Sunyi = Sifar ?

42 2 0
                                    

Malam itu engkau rasakan seakan segalanya berubah menjadi satu cerita yang baru,
Sunyi itu bukan lagi musuhmu,
Bukan lagi kebencianmu,
Tapi sudah menjadi sebahagian didalam hidupmu,
Dari pemarah kau jadi penyabar,
Dari pembenci kau jadi yang paling terbahagia,
Dan sunyi itu sentiasa memenuhkan ruang kekosongan dirimu,
Menjadi satu alunan lagu yang mengikut rentak gemalai darimu,

Apa salah menjadi seorang yang "kosong"?
Apa kau rasa "kosong" itu adalah sifar yang jelas ?
Apa kau rasa "kosong" itu  tiada nilainya ?

Tunjangnya adalah sesuatu yang sangat termudahkan,
Dimana manusia-manusia meletakkan kosong itu sebagai sesuatu yang harus digelapkan .
Diketepikan.
Atau mungkin disampahkan .

Alihkan pandangan matamu pada sudut yang sudah diterangkan dengan akal,
Sunyi itu adalah peneman,
Sunyi itu adalah kamus pembelajaran dalam kehidupan,
Dan sunyi itu adalah penghargaan untuk kau lebih kenal cerita dunia,

Kerana kau harus percaya,
Sesuatu hasil itu datangnya dari sifar,
Kerana itu kehidupan tidak mudah,
Untuk mencapai angka yang tertinggi didalam kehidupanmu kau harus belajar.
Kau harus bermula dari sifar itu.
Kau harus memecahkan segala tembok yang ada untuk mencari satu cahaya yang boleh menemankan kau ketika kau memerlukanya,
Dan kau juga harus percaya kehidupan akan menjadi lebih sukar dengan adanya manusia-manusia yang menganggap sifar itu adalah "kosong".
Kerana itu kau harus berlajar mengapa adanya sunyi dalam kamus kehidupanmu,
Sekali lagi sunyi itu satu pembelajaran dalam sebuah kehidupan untuk kita mencapai satu tahap yang paling tinggi sabarnya diantara manusia .

Lorong-Lorong PuisiWhere stories live. Discover now