar sekolah tu pukul dua. Adik tahu tak angah dah tunggu dah berapa lama?" Dania memandang tepat wajah adik bongsunya.

Adik? Adik? Anne menahan ketawa. Berlagak macam malaun gangster tapi dipanggil adik. Lawak betul kau ni Dani.

Lahanat. Dia gelakkan aku. Kalau mulut gemuk ni kecoh pasal ni, nahas aku kerjakan. "Aku pergi kemas kelas lah tadi. Sebab tu lambat."

"Kemas kelas? Kau yakin dik kau kemas kelas?"

"Aku tak nampak pun kau kemas kelas," celah Anne dengan berani. Inilah masanya aku nak tiau kau betul-betul. Nampaknya si Dani ni jenis takut dengan kakak sendiri.

Dania menoleh wajah Anne bagi ingin mendapatkan kepastian. "Awak satu kelas dengan Dani? Nama siapa?"

"Iye kak. Nama saya Anne. Ni kawan saya, Farah dan Shah. Tapi dorang tak sekelas dengan saya."

Farah dan Shah hanya mengangguk tanda hormat.

Dania memandang semula wajah Dani. "Kau pergi mana sebenarnya?"

Gatal mulut kau, perempuan gemuk. Apa aku nak jawab ni... Tak tahu pula hari ini Pak Amin cuti. Kantoi aku lepak kat belakang sekolah hisap rokok. Habis singa betina ni mengamuk tetiba.

RomentikWhere stories live. Discover now