Pernah kau berlari laju tanpa tangan digengam jitu ?
Pernah kau berjalan sayu sambil airmata menitis mengenang rindu ?
Atau pernah kau merasa keseorangan tanpa imam yang membimbing dirimu ?Sunyi ?
Lali ?
Atau Sudah terbiasa ?Kau harus perlahankan rentak kehidupan itu,
Supaya hari yang dimakan hari akan terus mengenal erti hidup berseorangan,
Untuk kau lebih memahami tentang kehidupan,
Bukan semudah abc,Kau harus berlajar ,
Walau tiada tangan yang mahu menjadi pendorong dirimu,
Walau tiada teman yang mengaminkan setiap doamu,
Kau harus berani,
Kau harus terus percaya pada diri sendiri,Walau hanya bayang-bayang itu menjadi sahabatmu,
Jangan mudah koyak,
Kerana bayangan itu lebih bermakna dari segalanya.Cuma harus kau bekalkan sedikit rasa cekal untuk terus melangkah,
Walau perlahan atau selemah mana langkahmu itu,
Tapi diakhirnya?
Kau sudah bukti kan pada mata dunia yang kau mampu hidup dan terus hidup,Dan dipenamatnya,
Kesunyian itu akan mendesak untuk kau meneruskan perjalanan baru itu,
Agar kau tidak terkongkong dalam bulatan kesunyian yang direka oleh meraka dikelilingmu itu,
Semoga kau terus berjalan ditemani si bayang-bayang setia itu.