BAB 4 : Hari Yang Terang

6.7K 29 0
                                    

Oleh kerana rumah yang didiami Dong Im sekarang ini bukan miliknya, dia terpaksa berpindah mencari rumah baru. Nasib baik bertuah bagi Dong Im kerana selama ini dia ada menabung wang dari gaji dia bekerja sebagai penyapu.

Dong Im telah pergi jauh dari tempat rumah yang dulu didiaminya dengan bekas suaminya di Ilsan dan sekarang dia terpaksa meronda tempat-tempat di Namyangju untuk menyewa sebuah bilik dan akhirnya berjaya. Sewanya pun lumayan. Bertuah bagi Dong Im juga dia diterima sebagai tukang sapu di tempatnya itu dan gajinya juga hampir sama dengar gajinya yang terdahulu.

Dua minggu Dong Im telah menyesuaikan diri di Namyangju dengan persekitaran dan jiran-jiranya. Dong Im bekerja seperti biasa, berpindah ke tempat yang aman dengan niat untuk meneruskan hidup dan juga melupakan masa silamnya namun tidak begitu mudah bagi dirinya. Setiap malam dia menangis mengingatkan kata-kata Min Shik sebelum mereka berpisah.

Pada keesokkan harinya, ketika Dong Im tengah bersapu-sapu di halaman rumahnya, dia terdengar suara bayi menangis. Dia mulanya tidak menghiraukannya tetapi setelah dia mendengar dengan jelas bahawa suara bayi yang dia dengarkan itu bukan hanya seorang saja tapi lebih dari satu. Dia pergi cuba untuk melihat dan suara bayi-bayi itu datang dari celah bangunan di mana disitu tempat disediakan tong sampah besar untuk membuang sampah. Dong Im mendekati tong sampah besar tersebut dari sebelah kiri tetapi suara bayi-bayi bukan datangnya dari dalam tong sampah itu tetapi bersebelahannya. Langkah demi langkah menuju ke kanan tong sampah besar itu, dia melihat sebuah stroller bayi besar cukup untuk tiga orang bayi. Semakin dia mendekatinya, memang benar ada tiga orang bayi di dalam stroller tersebut dan lebih mengejutkan lagi, kesemua bayi tersebut adalah bayi lelaki.

Ada sekeping surat di bawah stroller tersebut. Dong Im mengambilnya lalu membacanya. Surat yang datang daripada orang tua bayi-bayi tersebut berkata, "Jagalah anak-anak saya. Jangan risau mereka tak akan menyusahkan kamu tapi sebaliknya. Dan saya tak hanya meninggalkan mereka dengan tangan kosong. Besarkanlah mereka seperti anak sendiri. Tolonglah". Dong Im tercunggap terkejup setelah membaca surat tersebut. Di dalam hatinya mengatakan bahawa dia ingin sekali memiliki seorang anak tetapi dia tidak pernah terfikir untuk memiliki tiga orang anak sekaligus. Oleh kerana orang tua mereka mahu anak-anaknya dibesarkan semua, Dong Im terpaksa membesarkan mereka semua. Dong Im bukan keberatan cuma tidak tahu kalau dia mampu atau tidak untuk menjaga mereka semua.

Setelah membuat keputusan, Dong Im pun membawa kesemua bayi-bayi tersebut ke rumahnya. Sampai di rumah, Dong Im mengangkat kesemua bayi tersebut dan meletakkan mereka atas tilam supaya lebih selesa. Dong Im terkejut apabila melihat seorang bayi daripada tiga itu memiliki seutas rantai emas dan seorang pula memiliki sebentuk cincin perak dan manakala yang seorang lagi sebuah gelang tembaga berwarna kuning emas. Dong Im mengetahui jenis-jenis besi dan logam kerana dia mempunyai pengalaman ketika menyapu sampah sarap yang berkeliaran.

Dong Im berdiri di hadapan mereka bertiga melihat wajah mereka yang sungguh comel. Lalu terlintas di fikirannya bahawa di dalam surat yang dibacanya sebentar tadi tidak menyatakan bahawa kesemua anak-anaknya memiliki nama. Jadi Dong Im pun memikirkan nama bagi mereka semua. Kerana Dong Im syak yang kesemua bayi tersebut adalah kembar tiga, jadi Dong Im memilih bayi yang memiliki rantai emas itu sebagai abang sulung dan menamakannya sebagai Shin Hongmin. Manakala anak kedua yang memiliki cincin perak bernama Shin Taemin dan terakhir sekali yang bongsu bernama Shin Jimin. Dong Im terpaksa menamakan mereka bertiga sempena nama keluarganya kerana dia tidak mahu menggunakan nama Kim sebagai nama keluarga kerana dia tidak mahu anak-anaknya mempunyai sangkut-paut dengan Min Shik.

Walaubagaimanapun Dong Im masih nampak tidak senang dengan kurniaan ini kerana dia berfikir bahawa membesar seorang anak tidak mudah apatah lagi jika tiga orang. Dong Im memikirkan pasal makan minum anaknya, pakaian, susu dan jika dah besar nanti, mereka perlu di hantar untuk bersekolah. Dong Im memandang kitiga-tiga anaknya itu. Tengok dari bentuk tubuh mereka, mereka bertiga kurang-kurang berusia setahun. Dong Im lalu bercadang untuk menetapkan tarikh hari ini sebagai hari ulang tahun mereka bertiga yang ke satu tahun.

Dong Im lega kerana semenjak dia membawa balik mereka bertiga pulang ke rumahnya, mereka bertiga berhenti menangis. Setelah lama Dong Im memandang wajah anak-anaknya yang sungguh ceria, dia menoleh stroller bayi di sebelahnya itu, dia ternampak sekeping kertas. Dia menghampirinya dan mengambilnya. Rupa-rupanya kertas itu adalah sekeping cek yang bernilai sepuluh juta won. Dong Im merasa lebih bersyukur kerana dengan wang ini, ianya dapat meringankan bebannya untuk menyara anak-anaknya yang akan membesar itu.

Mak Kepada Tiga AnakWhere stories live. Discover now