Resepi Baru

133 7 2
                                    

Maria mengeluarkan semua bahan-bahan yang ingin digunakan untuk masak tengahari ini. Resepi tengahari ringkas sahaja dilakukannya.

Bawang putih dan bawang holland dicincang halus. Halia dibuang kulit, juga dicincang. Cili besar dan cili api dikisar, kasar. Ikan bilis empat ekor dibuang tahi dan ditumbuk lumat. Daging yang telah siap dipotong kecil-kecil direbus terlebih dahulu dan kemudian ditumbuk lalu digoreng rangup.

Fuh bahan untuk masak daging tumbuk telah disediakan tinggal untuk masak sahaja, keluh Maria.

Bawang holland, bawang putih, halia dan ikan bilis ditumis terlebih dahulu. Apabila sudah naik bau, Maria memasukkan cili yang telah dikisar. Maria meletakkan cili api dengan kuantiti yang sedikit kerana tahu anak-anaknya tidak gemar makanan pedas. Garam diletakkan secukup rasa dan sedikit ajinamoto. Apabila selesai ditumis, Maria memasukkan daging tumbuk yang telah digoreng tadi. Maria menggaul-gaulkan sehingga rata. Selesai masak, Maria memanggil anak-anaknya makan tengahari sama-sama.

"Sedap tak mama masak tadi?" tanya Maria pada kedua anaknya.
"Sedap ma, fuh fresh betul ye daging tadi." jawab anak keduanya.
"Freshlah. Nasib baik kakak bawak pagi-pagi tadi. Mama tak simpan pun kat dalam fridge. Kalau dah simpan, mesti kurang rasa manis dia."
"Tapikan mama, rasa manis dia lain macam kan? Ada juicy sikit-sikit tadi. Even rangup tapi macam boleh sedut-sedut je juice daging tadi kan ma?" kata anaknya keduanya. "Apa rahsia mama?" tanyanya lagi.
"Takde rahsia kan ma. Mestilah sedap, tengoklah sape pilih daging. Ni Nina kot. Nina tahu daging mana yang manis, lazat dan sedap." Nina, Nini dan mama ketawa, gembira.

Cerpen ContengWhere stories live. Discover now