BAB 1 : Mengimbas Masa Lalu : Kisah Shin Dong Im

31.5K 57 2
                                    

Cerita ini bermula dengan lahirnya sebuah pasangan yang cukup romantis yang baharu sahaja berkahwin dua bulan lepas. Pasangan Kim Min Shik dan Shin Dong Im adalah pasangan yang sederhana namun cinta mereka dipersetujui oleh kedua belah pihak keluarga.

Min Shik bekerja sebagai seorang pencuci pinggan di sebuah kedai makan milik rakannya. Manakala Dong Im bekerja sebagai seorang penyapu sampah. Gaji mereka hanya cukup-cukup makan sahaja. Tidak mampu untuk membeli barang-barang yang mahal apatah lagi barang kemas.

Pada keesokan harinya Dong Im telah menunjukkan tanda-tanda wanita hamil. Pada ketika itu, Min Shik tiada di rumah kerana dia bangun awal untuk bekerja kerana masih ada baki piring-piring pingan mangkuk dan cawan yang masih belum dicuci dari semalam. Dengan itu, Dong Im pun merancang untuk merahsiakan hal ini dari Min Shik sehingga dia balik dari kerjanya.

Jadual kerja Min Shik ialah dari pukul 6 pagi hingga pukul 6 malam.

Selepas sahaja Dong Im mengalami mual-mual, dia pergi ke klinik berhampiran untuk membuat pemeriksaan. Doctor telah mengesahkan bahawa Dong Im hamil 3 minggu dan janinnya sihat. Dong Im rasa sangat gembira lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dari begnya dan membuat panggilan kepada Min Shik.

Belum sempat Dong Im berbicara, Min Shik lalu menyekat kata-katanya. Min Shik memberitahu bahawa dia kemungkinan balik akhir hari ini kira-kira pukul 9 kerana ramai pelangan datang ke kedai makan dan pasti banyak benda yang perlu dibersihkan. Dong Im pada mulanya terdiam ketika mendengar percakapan Min Shik.

"Tak ape. Jaga keselamatan tau. Saya akan tunggu awak di rumah dan saya akan masak masakan kegemaran awak. Dan....saya ada sesuatu nak bagitahu awak setelah awak balik nanti", jawab Dong Im.

"Alaalaa maaf sayang. Okey sayang, tak sabar nak rasa masakan istimewa buatan sayang. Apa yang sayang nak beritahu? Tak dapat ke bagitahu sekarang?", balas Min Shik.

"Hahaha kalau pasal makanan abang mesti nombor satu kan...alaa nanti je lah tunggu abang balik ye?", jawab Dong Im balik.

"Ye lah ye lah, okey sayang, abang ada banyak keje ni, bye sayang", kata Min Shik.

"Okey bye sayang", jawab Dong Im mengakhiri pembualan mereka.

Sebaik sahaja balik dari hospital, Dong Im pun singgah dekat pasar untuk membeli bahan-bahan masakan malam nanti. Dong Im balik ke rumah dengan rasa gembira sekali. Sampai di rumah, Dong Im meletakkan barang yang di belinya atas meja makan.

Jam telah menunjukkan pukul 12.17 tengah hari. Oleh kerana mahu menjimatkan bahan masakan dapur, Dong Im hanya menghidang dirinya dengan mee segera untuk makan tengah hari. Manakala Min Shik pula selalu diberlanja oleh teman sekerjanya kerana Min Shik sedang menabung duit gajinya.

Setelah selesai Dong Im makan tengah hari, dia duduk di kerusi ruang tamu sambil menonton televisyen. Selama sejam menonton televisyen, Dong Im terasa mengantuk lalu melelapkan mata. 3 jam Dong Im tidur dan bangunnya dia, jam telah menunjukkan pukul 5 petang. Sementara waktu, sebelum Dong Im masak, dia terlebih dahulu membersihkan rumah kerana rumah mereka belum dibersihkan semenjak seminggu lepas.

Selesai sahaja Dong Im membersihkan rumah, Dong Im terus ke dapur, minum segelas air dan mula masak untuk makan malam. Hampir sejam Dong Im masak. Makanan pun di hidangkan atas meja makan. Dong Im yang penat lelah berehat di ruang tamu sambil berfikir. Dia tak sabar nak beritahu yang dia hamil. Dia meraba perutnya dengan gembira dan lalu menitiskan air mata.

Mak Kepada Tiga AnakWhere stories live. Discover now