BAB 7 : Kenapa Ni?!

4.8K 33 4
                                    

Dong Im terkejut dengan apa yang sedang dilihatnya dengan matanya sendiri. Dia melihat tangan Hongmin tengah berapi. Hongmin ketika itu sedang mencuba sedaya-upaya untuk memadam api pada tangannya itu namun tidak berhasil. Walaupun tidak kesakitan tetapi Hongmin takut jika sekiranya api itu merebak ke seluruh tubuhnya.

Tapak tangan Taemin basah seperti sedang berpeluh tetapi telapak tangannya tidak berhenti-henti menistiskan air setitik demi setitik tanpa henti. Dia cuba membaluti kedua-dua telapak tangannya dengan tuala sehingga ia basah dipenuhi air.

Jimin pula dilihat sedang merangkak di bawah meja dan tangannga seperti sedang meniup-niup debu-debu pasir di atas lantai tanpa henti.

Mereka bertiga kelihatan sangat cemas sekali Hongmin dan Jimin cuba mengenggam tangan mereka sekuat-kuatnya dengan niat ingin memadamkan api dan memberhentikan angin yang keluar dari tangan mereka berdua itu. Walaubagaimanapun tidak ada apa-apa perubahan.

Dong Im yang terkejut dan terpukau dengan kejadian yang aneh itu, dia dengan tidak senghaja menjatuhkan sebuah pinggan dari tangan kanannya sehingga membuatkan mereka bertiga tersentap buat sementara. Mata Dong Im melebar luas memandang mereka bertiga.

"Semuanya bertenang! Hongmin Taemin duduk! Jimin! Bangun dan duduk kat kerusi kamu!", jerit Dong Im selepas itu dia mengeluh.

Dia berjalan datang ke meja makan lalu duduk di kerusinya. Dia cuba memasang wajah yang tenang.
"Apa yang terjadi kepada kami ni mak?!", tanya Hongmin dengan cemas. Tiba-tiba api pada tangan Hongmin terpadam dengan sendirinya. Tangan Taemin dan Jimin juga kembali normal.

"Sebenarnya mak ada sesuatu yang nak mak bagitahu kamu bertiga", ujar Dong Im lalu memberitahu segala yang di tahu selama ini.

----------------------------------

Tiga bulan lepas, sewaktu Dong Im sedang mengemas-ngemas bajunya dari almari di bilik tidurnya, dia ternampak sekeping kertas berada di teluk almari. Dia mengambilnya lalu membacanya.

Ternyata kertas tersebut adalah surat yang dia baca ketika 17 tahun yang lalu, surat dari ibubapa kandung Hongmin, Taemin dan Jimin. Dia tidak menyangka bahawa dia masih menyimpan surat tersebut.

Walaubagaimanapun, didapati sesuatu yang berlainan dengan surat tersebut. Perkara yang ditulis di dalam surat itu lebih banyak daripada apa yang dibacanya ketika 17 tahun yang lalu. Seperti ia telah disambung tulis oleh penulisnya.

