Chap. 34

42 5 0
                                    

Henpon di tangan Ailee terjatuh menyembah lantai. Retak. Ailee terkedu melihat manusia di depannya kini bertembung mata dengannya. Chanyeol menoleh.

Chanyeol menarik tangan Ailee dan membawa ke depan lelaki yang berusia lingkungan 40-an itu. Chanyeol menundukkan kepalanya.

"Appa, Yeol ade bawak Ailee... Your beloved daughter.." ujar Chanyeol. Ailee terkedu lagi. Tubir matanya berair.

Encik Albert tidak membalas. Diam. Dia setia memandang ke arah Ailee, anaknya. Anaknya yang hilang 6 tahun lalu. Perasaan menyesal mula menyesak dan menyelubungi hatinya.

"Ailee, sapa lah ayah kau..." arah Chanyeol ke arah Ailee. Ailee diam. Ailee menekup mulutnya. Air matanya mengalir.

"Ailee..." ujar Encik Albert lalu berdiri. Ailee melangkah ke belakang dan melepaskan tekupan tangan. Chanyeol hanya memandang.

"Aku bukan anak kau!" Jerit Ailee dan berlalu keluar. Chanyeol kaget saat Ailee melangkah keluar. Segera die mengejar Ailee. Terpaksa meninggalkan Encik Albert di situ sendirian.

"Ailee!" Panggil Chanyeol di depan pintu dan menarik tangan Chanyeol. Ailee tertoleh ke belakang. Chanyeol memandang ke arahnya.

"Lepas!" Jerit Ailee dan menarik tangannya. Terlepas namun segera Chanyeol menariknya semula dan terus mencengkam bahu Ailee. Ailee terkedu.

"Listen to me first!" Arah Chanyeol tegas. Ailee menggeleng. Wajahnya kelihatan sebak.

"Aku.. aku taknak jumpe die... aku sakit hati bile jumpe die..." ujar Ailee tersekat sekat. Die menarik nafas pendek kerana sebak yang menggunung.

"Aku tahu.. tapi die tetap ayah kau.. kau kena terima hakikatnya, Ailee.. walaupun sepahit mana pun.." pujuk Chanyeol. Ailee menundukkan kepalanya dan membiarkan air matanya mengalir laju.

Chanyeol terus menariknya ke dalam pelukan. Tanpe menghiraukan segala mata-mata yang memandang ke arahnya. Ade aku kesah~

"Aku faham perasaan kau..." ujar Chanyeol perlahan. Ailee memejamkan matanya. Sedih? Sudah pasti. Kecewa? Untuk ape nak kecewa.. Benci? No comment.. Rindu? No answer..

Chanyeol melepaskan pelukan lalu mengusap air mata Ailee dengan ibu jarinya. Ailee membiarkan saje.

"Pergi jumpe die..." arah Chanyeol lembut. Ailee hanye menggeleng

"Pergi.." arah Chanyeol balik. Ailee tetap menggeleng. Chanyeol melepaskan keluhan berat.

"Kenapa ko taknak jumpe?"
soal Chanyeol. Ailee diam lalu menundukkan kepala.

"Ko malu nak jumpa die? Ke takut?" Duga Chanyeol. Ailee terus mengangkat muka. Terkejut. Namun riak wajah Chanyeol tampak rileks sekali.

"Ko tahu tak, dia teringin sangat nak jumpe kau.. selama 6 tahun ni, dia tak tahu khabar kau langsung.. percayalah, die dah berubah. Isteri muda die tinggalkan die sebab dia dah takde duit.."

"Die dah cerita semuanya kat aku.. dan die nak jumpe kau dulu.. dia sangat bersalah pada kau.. dia rase macam memberikan tekanan sampai kau lari dari rumah.. dia rase sangat bersalah yang teramat sangat.. Pergilah jumpe die.." arah Chanyeol lagi.

Ailee diam. Dia memandang ke arah pintu.

"Aku takut..." ujar Ailee perlahan.

"Aku ade..." balas Chanyeol terus. Dia memegang bahu Ailee.

"Kajja.." ujar Chanyeol dan melepaskan pegangan. Dia membuka pintu semula dan melangkah masuk.

The Teardrop Where stories live. Discover now