Chap. 13

40 3 0
                                    

"Mana ko menghilang? Apsal Sehun gendong ko? Apsal dengan kaki ko? Macam mana boleh sesat? Haa? Jawab.." Taeyeon soal bertubi tubi sambil bercekak pinggang. Ailee menggaru belakang kepalanya.

"Kira okey aku dah balik. Kalau aku tak balik?" Soal Ailee semula. Taeyeon memeluk Ailee.

"Huwaaa! Kalau ko tak balik, aku akan cari ko sampai lubang cacing!" Balas Taeyeon. Ailee tersenyum kemudian mengusap belakang Ailee.

"Dahlah.. aku nak jumpa Baek kejap. Ko boleh kan duduk sini sorang sorang?" Soal Taeyeon sejurus selepas melepaskan pelukan. Ailee mengangguk.

"Kalau ade pape nanti, aku jerit nama ko.."balas Ailee. Taeyeon mencebik kemudian beredar pergi dari khemah rawatan itu. Ailee mengerling ke arah jam di tangan. Jam 8;00 malam tepat.

'Nasib baik ade sorang student tu terserempak dengan kitorang. Kalau tak, Habis ahh aku...' ujar hati Ailee. Tiba tiba pintu khemah diselak dan Ailee ternampak dia.

"Ko dah makan ke?" Soal Sehun lalu duduk di atas kerusi, di tempat Taeyeon duduk tadi. Ailee hanya menggeleng.

"Kawan baik ko suruh aku bagi ni. Dia kate ko belum makan."ujar Sehun dan menyerahkan satu bungkus roti. Ailee mengambil nya dan dibuka plastik roti itu. Lalu dikunyah sedikit. Sememangnya Ailee lapar saat itu. Thanks, Taenggoo. Ko memang kawan aku.

"Sorry pasal tadi.."ujar Sehun. Ailee mengangkat mukanya dengan kening terangkat.

"Takpe.. lagipun kita kan dah selamat sampai.."balas Ailee. Sehun memegang dahinya sendiri. Macam geram je gayanya. Ailee mengerutkan dahi.

"Kenapa?" Soal Ailee. Sehun mengangkat wajahnya.

"Ko ni enn, memang pelupa ke ape? Hari tu pun macam ni jugak.." ujar Sehun, geram. Ailee mengangkat kening.

"Ape dia? Aku tak paham.." balas Ailee. Sehun mengetap bibir kemudian die memgambil nafas.

"Cik Ailee, saya nak minta maaf pasal our first kiss petang tadi. Okey?" ujar Sehun terus terang. Ailee tersentak. Baru dia ingat. Erghh!

"Ooo...ermmm.. okey.." balas Ailee dan mengalihkan pandangan. Sehun mencebik.

"Muda muda lagi dah pelupe.." ejek Sehun dan beredar pergi. Ailee menjeling ke arah Sehun sehingga Sehun hilang dari pandangan.

"Dia pun same!" Ujar Ailee. Terus hilang seleranya. Diletak plastik berisi roti itu di atas meja di sebelahnya.

Dia mengurut urut kaki kanannya yang terseliuh itu. Sakit dowh! Riak wajahnya jelas menampakkan dia sedang menahan sakit. Dia kuat dia urut, lagi mukanya berkerut.

'Aku kena sembuh cepat..'ujar hati Ailee. Walaupun wajahnya berkerut kerut sejuta sekalipun, dia perlu sembuh. Kalau tak, baik takyah pergi kem ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pukul 10:00 malam. Ape yang Ailee buat? Berdiri kat tepi sungai. Dia berdiri di atas tembok di tepi sungai. Tembok itu dibina mungkin untuk hiasan sungai itu. Kalau dia berdiri di tebing, nanti jatuh susah pulak. Dahlah sejuk..

Untuk ape dia di situ? Entah, buang stress maybe. Yang lain semua tengah makan, Ailee je tak. Malas, penat, takde selera. Puas Taenggoo ajak tadi, tapi Ailee tetap dengan jawapannya, tidak.

Seberang sungai nampak gelap gelita. Di tebing sungai ataupun di tempat Ailee berdiri, para student ade letak lampu tiang kat situ, sepanjang panjang sungai tulah ade lampu. So, terang sikit kat tempat Ailee tu.

The Teardrop Where stories live. Discover now