Buta (l) [Xiumin]

175 16 0
                                    

Saya rasa saya suka cerita ni 😭💕

#Np : <I Still Love You - Suzy>

~writing this on no request~

_____

CAST || Xiumin x Kang Soo Hee (OC)
GENRE || romance, anger

H A P P Y  R E A D I N G !!

_____

"Awak sanggup mati untuk saya? "

Soalan dari wanita muda itu dihiraukan, tanpa sebarang perasaan Minseok membuka ikatan dikaki dan tangan wanita itu, kemudian mengangkatnya ala bridal-style.

Menyedari tubuhnya diangkat Kang Soo Hee terus melingkarkan kedua tangannya ke leher Minseok, membiarkan lelaki itu membawanya keluar dari tempat yg sedang mula terbakar dengan marak itu.

Sewaktu hampir keluar sebuah kayu yg terbakar jatuh diatas bahu kiri Minseok, Soo Hee terkejut, namun Minseok menolak pantas kayu itu ke tepi dan terus berlari keluar membawa Kang Soo Hee.

Majikannya.

Setelah keluar dari gudang yg terbakar itu Minseok membawanya bersandar dibawah sebuah pokok yg tak berapa jauh dari gudang terbakar tadi. Soo Hee melepaskan lingkaran dan merenung wajah Minseok tajam.

"Awak sanggup mati untuk saya? "

Soalan yg sama diulang kembali.

Minseok diam, tidak mengendahkan soalannya. Dia mengambil sebuah beg yg berada ditepi pokok, yg telah disediakannya sejak awal sebelum merempuh masuk ke dalam gudang terbakar tadi dan menyelamatkan majikannya.

Peti kecemasan dikeluarkan. Ubat dettol pembasmi kuman dan kapas dikeluarkan. Minseok menuangkan ubat ke kapas dan mahu mencapai kaki Soo Hee.

Soo Hee menarik kakinya apabila terkejut bila Minseok tiba-tiba menyentuh kakinya.

"A-apa yg awak nak buat! "

Minseok kekal diam dan menarik kaki Soo He perlahan. Kapas yg dituang ubat tadi ditekap(?)pada luka yg terdapat pada lututnya. Soo Hee diam dan melihat tangan Minseok yg 'bekerja' di kakinya.

Situasi hanya sepi diantara mereka, tiada sebarang kata yg ditutur. Sudah berapa kali Minseok menukar kapas lain dan mencuci darah pada lutut majikannya, dan juga kaki dan sikunya. Minseok mencuci pula tapak kaki Soo Hee yg terpijak kaca. Soo Hee menggigit bibir bawah menahan sakit.

"Ya" Minseok tiba-tiba bersuara.

Soo Hee memandangnya. "Apa dia? " kurang pasti dengan apa yg dikatakan Minseok barusan tadi.

Selesai mencuci Minseok membalut tapak kaki Soo Hee pula, ia dibalut sehingga buku lali Soo Hee.

Minseok mengemas semua peralatan yg digunakan tadi. Dia memakai beg galasnya. Minseok mencangkung dihadapan Soo Hee dan mendukungnya lagi ala bridal-style.

"Hantar cik muda ke hospital" arah Minseok pada beberapa lelaki lain yg bersuit hitam sepertinya, yg menunggu mereka sedari tadi.

Kang Soo Hee diletakkan ditempat duduk belakang. Soo Hee hanya melihat tingkah laku Minseok kepadanya. "Mereka akan rawat cik muda" kata Minseok sebelum mahu beralih dan menutup pintu. Tetapi Soo Hee menahannya terlebih dahulu. Mereka berpandangan sesama sendiri.

Soo Hee masih menunggu jawapan dari Minseok.

Bagaikan tahu maksud pandangan majikannya, Minseok mengalih tangan Soo Hee yg menahan bahunya. "Ya" ulangnya lagi. Soo Hee diam.

[C] exo one-shot collection [editing]Where stories live. Discover now