Untuk Si Separa Tuhan 2

38 2 0
                                    

Jika direnung dalam-dalam,
Kau akan melihat,
Betapa setiap dari kita berlumba untuk menjadi separa tuhan.

Menghukum--
Menghina--
Mengkeji--
Buta-buta

Kononnya sudah berada dilandasan yang benar,
Yang benar-benar tidak akan pernah tergelincir lagi,
Atau tidak akan pernah berpatah balik esok hari,

Untuk mereka,
Aku diamkan ,
Aku hadamkan,

Menjadi aku itu mudah,
Untuk pertamanya harus tahu dimana letaknya kau dimata Tuhan,
Sudah Tidak ternilaikah amalanmu untuk mencaci hina mereka yang masih bertatih untuk berjalan semula ?
Sudah terjaminkah perjalanan esok hari kita untuk kita menghancurkan jalanan baru mereka ?

Perlahan-perlahanlah wahai manusia,
Syurga neraka bukan kita penentunya,
Setiap sompek cela itu harus ada disetiap dari kita,
Mungkin tidak akan hilang,
Dan mungkin juga terus jadi parut sampai bila-bila,

Kau bukan separa Tuhan,
Itu hakikat,
Kau harus telan,
Kau harus hadam,
Perlahan-lahan.

Jadi--

Cukup engkau tahu setiap langkahmu itu niatnya ada,
Kerana Itu yang paling utama,
Jika tidak setiap langkahmu itu jauh tersasar dari yang Maha Esa .

Lorong-Lorong PuisiWhere stories live. Discover now