Beberapa buah perengan baharu ditambah dalam surat itu berbunyi "Kami sekeluarga bukannya datang dari Bumi tetapi dari alam yang lain, alam ghaib dimana manusia memiliki kuasa ajaib. Alam kami mempunyai dua buah kerajaan yang tidak bersefahaman sesama mereka iaitu Kerajaan Maliosis dan Kerajaan Gaviria. Sebabnya kami turun ke Bumi adalah kerana puak kami sedang diburu dan dibunuh oleh puak Kerajaan Maliosis. Raja Maliosis memerangi habis-habisan puak Gaviria. Ramai yang terbunuh termasuk suami saya, Darmon, Raja kepada Kerajaan Gaviria, iaitu ayah kepada anak-anak saya. Saya ialah Ratu Ramona. Raja Maliosis, Verudi, ialah orang yang kejam dan tidak berhati perut. Dia memiliki kuasa yang mampu mengawal fikiran manusia. Dia membuat suami saya membunuh diri di hadapan mata saya. Saya melarikan diri dari istana bersama anak-anak saya. Suami saya mengetahui perkara seperti ini akan berlaku dari dahulu lagi, lalu dia membuka portal ajaib di hujung negeri Gaviria menggunakan kuasa ajaibnya dengan niat supaya saya boleh keluar dari negeri Gaviria bersama anak-anak saya. Portal itu bertujuan untuk menteleportasikan manusia ke Bumi tetapi ia tidak dapat bertahan lama. Saya berlari menuju ke arah portal tersebut mengejar seorang pembantu rumah saya kerana saya telah mengarahkan dia supaya membawa lari anak kembar saya yang lain, kembar tak seiras lelaki dan perempuan berumur 5 tahun. Saya terus mara menuju portal yang semakin mengecil itu namun seorang tentera Kerajaan Maliosis sedang mengejar saya dari belakang. Saya melihat pembantu rumah saya dan anak kembar saya berjaya memasuki portal itu. Saya menyorong kerusi roda anak kembar tiga saya ke dalam portal itu. Saya dan anak kembar tiga saya berjaya menembusi portal tersebut tetapi tentera yang mengejar saya tadi sempat memanah panahnya hingga terkena belakang saya sebelum portal tersebut lesap. Kami berempat diteleportasi ke tempat pembuangan sampah tetapi tidak kelihatan pembantu rumah saya dengan anak kembar saya di sekitar tempat itu. Walaupun kami berjaya turun ke Bumi tetapi Raja Verudi tidak akan putus asa selagi tidak kesemua puak Gaviria semuanya mati ditangannya. Raja Verudi juga mampu merasai apabila manusia dari alam saya sampai umur untuk mendapat kuasa magik mereka sendiri, iaitu ketika berumur 18 tahun. Peluang saya untuk hidup sangat tipis jadi saya membenarkan anak-anak lelaki saya diangkat dan dibesarkan dengan baik. Dan juga carilah anak-anak saya yang lain dan satukan mereka semua kerana mereka dalam keadaan bahaya. Dengan kuasa mereka, mereka mampu mengalahkan Raja Verudi buat selama-lamanya"

----------------------------------

Surat yang ditulis habis disitu. Sebaik sahaja Ratu Ramona selesai membuat surat tersebut dengan kuasa magiknya, dia lalu menghembuskan nafas terakhir. Badannya hancur menjadi debu.

----------------------------------

Selesai sahaja Dong Im bercerita, dia lalu mengeluh kepenatan. Hongmin, Taemin dan Jimin berdiam diri. Setelah 2 minit keadaan sunyi sepi, Hongmin mula bekata, "Kami bertiga ada abang dan kakak kembar?" Macam mana nak cari mereka? Malah nama dan juga wajah mereka pun kita tak tahu".

"Malam tadi mak bermimpi seorang wanita berpakaian aneh bercakap dengan mak. Kelihatan dari cara wanita itu berpakaian, dia seperti seorang yang berasal dari sebuah istana. Dia cakap dengan mak bahawa mak mesti cari anak kembarnya lelaki dan perempuan di sekitar daerah Busan. Wanita itu juga berkata bahawa 'manusia dari alam ghaib memiliki aura yang hanya dapat dirasai oleh manusia yang mempunyai kuasa magik, namun manusia biasa tidak dapat merasai apa-apa. Walaupun seperti yang kita tahu, yang baik akan menang kepada yang jahat tetapi ia tidak selalunya berlaku. Berwaspadalah setiap masa walau di mana jua berada.' Mak pelik dengan apa yang dia katakan. Sebaik sahaja mak mengelipkan mata, wanita itu menghilangkan diri. Selepas itu mak pun terbangun dari mimpi", jelas Dong Im.

"Jadi kita mestilah berpindah ke Busan untuk mencari abang dan kakak", ujar Hongmin. "Saya setuju!", jawab Taemin dan Jimin serentak. "Memandangkan kamu semua bersetuju, esuk pagi kita berangkat ke Busan dan nanti mak akan hantar kamu bertiga ke salah satu universiti disana", kata Dong Im. Ketiga-tiga mereka bersetuju dengan cadangan ibu mereka dan menganggukkan kepala. Keempat-empat mereka mengemaskan pakaian mereka pada malam itu juga dan tidak sabar nak pergi ke Busan.

-----------------------------------

Notice to avoid confusion ;
Ratu Romana mempunyai lima orang anak kesemuanya, seorang perempuan dan empat orang lelaki. Dua orang anak kembar tak seiras, seorang lelaki dan seorang perempuan. Dan juga tiga orang anak kembar lelaki tak seiras. Jadinya, untuk kesimpulannya, kesemua anak Ratu Romana memiliki wajah yang berbeza. Ratu Romana melahirkan anak kembar duanya dahulu lepas itu baru anak kembar tiga lelaki.

***Sorry Readers. I will try to update my stories as soon as possible. This is a slow update story im making***

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 16, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mak Kepada Tiga AnakWhere stories live. Discover now