Maaflah kalau lawak hambar😭!
Btw ini sangat panjang! 😰
Special dedicated to: nrxqilx
And all persatuan bini-bini abang snowshemwhite ('ヮ')
_____
CAST || Suho x Kim Ji Hwa (OC)
GENRE || sweet,comedyH A P P Y R E A D I N G !!
_____
"Jihwa!!! Dah siap ke?! " suara itu melaung. "Ne! " jihwa menjawab. Dia kemudian mengambil begnya dan menghampiri orang itu.
"Kajja" ajaknya.
"Hari ni kita pergi mana? " tanya Jihwa sebaik mereka memasuki kereta.
"Han River"
Jihwa mengangguk.
Dalam otaknya sudah befikir nak makan apa setibanya disana nanti. Malam ini ada pesta bunga api, jadi ada sambutan disana. Makanan pun mesti banyak dijual!
Tiba didestinasi kaki Jihwa laju melangkah masuk ke kawasan Hangang. "Yah ppali! " Jihwa menarik tangan orang itu dan mereka duduk di bangku batu yg menghadap sungai Han.
Mereka duduk bersebelahan. Jihwa memandang langit.
"Malam ni banyak bintang kan? " Jihwa mengangguk kepala dan memandangnya. Kemudian dia terpegun. Walaupun 3 tahun telah berlalu tetapi dia selalu terpegun setiap kali melihatnya. Jantungnya juga sentiasa berdebar. Dia bukannya sakit. Dia cuma berdebar.
Mungkin itu yg dinamakan debaran cinta.
Jihwa terus merenung wajah kacak disebelahnya.
***
Aku harap seorang putera yg kacak akan jatuh dari langit untuk melamar aku.
Kim Jihwa tersengih kerang busuk apabila selesai membuat hajatnya setelah melihat bintang. Memang kerjanya dari kecil, berhajat pada bintang benda-benda pelik! Dia menutup tingkap jendela biliknya, sejuk.
Tiba-tiba pintu biliknya terbuka, Kakaknya yg baru selesai mengemas didapur menggeleng kepala apabila melihat adiknya yg tersengih lebar itu. Tahu dah 'kerja haram' apa yg baru adik dia buat.
"Jihwa!" Apabila namanya dipanggil, pantas Jihwa menoleh ke belakang. Lebih kerang lah sengihannya. "Ye kakak ku sayang?" Jika dilihat secara teliti, yang mana ketelitian itu perlu dilihat melalui kanta kaca pembesar, mikroskop mahupun selebihnya, pasti boleh melihat sinaran-sinaran kecil yg terhias di kedua tubir mata kiri dan kanannya. Kakaknya menggeliat melihat senyuman si adik. Seram nyah!
"Ergh, dahlah dengan hajat putera kau jatuh dari langit tu. Pergi siap cepat! Kita pergi beli barang dapur!"
Barang dapur?
Aarrgghh 😭😭
Seumur hidupnya bukanlah dengan dapur! Tempat yg paling dia anti untuk jejaki didunia ini adalah dapur. Tidak tidak! Bukan dapur 😭!
"Jangan kau nak buat drama! Siap cepat! Aku tunggu dekat bawah!" Kakaknya mem-warning awal-awal apabila melihat wajah Jihwa yg mula hendak mengelat. Jihwa menarik muka 14, abang iparnya ada(kakak dia dah khawin), pehal dia pulak kena ikut pergi beli barang dapur?! Sebelum ni tak pernah pun!
Tak kuasa aku nyah!
***
"Meat, check! Chicken, check! Apa lagi ye?" Kakaknya menggigit pipi kanannya dari dalam, memikirkan apa lagi yg dia belum beli. Dia menoleh ke belakang, melihat adiknya yg berdiri dibelakangnya bersama troli. "Apa lagi ya?" Tanya kakaknya, mahu memastikan apa lagi barang yg disuruh beli oleh ibu mereka. Jenuh dia memikir. Sudahlah list yg hendak dibeli terlupa bawa, adess!
YOU ARE READING
[C] exo one-shot collection [editing]
Fanfic"when I talk to you. I fall in love, over and over again" + request closed ㅡ exo imagines (malay) ㅡyuieeiyumi, 2015 #68 in Short Story(12/12/2016)