Sad Dream [Suho]

316 18 19
                                    

Request for:

@NUDNINI

____

CAST || Suho x Liya Kim (OC)
GENRE || angst

H A P P Y R E A D I N G !!

_____

Yesterday....i'm dreaming a sad dream

"Bye! Thanks for the treat! " Liya Kim melambai ceria pada lelaki yg baru menghantarnya pulang. Lelaki tersebut tersenyum disebalik cermin kereta, membalas lambaian gadis bernama Liya Kim itu.

Setelah melihat kereta lelaki yg baru menghantarnya pergi, Liya membetulkan beg talinya dan membuka pagar rumah miliknya. Dengan segaris raut kecil diukir dia melangkah menaiki tangga kecil. Berdiri dihadapan pintu rumah, tangannya menyeluk masuk kedalam beg, mencari kunci rumah. Setelah itu, Liya pantas membuka kunci dan masuk. Beg diletak diatas sofa, jaket yg membaluti tubuh dibuka dan disangkut pada tempat penyangkut yg tersedia khas diruang tamu, bersebelahan dengan pintu keluar.

Liya menuju ke dapur, menikmati segelas air kosongnya. Usai itu, dia berlalu semula ke ruang tamu. Dia berdiri seketika ditengah ruangan itu, memerhatikan sekitar rumahnya. Mengimbau kembali masa-masa susah ketika kali pertama dia cuba mendapatkan rumah ini, begitu susah. Dia mencari banyak kerja untuk mencari duit, hanya untuk membeli rumah ini. Dia sudah berumur 23 tahun, umur dimana dia sudah patut berdikari sendiri, tidak lagi tinggal sebumbung dengan keluarganya.

Bertahun menghadapi cabaran susah itu, akhirnya Liya Kim berjaya mengumpul sejumlah wang yg besar berkat kerjanya.

Dan kini, dia sudah mempunyai rumahnya sendiri. Setahun sudah dia menetap dirumah baru ini. Segala keringat peluh yg dicurah tidak menjadi satu kesiaan.

Liya mengambil begnya, mahu naik ke tingkat atas. Tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi. Dia pantas menuju ke pintu dan membukanya. Ada sesuatu didepan pintu rumahnya, Liya menunduk dan mengambil 'hadiah' itu, dia melihat dan satu perkataan pada kad kecil yg terletak elok menarik perhatiannya.

I love you ^‿^♡♥♥ -your handsome bae♥

Melihat nama itu sahaja sudah membuatnya tersimpul malu. Dia tertawa kecil. Sejambak ros merah itu dihidu, baunya wangi. Liya menyukai bunga itu. Lalu liya mengambil telefon bimbitnya, memberi pesanan ringkas pada tunangnya itu.

Thanks~ i love it 😄


A very sad dream...

*

"Why don't he pick up!" Liya Kim menekan ikon hijau diskrinnya berkali-kali dan melekapkannya ke telinga kiri sebelum mengalih semula dan akhirnya melepas keluhan sahaja. Masuk kali ini sudah kali yg ke-7 dia cuba menghubungi tunangnya, Kim Junmyeon.

Melantun telefon miliknya dipermukaan tilam sebaik dicampak. Liya merengus kasar. Seminggu telah berlalu, dia tidak tahu apa yg terjadi. Kemana hilangnya lelaki itu. Sejak malam terakhir mereka keluar bersama, Kim Junmyeon terus hilang tanpa sebarang kata. Kehilangannya menjadi satu misteri, kerana tiada sesiapa pun tahu dimana keberadaan lelaki itu.

Liya berdiri dibalkoni, cuba melihat kalau-kalau tunangnya akan datang bersama kereta putih miliknya, menunggu dihadapan pagar rumah, lalu membunyikan hon dan keluar dari pintu kereta,  berpakaian segak, sambil tangan kanan memegang sejambak bunga ros merah dan mengucapkan kata-kata magis untuknya.

[C] exo one-shot collection [editing]Where stories live. Discover now