Chap. 25

38 4 0
                                    

Meanwhile~
Rumah Ailee, Taeyeon, Amber

"Let me open it!" Ujar Taeyeon dan berjalan ke arah pintu lalu pantas dibuka. Senyuman yang tadi terukir manis di bibirnya hilang saat ternampak namja itu. Masam.

"Ko nak ape?" Soal Taeyeon malas. Sehun mengangkat kening.

"Mana Ailee?" Soal Sehun semula. Taeyeon mencebik.

"Buat ape ko nak jumpe die? Ko tak layak nak jumpa dengan dia!" Marah Taeyeon. Amber terus berjalan ke arah ruang tamu kerana terdengar Taeyeon memarahi seseorang.

"Salah ke aku nak jumpe Ailee?" Soal Sehun lagi. Taeyeon ketawa sinis lalu memeluk tubuh.

"Ye, salah sangat. Sebab ko dah sakitkan hati die! Ko dah tipu die dengan cinta palsu kau tuh!" Balas Taeyeon. Marah? Sudah pasti.

Sehun tersentak. Ma.. macam mana.. Macam mana Ailee boleh.. Sehun menelan air liur.

"Apsal diam? Maknanya betullah ko kapel dengan Ailee semata sebab kawan ko cabar ko?!" Ujar Taeyeon lagi. Sehun terdiam. Dia menggenggam tangannya.

"Siapa beritahu Ailee?" Soal Sehun. Dia menahan marah. Dia mendengar kata kata Ailee yang pernah Ailee katakan padanya. Jangan berkasar dengan yeoja lain walaupun yeoja tu tengking kau sekalipun.

"Yoona yang beritahu.."balas Amber di belakang Taeyeon. Taeyeon menjeling ke arah Amber.

"Mana Ailee sekarang?" Soal Sehun. Dia mula cemas. Taeyeon mencebik.

"Ko tak layak jumpe Ailee lagi! Dah lah. Malas aku nak layan namja tak guna macam dia nih!" Gumam Taeyeon dan menolak Amber dan terus meluru ke arah biliknya.

"Maafkan Taeyeon. Dia memang macam tu kalau dia tengah marah atau stress.."ucap Amber. Sehun menggeleng, tanda tak mengapa.

"Mana Ailee?" Soal Sehun lagi. Dia perlu jelaskan pada Ailee saat ini. Dia tak mahu kehilangan Ailee. Andwae!!!

"Ailee, dia kate tadi pergi jumpe kawan ko.. Kai ehh nama dia.. entah.. yang pasti dia pergi jumpe kawan ko tu.."balas Amber. Amber baik. Nasib baiklah.

Sehun tersentak. Mwo?! Ne?! Andwae! Kai?!! Bahayalahhh!

"Mwo?!!! Kai?!!!" Soal Sehun semula. Amber terkejut lalu mengangguk. Tangan kana Sehun menggaru kepalanya kasar manakala tangan kirinya mencekak pinggang.

"Bahaya nih. Okeykah, terima kasih sebab beritahu. Aku kena pergi. Bai! Cakap kat Taeyeon, aku minta maaf!" Jerit Sehun dan terus masuk ke dalam kereta Audi R8 miliknya dan terus meluncur laju ke jalan raya.

"Bahaya? Entahlah.."ujar Amber dan berlalu masuk ke dalam rumah.

Sehun menelan air liur. Bahaya kalau Ailee dengan Kai. Kai pernah kata dia berminat dekat Ailee. Dia tu, sekali dah minat macam macam boleh jadi!

"Ailee, bertahan sampai aku datang!" Jerit Sehun di dalam kereta. Semakin laju keretanya membelah angin di jalan raya yang dingin itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nafas Sehun menjadi tidak teratur. Dia melanggar semua orang di situ. Dia mencari tempat yang selalu Kai lepak.

Suasana gelap dan suram serta bingit itu menyukarkan kerja Sehun saat itu.

"Bukan selalunya dekat sini ke?" Soal Sehun seorang diri apabile ternampak tempat yang Kai selalu lepak tiada orang.

"Ehh, Sehun oppa~" ujat seorang yeoja lalu memeluk lengan Sehun. Sehun tersentak lalu menoleh. Dia menarik tangannya.

The Teardrop Where stories live. Discover now