BAB 6 : Kejutan Hari Jadi Yang Teristimewa

5.5K 18 0
                                    

Dong Im pulang dari kedai sambil membawa barang dengan tangan penuh. Berpeluh Dong Im dan penat betul berjalan dari pasar hingga ke rumahnya. Teksi memang jarang nak lalu-lalang jalan raya berdekatan rumahnya.

Jam tangan Dong Im menunjukkan pukul lapan setengah lalu. Setibanya Dong Im di rumah, dia terus memulakan sesi memasaknya. Dia membuat kek terlebih dahulu dan selepas itu baru masak makanan yang lain.

Dong Im membuat sebuah kek bersaiz segi empat sederhana kecil kerana dia tidak mampu untuk membuat sebuah kek yang lebih besar. Ini kerana kebanyakkan wang Dong Im yang ditabungnya serta wang peninggalan orang tua kandung anak-anaknya itu banyak digunakan untuk membeli seragam sekolah, buku-buku dan yuran sekolah anak-anaknya. Dong Im pandai membuat kek dan menghiasnya dengan cantik kerana dia selalu berlajar memasak dengan ibunya semenjak dia kecil lagi.

----------------------------------

Ibu dan ayah Dong Im telah lama meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sepuluh tahun lepas. Sejak dari itu, Dong Im sudah lama tidak menziarahi kubur ibubapanya. Kepada anak-anaknya, Dong Im selama ini berbohong bahawa bapa mereka telah meninggal dunia ketika mereka berusia satu tahun.

----------------------------------

Kira-kira dua jam setengah untuk Dong Im selesai memasak dan membuat kek. Kek yang sudah siap dihias dengan cantik olehnya lalu disejukkan dalam peti sejuk.

Tiba-tiba jam dinding berbunyi menunjukkan pukul 11 pagi. "Mana budak-budak ni?! Ni dah nak masuk tengah hari pun belum lagi bangun!", Dong Im berbicara seorang diri sambil merenung jam dinding dan juga makanan-makanan yang di masaknya atas meja makan.

"Hoi!....Anak-anakku!!! Bangun semua!...SE...KA...RANG!!!", Dong Im berteriak sekuat-kuatnya. Malas dia nak peduli dengan jiran-jirannya. Suara Dong Im yang sangat nyaring itu kedengaran oleh mereka bertiga yang berada di dalam bilik tidur tingkat atas. Mereka bertiga terpaksa tidur bersama dalam satu bilik dari kecil kerana rumah mereka hanya mempunyai dua buah bilik tidur namun mereka bertiga adik-beradik tidur di berlainan katil. Ibu mereka di bilik lain.

Hongmin yang tidur berhampiran dengan pintu adalah orang pertama yang mendengar jeritan ibunya yang nyaring itu lalu dia terbangun dan bergegas masuk bilik mandi. Taemin juga terbangun ketika itu. Dia sedang menunggu Hongmin habis mandi. Manakala adiknya, Jimin masih berselimut dan berdengkur, tidur tak sedarkan diri. Taemin malas nak kejutkan. Dia nak tunggu ibunya sendiri masuk bilik untuk bangunkan Jimin.

Selepas sahaja Dong Im berteriak sekuat hatinya, dia lalu berjalan dan naik tangga menuju ke bilik mereka bertiga. Sebaik sahaja Dong Im membuka pintu bilik tersebut, dia melihat Taemin sedang tersenyum memandang ke arahnya sambil jarinya menunjuk kearah Jimin yang masih tidur. Dong Im mengeluh buat sementara. "Mandi cepat. Bersiap. Lepas tu turun ke bawah bawa Hongmin sekali untuk sarapan", kata Dong Im kepada Taemin dengan nada yang lembut. Hongmin masih mandi dan Taemin sedang menunggu Hongmin di hadapan pintu bilik mandi. Dong Im berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Jimin. Dia membawa jam loceng di tangannya lalu di bunyikannya dekat telinga Jimin. Jimin lalu terbangun dan terkejut melihat ibunya di sebelahnya.

Jimin : "Aaa......ibu..." (kata-kata Jimin dipotong terus oleh ibunya)

Dong Im : Takde Aaa Aaa lagi! Pergi mandi cepat! Ni dah pukul berape?!

Jimin : Pu.....kul.....

Dong Im : Dah dah. Sekarang ni pergi beratur dengan Taemin di hadapan pintu bilik mandi. Lepas Taemin mandi baru awak mandi.

Dong Im lalu beredar dari bilik tersebut. Tiba-tiba dia berhenti di pintu bilik tidur lalu berkata sambil memandang Jimin dan Taemin, "Ah satu lagi, dah korang semua bersiap-siap, terus turun kebawah makan. Turun serentak tau". Mereka berdua mengangguk kepala.

