Lukisan

183 9 2
                                    

"Betul Kadir tak buat?"

"Betul abah. Tu semua lukisan adik. Abah jangan bagitahu adik yang Kadir bagitahu pasal ni dekat Abah." Kata Kadir. Dr Kamil meneliti lukisan-lukisan aneh dalam kertas A3 diatas meja. Ada lukisan manusia berkepala dua, manusia memegang kepalanya sendiri dan beberapa lagi lukisan yang mengerikan. Dr Kamil mengeluh perlahan.

"Kadir rasa, adik Kadir tu menakutkan tak?" tanya Dr. Kamil kepada anaknya lagi.

"Tak adalah abah. Kadir tengok okay je." Dr Kamil menelan liur. Sebelum ni dia telah lihat bagaimana anaknya membunuh seekor kucing dengan kejam. Kini dia lihat lukisan aneh ini. Tingkahlaku anaknya yang senyap dan tidak bergaul dengan orang juga membuatkan Dr Kamil khuatir. Psychopath? Air liur ditelan kesat.

Adik membuat latihan Bahasa Malaysia didepan abahnya. Abahnya tak lagi membenarkannya keluar dari rumah. Dia hanya boleh berada di perpustakaan kecil yang kini adalah biliknya, sekitar rumah dan 10 meter dari pintu utama rumahnya. Tiap hari abahnya akan mengajar semua matapelajaran tak kira matematik, sains, kajian tempatan atau muzik. Semua dilakukan dirumah bersama-sama abahnya.

Dia terpaksa akur dengan permintaan abahnya, walaupun dia taktahu kenapa dan dia sendiri tak berani untuk bertanyakan kepada abahnya. Tapi dalam masa yang sama dia juga lega. Dia sendiri tak suka dengan sekolah, cikgu-cikgu dan rakan-rakannya. Mereka banyak tanya, dan dia sendiri rasa rimas. Ada abah pun dah cukup baginya. Hihihi.

"Abah, mainlah dengan Kadir. Kadir bosanlah abah. Abah asyik duduk dengan adik je." Kadir mengetuk pintu perpustakaan kecil dirumahnya. Pintu tersebut dikunci dari dalam. Kadir tahu abah dengan adiknya ada didalam perpustaakan tersebut. Dah hampir lima bulan mereka menghabiskan masa berdua didalam bilik tersebut. Dia sendiri tak tahu apa yang mereka lakukan.

Kadir berhenti mengetuk selepas tiada respon yang diterimanya. Dia berpatah balik kebiliknya. Robot yang ada ditangannya dicampak ke atas katil. Dia duduk diatas katil dan melihat kertas lukisan yang tertulis nama adiknya berada diatas meja belajar. Dia menuju ke arah meja tersebut.

.............................................

Tujuh tahun telah berlalu, adik sudah boleh keluar dari rumahnya. Dia banyak menghabiskan masanya dikafe sambil membaca buku pemberian abahnya. Dia masih tak mempunyai banyak kawan kerana baru sahaja beberapa bulan dia keluar dari rumahnya.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Adik melihat seekor arnab telah tersepit dicelah-celah longkang. Dia mengambil arnab tersebut dan dibawa pulang.

Dr Kamil duduk diatas sofa rumahnya. Dia mengambil posisi baring untuk merehatkan dirinya seketika. Sejak dua menjak ni hatinya rasa tenang. Adik tidak lagi menunjukkan tingkahlaku abnormal seperti tujuh tahun dahulu. Dia melepaskan nafas lega. Dia yang baru cuba untuk lelap, terjaga apabila terbau sesuatu yang hanyir. Dia bangun dari duduknya dan mencari-cari arah bau hanyir tersebut. Dia menuju ke dapur apabila bau kuat hanyir tersebut datangnya dari dapur. Apabila sampai didapur dia terkejut melihat darah memercik diatas lantai. Terdapat juga tompokan darah didalam sinki dan seekor arnab yang perutnya terburai didalam periuk diatas dapur. Dr Kamil hampir pengsan.

Dia memanggil Adik beberapa kali tapi tiada sambutan. Dia memanggil Kadir, juga tiada sambutan. Dia menuju ke bilik adik. Dia menyelongkar semua barang-barang Adik. Terdapat sehelai kertas lukisan yang bergambar aneh terletak didalam laci. Degupan jantung Dr Kamil berdegup laju, dan dia mula berpeluh, hormon adrenalin mengalir laju keseluruh tubuhnya. Dia keluar dari bilik Adik. Adik perlu dicari.

Dr Kamil menuju pula ke bilik Kadir. Tombol dipulas, namun terkunci. Dia mengetuk beberapa kali pintu tersebut kerana dia yakin Kadir ada didalam bilik tersebut. Beberapa minit kemudian, pintu tersebut terbuka dari dalam.

"Kadir, adik kamu mana?" tanya Dr Kamil resah. Dia lihat Kadir seperti baru bangun dari tidur kerana masih mamai dengan rambutnya yang serabai dan tak terurus. Pintu bilik terbuka luas, mata Dr Kamil tertumpu kepada keseluruhan bilik tersebut. Sudah tujuh tahun dia tidak menjejak bilik anak sulungnya itu kerana sibuk menguruskan adik. Dia lihat terdapat beberapa tampalan lukisan yang mengerikan didinding bilik Kadir dan beberapa lagi lukisan organ-organ manusia bersepah diatas lantai. Terdapat juga lukisan tubuh manusia tercerai dari badan dengan keadaan kepala yang menampakkan isi otak yang hampur terburai. Dr Kamil terkejut.

"Adik tak balik lagi bah. Kenapa?" tanya Kadir. Dia melihat air muka abahnya berubah selepas melihat keadaan biliknya. Dia cepat-cepat menutup pintu biliknya.

"Abah..." Dr Kamil menelan air liurnya. "Abah nak keluar cari Adik kamu." Kata Dr Kamil. Dia pusing membelakangi anaknya.

"Abah." Kadir memegang tangan abahnya, sejuk. Kadir tersenyum. "Abah jangan lari. Kadir dah penat kejar abah selama tujuh tahun ni. Temankan Kadir. Kadir dah lama rindukan abah. Kadir nak tunjuk sesuatu dekat abah." Kadir menarik tangan abahnya masuk ke bilik.

7 tahun lepas...

"Abah tanya aku pasal lukisan tu, aku cakap tu semua kau punya. Kau jangan nak kecoh-kecoh cakap apa-apa dekat abah. Kalau tak, nasib kau sama macam anak kucing haritu. Ke kau nak jadi macam anak tikus yang aku goreng tu. Atau arnab yang kena siat-siat. Kau jangan cakap dengan sesiapa, jangan kawan dengan sesiapa. Kau senyap je." Kata Kadir kepada adiknya.

'Abang gila.' desis adiknya.

Cerpen ContengWhere stories live. Discover now