Pernah berteriak menjerit sama-sama ?
Melepaskan semua beban yang ada ?Pernah kau menangis merayu unuk dilepaskan segala rasa ?
Pernah engkau terduduk kaku merenung ke luar jendela ?Pernah engkau rasa kesabafan itu mencevah ke tahap paling maximum ?
Pernah engkau rasa bagaimana baik untuk dipendam dan dihadam dari dibiar membara ?Pernah kau rasa betapa besar pengorbanan si dia ?
Walau nampak tenang wajahnya tapi didalamnya penuh gelora ?Alahai wahai lelaki--
Sudah terlihat apa yang selama ini sudah kau terbutakan ?
Sudag terlihat betapa tingginya egomu ?
Sudah dilihat betapa sombong membongkaknya diri kamu ?
Sampai bila mahu terus begitu ?Alahai wahai lelaki--
Usah terus berjalan tanpa merasa apa yang ia rasa ,
Lihat betapa tabah dan gagahnya seseorang yang bernama wanita,
Tabahnya lebih tinggi dari egomu ,
Sabarnya mampu menyelamatkan suasana,
Tagisnya boleh meredakan segala,Alahai wahai lelaki--
Ada apa saja dengan ego kamu ?
Lebih bersenjata dari segala ?
Atau sekadar merosakan semua ?
Dan kau masih mahu menjadi si buta yang bertongkatkan keegoan mu?
Terus berjalan dalam gelap pada dalamnya ?
Dan kau lebih mahu untuk terus bergelap walau cerahnya masih menunggu ?
Begitu wahai lelaki ?Dan untuk terakhirnya aku tanyakan--
Wahali lelaki sampai bila harus menyombong begini ?