Chap. 14

45 4 0
                                    

Sehun terus masuk ke dalam air dan berenang ke arah Ailee yang semakin tenggelam itu. Kelibat AIlee sudah tidak kelihatan di atas air. Sehun menyelam ke dalam air dan berusaha membuka matanya.

Ailee kelihatan perlahan lahan terbaring di atas pasir. Tangan kanan Ailee masih terangkat seperti hendak menggapai sesuatu.

'Ailee!!!!' Jerit hati Sehun dan mencapai tangan kanan Ailee. Segera ditarik Ailee lalu didakap ke dalam pelukannya. Wau, macam dalam drama nampak.

Sehun berenang naik ke atas. KEsemua pelajar di situ memandang ke arahnya. Taeyeon yang nampak paling risau sekali. Bomi pula namoak gelisah.

Beberapa orang pelajar mengangkat tubuh Ailee dan seterusnya Sehun. Sehun terus duduk di sebelah Ailee dan dilempang wajah Ailee lembut beberapa kali.

"Beri ruang! Beri ruang!" Arah Profesor Lee. Semua pelajar berundur ke belakang. Sehun mendekatkan telinganya di mulut Ailee. Tiada deruan nafas kedengaran. Dia mendekatkan pula di dada. Juga tidak.

Sehun meletakkan tangan kirinya seterusnya tangan kanan di dada kiri Ailee. Dia terus menekan beberapa kali.

Rawatan kecemasan yang dia pelajari semasa darjah 6 dahulu, baru kali ini dia praktikkannya. Kesemua pelajar di situ hanya memandang. Taeyeon pula, nangis lah ape lagi.

"CPR! CPR!" arah Profesor Lee. Sehun mengangkat muka. Mwo?! CPR tu kan...

"Palli!" Arah Taeyeon pula sambil terlompat lompat. Nadanya berbaur sebak. Lagi. Sehun memandang ke arah Ailee semula.

Sehun memegang sisi bibir Ailee. Dia menarik nafas dalam dan mula memberikan CPR kepada Ailee. Dia melepaskan seketika.

Dia menarik nafas sekali lagi dan dilakukan lagi. Biarlah dengan cara ape sekali pun, Ailee perlu SELAMAT!

Sehun melepaskan CPR dan dipandang wajah Ailee lagi. Tiada respon. Dia mula cemas. Bibirnya menggigil.

"Kim Ye Jin! Palli ireona!" Marah Sehun. Dia memangku kepala Ailee. Dia tidak mengendahkan segalanya saat ini.

Dia juga menghapuskan segala rase malunya untuk bersuara dengan kuat. Dia menganggap di sekelilingnya tiada orang.

"Yah! Pabo Kim Ye Jin! Don't leave me alone. I still need you in my life. Please!" Ujar Sehun lagi. Entah kenapa, matanya berair. Dia menyelakkan rambut di dahi Ailee. Bagi dia, rambut di dahi menyemakkan dan tidak selesa.

"Ailee, tolong bangun! Aku sayangkan kau! Tolonglah! Bangun!" ujar Sehun lagi. Hatinya semakin sebak. Ye, aku sebut ayat itu. Aku mula sayangkan dia. Semua pasti terkejut saat itu.

"Ailee Kim Ye Jin, aku cintakan kau!" Jerit Sehun tanpa menghiraukan semua suara di sekelilingnya. Saat itu, Ailee tersedar dengan mengangkat tubuhnya sedikit.

Ailee memuntahkan air dari dalam perutnya sambil memegang perut. Pasti itu air yang dia telan tadi. Sehun tersentak.

"Uhuk! Uhuk!" Ailee membatukkan dirinya sendiri bagi mengeluarkan semua air dari dalam perut dan paru parunya.

"Ailee, kwaenchannyeo?" Soal Sehun terus. Ailee membuka matanya. Orang pertama dia lihat adelah, Oh Sehun. Dia menoleh, semua ade di situ, melihat dirinya.

"Haa...haa... na kwaenchanna.." balas Ailee perlahan. Sehun terus menarik Ailee ke dalam pelukannya erat. Air matanya jatuh. Murah betul air matanya sekarang..

"Jangan tinggalkan aku.." ujar Sehun di dalam pelukan. Dia mengeratkan pelukan. Ailee tidak membalas pelukan mahupun kata kata Sehun saat itu. Penat dan lesu.

The Teardrop Where stories live. Discover now