Sempit Semput

90 4 1
                                    

Nina memandang tepat ke hadapan. Ruangan itu kosong. Dia melihat kiri dan kanan, juga kosong. Dia mencuba menolej kebelakang, namun terhalang. Nafas ditarik perlahan dan dalam. Dihembusnya kasar. Dadanya sakit terhimpit.

Dia menuju kehadapan. Namun nyata sukar. Ingin dia menangis semahunya namun tahu takkan membantu.

Nina sedaya upaya menuju kehadapan. 10 meter ke ruang exit. Sesekali lelah dilepaskan dan lengan baju mengelap peluh yang menuruni di pipi.

Penat. Nina penat. 'Tolong sesiapa keluarkan aku dari sini!' jerit hatinya. Sia-sia tenaga kiranya dia terpekik terlolong. Buang-buang tenaga.

Sesekali punggungnya tersekat dek buluh-buluh tajam yang mencucuk. Lututnya sukar dibengkokkan. Ya Nina dalam keadaan menelentang. Ukuran lantai dibawah dan buluh tajam yang berada diatas cukup untuk badannya sahaja. Hanya kira-kira 5cm longgar, namun sebesar bilik kelas lebarnya. Untuk keluar dia perlu kekuatan tangan untuk mengesot. Salah kesot, buluh makan dia.

Kekuatan tangan Nina semakin lemah. Dia semakin tidak terdaya. Hampir 2jam dia dalam keadaan begitu. Namun, ditekadkan hati dia perlu keluar. Nina kuatkan semangat dan terus mengesot. Lengan baju sudah koyak rabak. Begitu juga dengan seluarnya. Punggungnya juga rasa pedih. Mungkin ada darah yang mengalir.

Ah. Akhirnya sampai. Nina keluar dari ruangan itu kepalanya dikeuarkan terlebih dahulu. Dia menghirup udara segar sepuasnya. Tangannya memegang kuat tangga kemudian dia melompat keluar. Lega.

"Lama gila aku tunggu kau Nina." tegur Daus.
"Sorry. Kat atas jamm. Teruk tak rupa aku?"
"Hm macam biasa je aku tengok. Baju koyak, seluar koyak. Memang seorang Ainina." balas Daus. Nina dan Daus jalan beriringan melepasi ruangan tersebut. Ruangan tersebut ada tiga tingkat.
"Kenapa kau tak carik rumah sewa lain?" tanya Daus.
"Rumah tu je yang paling murah zaman sekarangni." balas Nina sambil melihat ruangan bawah sebesar bilik darjahnya disekolah dan ruangan atas sebesar almari.

Cerpen ContengWhere stories live. Discover now