Sambungan Melor

288 6 0
                                    

Salam Jeff.
Minggu lepas, selepas aku baca cerpen Melor, aku cuba panggil Melor tepat jam 12 malam. Tapi malam tu tak ada apa-apa yang jadi. Termasuk malam kedua, ketiga dan seterusnya. Aku boleh tidur lena, siap mimpikan crush lagi.

Tapi tepat malam ketujuh, aku mula rasa panas. Panas yang belum pernah aku rasa. Aku rasa seperti dikukus, digril dan dipanggang. Peluh didahi, dicelah ketiak, dibelakang, dikepala mengalir macam air disungai. Malam kelapan kulit aku mula merah dan mengeluarkan belon belon air yang bersisik. Malam kesembilan hamis dan hanyir mengeluarkan bau. Anehnya Jeff siang hari semua itu hilang dan hanya bermula pada tepat jam 12 malam.

Hari kesepuluh siang, aku melayari internet cari cerita asal usul Melor dan cara untuk berjumpa dengan dia. Tapi takde satu pun yang aku jumpa. Aku mula gelisah entah apa pula yang bakal aku kena malam ni. Namun kegelisahan aku lebih dikuasai rasa lapar. Perut perlu diisi meski malam ini kau akan mati, tu prinsip aku.

Aku turun menggunakan lif. Didalam lif hp aku berbunyi menyanyikan lagu Houdini. Segera aku angkat panggilan dari no private tu.
"Hello siapa?"
"%#+$(3(*!@..."
"Hello nak cakap dengan siapa?"
"+#+28;*-#(@..."
"Kalau takde pape aku matikan!"
"Melor. theclosebook.http.com." talian mati dan pintu lif terbuka. Aku semak semula log telefon. Tapi Jeff, log tu kosong. Aku mula ketar tapi ahh persetankan perut lapar perlu diisi. Aku pergi ke kedai yang berdekatan.

Tepat jam 8 malam aku buka laptop acer yang penuh dengan sticker dan berhabuk. Aku connectkan dengan hotspot dari hp lenovo aku. Aku mencari link yang dikatakan pemanggil siang tadi.

Kalau Jeff yg cari, mesti tak jumpa bukan? hihi samalah kita. Bagi link pun tahpape. Aku cari banyak kali tapi takde apa pun yang aku jumpa. Aku mula fedup! Laptop acer aku biarkan je. Mata aku mula mengantuk... hm kena tidur, mungkin?

Aku terjaga dek bunyi bising yang membingitkan telinga aku. Aku capai hp lenovo yang sering kali dihina oleh brgsjk ditwitter. (Ah aku harap anep juga panggil Melor jam 12 malam, biar dia rasa seperti aku.). Aku lihat jam, pukul 11.55 malam. Bunyi bising tadi juga telah hilang. Aku memandang laptop aku, terpampang satu laman web hitam. Aku segera mencapai laptop tersebut dan baca.

"Melor dikatakan mati didalam lif yang terbakar. Tetapi mayatnya tidak dijumpai. Orang kata Melor menggunakan ilmu hitam sepanjang hayatnya dan mayatnya dimakan oleh belaannya sendiri. Akhir sekali yang aku tahu, sesiapa yang panggil nama dia tepat jam 12 malam, malam kesepuluhnya Melor muncul depan dia. Dengan badan yang merah seperti dipanggang, berbau hanyir, rambut hitam pekat hingga ke lutut dan sebiji mata terkeluar. Apa yang jadi pada mangsa, hm dia je tahu."

Aku mula terbau bau hanyir yang pekat. Jam dilaptop tepat 12malam. Aku dapat rasa ada sesuatu dekat belakang aku. Aku takut Jeff. Jeff, kau rasa apa yang aku perlu buat ye?

................................................

Harini ialah hari kesebelas. Tak sangka aku mampu tulis dekat kau pasal Melor. Melor yang aku jumpa semalam cantik dan wangi, kulit putih lagi. Dia bagi kesakitan dekat aku pada tahap ke 10x ganda lebih daripada apa yang Anna rasa yang Saif Atan buat. Kau ni penipu Jeff. Kau kata chandelier jatuh. Aku bukan setakat chandelier jatuh, sekali dengan aku jatuh dari tingkat 20 dari apartmen aku. Kepala aku jatuh dulu, sakit siak. Berkecai otak aku.

Hm Jeff, aku nak pesan ni malam ni aku nak cari kau. Kalau kau rasa takut jangan menyorok bawah katil tau. Kalau aku jumpa kau, mungkin kepala aku yang kau nampak dulu. Hihihihi

ni sambungan dari cerpen creepypostaMY yang aku baca. carilah ada apa dengan Melor. hihi

Cerpen ContengWhere stories live. Discover now