Special dedicated to all Chennie Wifeuuu!!
_____
CAST || Chen x Nam So Ah (OC)
GENRE || romance, angstH A P P Y R E A D I N G !!
_____
Do you believe in Miracle?
Musim dingin memenuhi bumi Seoul, setiap pelosok dihimpun dengan timbunan salji, tak ada satu pun ruang yg kosong. Penduduk kota bandar mula memenuhi bumi Seoul, memulakan tanggungjawab yg akan digalas masing-masing. Bekerja siang malam mencari nafkah meskipun penat.
Manusia hidup dan bekerja, menggalas tanggungjawab berat dibahu seraya berjuang untuk diri sendiri dan orang tersayang. Serta mencari tujuan sebenar kehidupan, mengisi sebuah buku cerita tentang diri sendiri untuk dilengkapkan, sebelum menguburkannya dalam jasad dan hati, sebagai kenangan pada mereka yg pernah hidup bersama sebelum kematian datang menjemput.
Itulah realiti. Realiti kehidupan manusia yg perlu ditempuhi. Samada secara mahu atau tak mahu. Yg pasti realiti itu tetap akan dilalui, meskipun ia penuh dengan jalan yg berliku.
Ingat. Kehidupan bukanlah semudah yg disangka.
Dia berjalan lurus di Street Seoul, menuju ke tempat kerja sambilannya sementara mencari kerja tetap. Kedua tangannya erat mengenggam scarf yg terlilit kemas dileher. Menahan sejuk. Suasana musim salji kini tidaklah sesejuk mana lagi, masih lagi suam. Cuma sejuk sikit sahaja. Dia pula agak sensitif dengan musim sejuk itu, tidak biasa.
Sesekali jam tangan dikerling. 3minit sebelum 1 tengah hari. Waktu kerjanya bermula.
Akhirnya dia tiba ditempat kerja sambilannya. Dia mendekati pintu masuk. Oleh kerana tidak terlalu fokus ketika berjalan, bahunya berlaga dengan bahu seseorang. Pantas dia mengucap kata maaf pada orang yg dilanggar tanpa sengaja itu.
"Nam So Ah? "
Dia memandangnya.
Betapa kecilnya dunia ini.
***
Cukup dengan mengenakan seluar jeans berwarna biru gelap dan baju benang berjenama SPAO yg menjadi trend pilihan terkini dalam fesyen kalangan rakyat muda Korea. Cukup juga untuk membantu menghangatkan badannya dalam musim sejuk ini. Dia sudah selesa. Tidak perlu terlalu megah.
Puas hati dengan penampilan fesyennya, dia mengukir senyuman kecil disudut bibir. Pantulan dirinya didepan cermin diperhati sekali lagi, sebagai pemeriksaan kali terakhir. Setelah itu dia melihat jam tangan ditangan kirinya. Dia sudah terlewat 5 minit ke tempat temu janjinya bersama kliennya.
"Maaf, saya tiba lewat sedikit. Beri saya dalam 15 minit. Ada sedikit hal yg saya selesaikan tadi" terangnya pada klien tersebut menerusi telefon bimbit ditelinganya. Dia tidak menipu, memang dia ada sedikit urusan menyebabkannya lambat bersiap.
"....."
"Ahh... Begitukah? "
"....."
"Ya baiklah, tak perlu risau. Jadi ia ditangguhkan sementara? "
"....."
"Eum, bagaimana dengan hari esok? 2 petang? "
"....."
"Ditempat yg sama. Ya. Baiklah. Ya terima kasih. Ahh tak apa saya pun ada hal yg mahu diuruskan juga, ya saya faham. Terima kasih lagi. Ya"
Dia menutup panggilan kepada klien yg patut ada temujanji dengannya hari ini untuk membincangkan projek mereka. Namun klien itu berkata dia juga belum tiba ditempat perjanjian mereka, dia mempunyai masalah kecemasan. Dia mengerti dan menangguhkan temujanji itu pada esok hari. Biarlah, bolehlah dia berehat hari ini. Sebelum itu, dia masih tetap perlu ke bandar untuk menguruskan urusannya dahulu.
YOU ARE READING
[C] exo one-shot collection [editing]
Fanfiction"when I talk to you. I fall in love, over and over again" + request closed ㅡ exo imagines (malay) ㅡyuieeiyumi, 2015 #68 in Short Story(12/12/2016)