Unknown Mystery [Kai]

288 22 8
                                    

Saya dah cuba yg terbaik (;'༎ຶД༎ຶ')

_____

Special dedicate to : @KIM_KAISYA

And all persatuan bini-bini abg kai ('ヮ')

_____

CAST || Kai x Suho x Kim Ha Kyo (OC)
GENRE || horror,mystery

H A P P Y R E A D I N G !!

_____

Kim Ha Kyo's pov

Firus matanya bercahaya. Dalam samar kegelapan itu firusnya masih bersinar terang, sekejap matanya berubah dark glow dan sekejap matanya bertukar red glow kemudian berwarna kuning lutsinar dan kembali ke warna asal semula. Warna hitam.

Aku terdiam. Terkaku. Aku tak dapat berfikir apa-apa. Bergerak juga tak mampu, apa yg aku tahu. Dia sedang merenungku. Melihat dalam ke dalam anak mataku. Ia seperti jampi, tadi ketika dia tiba-tiba masuk ke bilik aku melalui beranda, dan memegang ketat pergelangan tanganku, tangan kanannya pula memegang sabit tetapi aku tidak tahu ianya untuk apa. Aku meronta untuk dilepaskan. Aku mahu menjerit. Tetapi apabila dia menarik wajahku dan melihat anak matanya yg bersinar itu.

Aku terus terdiam.

Dia terus memandang aku. Begitu juga aku. Situasi kami memandang anak mata satu sama lain berlangsung hingga beberapa saat.

Siapa dia? Kenapa dia kemari ? Ini bukan kali pertama dia masuk kebilik aku. Hampir setiap malam ia berlaku, ia bermula sejak seminggu yg lepas.

Benar-benar aneh.

Lebih aneh, apabila semakin lama mata kami berpandangan. Makin lemah tubuhku. Aku merasa benar-benar lemah dan letih, hanya setelah melihat anak matanya itu setelah beberapa saat.

Dan setelah itu, mataku hampir terkulai. Tadi aku dalam situasi duduk dengan dia yg masih memegang ketat pergelangan tanganku. Kini aku terbaring. Meskipun terbaring namun anak mataku aku masih bergerak mengikutinya. Apa yg berlaku selepas itu, bila aku baring sepenuhnya. Anak matanya yg bersinar terang tadi bertukar normal. Menjadi anak mata hitam seperti manusia biasa.

"Maafkan saya" dan begitu juga yg akan terjadi. Bila aku terbaring dan matanya bertukar normal semula, dia akan meminta maaf. Saat itu mahu sahaja aku bersuara, bertanya siapa dirinya dan mengapa setiap malam masuk ke kamarku. Tetapi disebabkan tubuhku yg terasa amat lemah, aku yg masih dalam keadaan sedar hanya mampu diam. Dan melihat.

Yg anehnya, aku tak marah..aku hanya...merasakan sebuah kesedihan. Dan kemudian dia akan melepaskan pegangan pada lenganku, turun dari katilku dan berdiri dibalkoni. Mahu sahaja aku berdiri tetapi aku hanya mampu melihat.

Sebelum dia pergi, badannya akan menghadap ke arah aku. Memandang aku seperti kali terakhir. Dan pada ketika itu..

Aku akan menangis.

Atas sebab yg aku sendiri tidak tahu mengapa.

Dia melebarkan sayapnya. Sayapnya yg gah dan berwarna hitam. Dapat dilihat aura hitam mengelilingi seluruh tubuhnya. Kemudian dia menjatuhkan badannya dari balkoni, terjatuh dari tingkat dua, Dulu ketika kali pertama aku melihat dia begitu aku berfikir dia sudah mati dan akan mati kerana jatuh dari tingkat dua.

Tetapi tidak.

Beberapa saat kemudian, aku dapat lihat dia sudah terbang tinggi dengan sayap hitam lebatnya. Meninggalkan aku sekali lagi dalam keadaan penuh kekeliruan dan perasaan sedih. Menangis tanpa sebab, seolah-olah telah kehilangan seseorang.

[C] exo one-shot collection [editing]Where stories live. Discover now