Dong Im turun menuju ke bilik dapur untuk siap-siapkan makanan. Lepas itu dia duduk di kerusi ruang tamu menunggu mereka bertiga untuk turun ke bawah. Sambil menunggu dia membaca surat khabar yang sempat di belinya di kedai pagi tadi.

Tiga puluh minit kemudian, Dong Im kedengaran pintu bilik tidur mereka tertutup serta kedengaran bunyi kaki mereka memijak setiap gigi tangga menuju ke tingkat bawah. Dong Im dengan pantas berdiri lalu berlari menuju bilik dapur dan membuka peti sejuk untuk mengeluarkan kek yang dibuatnya pagi tadi. Setelah dia menyalakan api lilin pada kek tersebut, dia lalu perlahan-lahan berjalan menuju bilik ruang tamu dan berhenti buat seketika.

Hongmin orang yang pertama sampai di ruang tamu terkejut apabila melihat ibunya berdiri di tengah ruang tamu sambil membawa sebuah kek. Hongmin berhenti berjalan. Taemin dan Jimin yang tengah mengikuti Hongmin dari belakang berlanggaran dengan Hongmin seperti domino. "Kenapa awak berhenti ni? Ibu tengah tunggu tu dari tadi di ruang dapur. Dan saye tak tolong ibu masak buat kite. Kesian ibu sorang diri masak....Hongmin....kenapa....".

Taemin bercakap kepada Hongmin dari belakang. Kata-katanya terputus disebabkan Jimin. Jimin memegang bahu Taemin lalu jejari tangannya menunjuk ke hadapan ke arah ibunya itu.

Dong Im dengan gembiranya menyanyikan lagu hari jadi kepada mereka bertiga yang masih kelihatan sangat terkejut. Selesai sahaja dia menyanyi, Dong Im memanggil mereka bertiga datang untuk meniup lilin. Taemin dan Jimin berasa gembira dengan kejutan ini kerana mereka termasuk abangnya Hongmin lupa akan bila hari jadi mereka sendiri. Hongmin disebaliknya mula menitiskan air mata kegembiraan begitu juga ibunya.

"Dah dah Hongmin, hari ini ialah hari kamu bertiga. Kamu bertiga seharusnya bergembira. Jangan nangis. Kalau kamu nangis, ibu juga turut menangis. Cepat tiup lilin", kata Dong Im dengan nada yang sedih. Sebaik sahaja Hongmin, Taemin dan Jimin nak meniup lilin-lilin yang sedang cair itu, ibunya memberhentikan mereka bertiga dengan tiba-tiba. "Ehh....Lupa pula mak, buat hajat terlebih dahulu!", jerit Dong Im.

Setelah selesai membuat hajat, mereka bertiga meniup lilin dengan serentak. Tanpa disedari oleh mereka berempat, sebaik sahaja kesemua api lilin sudah padam, jantung mereka bertiga mengeluarkan cahaya sekelip mata. Jantung Hongmin mengeluarkan cahaya berwarna merah, Taemin pula cahaya berwarna biru dan manakala Jimin berwarna putih. Cahaya yang menyinar dengan pantas tanpa memberi sebarang reaksi kepada Hongmin, Taemin dan juga Jimin.

Dong Im : Apa hajat kamu semua?

Hongmin : Hajat saya ialah sebagai abang kepada adik-adik saya, saya nak diberikan kekuatan, keberanian serta sifat kekal tabah  untuk memastikan adik-adik dan juga ibu selalu berada dalam keadaan yang selamat setiap masa.

Taemin : Hajat saya ialah agar mak panjang umur dan selalu berada disamping kami semua walau dalam apa jua keadaan.

Jimin : Hajat saya ialah supaya hari bahagia kita semua tidak berakhir di sini. Saya berdoa supaya kita bahagia selalu hingga akhirat.

Dong Im : Mak sayang semua anak-anak mak. Mak berharap begitu anak-anakku.

Mereka semua berpelukan sambil menitiskan air mata masing-masing. "Nikmatilah makanan kamu di atas meja. Makanan dah nak sejuk. Mak nak pergi dapur potong kek", kata Dong Im kepada mereka bertiga. Hongmin, Taemin dan Jimin pergi ke meja makan untuk menikmati masakan ibunya. Dong Im pula berjalan menuju ruang dapur.

Dong Im memotong kek dengan sama rata dan membahagikan kepada empat buah pinggan. Dong Im terlebih dahulu membawa dua buah pinggan dengan dua belah tangannya. Sebaik sahaja dia keluar dari bilik dapur dan menuju ke meja makan........

Mak Kepada Tiga AnakWhere stories live. Discover now