Chap. 1

150 3 0
                                    

"Bangun!!" Jeritan highnote rakan baik Ailee kedengaran. Taeyeon lah tu. Awal betul bangun.

"Ailee! Amber! Bangun!" Ujar Taeyeon sambil mengetuk pintu biliknya Ailee dan Amber sekali gus. Satu guna tangan satu guna kaki. Hebat. Ailee lekas bangun dan mencapai tuala. Dia membuka pintu. Tiba tiba,

"Aduh!" Ujar Ailee sambil mencangkung dan memegang perutnya. Taeyeon terkaku. Senak perut Ailee sebab disepak Taeyeon. Khusyuk sangat ketuk pintu bilik Amber yang liat itu sampai tak sedar perut Ailee disepak.

"Sakitlah siot!" Ujar Ailee. Taeyeon duduk lalu memeluk Ailee. Dia ketawa kecil.

"Sorry ahh. Aku tak nampak. Sorry sorry.."ujar Taeyeon. Ailee mengetap gigi kemudian berdiri. Die membuat riak hendak mencekik Taeyeon. Kemudian Taeyeon menekup mulutnya sendiri dan menggelengkan kepala.

"Jangan bunuh aku. Baekhyun masih memerlukan diriku. Hakhak!" Ujar Taeyeon. Ailee hanya tersenyum. Kemudian kelihatan Amber keluar dari bilik sambil menggosok kepalanya. Ailee dan Taeyeon terkaku. Amber memandang mereka berdua.

"Ape dia?" Soal Amber mamai. Ailee dam Taeyeon berpandangan sekejap.

"Dead dead aku ingatkan namja.." balas Taeyeon. Ailee menjentik dahi Taeyeon sehingga Taeyeon mengerang kesakitan.

"Sakitlah sakai!" Balas Taeyeon.

"Jangan pandai pandai translete bahasa aku okey." Ujar Ailee. Taeyeon menyusun sepuluh jarinya kepada Ailee.

"Hamba mohon maaf, Permaisuri cerewet Ailee.."ucap Taeyeon. Ailee menunjal kepala Taeyeon. Tiba tiba terdengar orang berdengkur. Serentak Ailee dan Taeyeon menoleh. Kedua kedua mereka membulatkan mata.

Bolehnye Amber lentokkan kepala dia dekat pintu lepas tu tidur kat situ. Sekali lagi Ailee dan Taeyeon berpandangan lalu memandang Amber semula.

"Woi!" Jerit Ailee dan Taeyeon serentak ke arah Amber. Amber tersentak segera menjegilkan matanya. Amber tidak dapat menyeimbangkan dirinya dam tergolek ke belakang. Dia mengusap belakangnya. Ailee dan Taeyeon ketawa.

"Sakitlah tak guna!" Ujar Amber, geram. Ailee sudah berhenti gelak namun Taeyeon tidak. Dia masih ketawa. Ailee dan Amber menjeling ke arahnya.

Amber menyepak kaki Taeyeon dan Ailee menunjal kepala Taeyeon. Taeyeon terus berhenti ketawa. Dia menjeling ke arah Amber dan Ailee silih berganti. Amber terus berdiri dan menarik tangan Ailee agar lari.

"Lari, Ailee! Dinosour dah ngamuk!" Ujar Amber dan berlari sambil menarik tangam Ailee. Taeyeon mengejar mereka dari belakang.

'Haduh. Pepagi lagi dah drama macam kat tepi pantai.. hai, terima jelah...'ujar hati kecil Ailee.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Termenung. Itulah yang dibuat oleh Ailee saat ini. Tangan kanannya menopang dagu dan jari telunjuk kirinya mengetuk meja perlahan. Pemikiran Ailee teringat pada keluarganya.

Sudah 6 tahun dia meninggalkan keluarganya yang berada di New Jersey, USA. Sebab utama dia pergi adalah kerana ayahnya mengkhianati keluarga nya sendiri. Kahwin lain secara senyap senyap. Patutlah dia selalu balik lambat dan juga pernah tidak balik langsung. Alasannya ialah kerja banyak.

Ailee memejamkan matanya. Sampai hati ayahnya menipu mereka sekeluarga. Ibunya paling sedih, Miss Joanne. Adik lelakinya, Jackson Kim memberontak habis. Selepas segalanya terbongkar, ayahnya langsung tidak balik rumah lagi.

The Teardrop Where stories live. Discover now