Assalamualaikum semua...sorry sebab lama gilerrr tak update..saya busyy laptop pun buat hal..tapi alhamdulillah la..akhirnya dapat jugak saya update cite ni...hope.korng suka..tk suka pun tak,tak.paksa :)
_________________________________________
"Assalamulaikum"."Waalaikumsalam".Dhiya Qirana menjawap salam.
"Hye Dhiya.Awak sihat?"Dhiya Terkejut melihat gerangan yang berada di depannya sekarang. "Macam mana awak tahu saya dekat sini Aish".Dhiya tidak menjawab soalan Aish Ameerul.Aish Ameerul hanya tersenyum."Adalah,awak tak perlu tahu".Dhiya Qirana memandangnya pelik. "Awak okay tak ni?".Aish Ameerul bertanya kembali."Saya okay".Balas Dhiya Qirana ringkas.Malas nak layan sebenarnya.Tengok muka dia mesti teringat pasal haritu.Haihhh.
Aish Ameerul menarik kerusi disisi katil Dhiya Qirana dan dia duduk di kerusi itu. "Macam mana boleh masuk hospital?".Aish Ameerul meneliti wajah Dhiya Qirana.Sempurna,tiada cacat jela di wajah Dhiya Qirana.Tetapi hari ini sedikit lain,wajah Dhiya Qirana sedikit pucat mungkin faktor kesihatan.
"Entah".Jawab Dhiya Qirana ringkas.Aish Ameerul mengerutkan dahinya.'Ayat aku punyalah panjang dia jawap entah je.Haiishh budak ni'.Aish Ameerul melepaskan perasaan geramnya didalam hati.
"Tak kerja ke?"Tanya Dhiya Qirana. " saya half day".Jawap Aish Ameerul ringkas. "Awak dah dapat jawapan tentang haritu?"Soal Aish Ameerul.Baginya dia perlu dapatkan jawapan Dhiya Qirana dengan segera supaya tertunangan mereka boleh dipercepatkan
Dhiya hanya memandang kosang wajah Aish Ameerul.Orang tengah sakit sempat lagi dia tanya pasal hal haritu. "Saya takde jawapan lagi".Balasnya dengan selamba.Dhiya Qirana mencapai jug air kosang di meja sebelah katilnya.Tiba -tiba rasa haus pula.Aish Ameerul melihat perlakuan Dhiya Qirana.Aish Ameerul mengambil jug yang dipegang oleh Dhiya Qirana.
"Biar saya yang tuangkan".Aish Ameerul senyum kepada Dhiya Qirana.Dhiya Qirana Tidak membalas apa-apa hanya sekadar membenarkan Aish Ameerul menuangkan air untuknya.Orang dah nak tolong biarkan jelah.
Gelas yang berisi air itu diserahkan kepada Dhiya Qirana.Dhiya minum dengan rakusnya.Dahaga bebenor budak ni. "Saya rasa awak kena balik sekarang".Aish Ameerul mengerutkan dahinya,Budak ni halau aku ke? "Kenapa saya kena balik? Saya jumpa awak tak sampai setengah jam pun".Tanya Aish Ameerul untuk kepastian.
Dhiya Qirana mengeluh kecil. "Saya bukan nak halau awak,tapi masa untuk melawat dah nak habis kejap lagi doctor datang nak cek saya".Kalau tak faham jugak dia ni tak tau lah.Aish Ameerul tersenyum.
"Okay,esok saya datang lagi".Dhiya Qirana hanya senyum nipis.
Hari Ke-2,Hospital
Dhiya Qirana telah dibenarkan balik oleh doctor.Kesihatannya juga semakin membaik.Pagi hari ini Tengku Zafrin yang akan menghantar Dhiya Qirana pulang.Tengku Ariffin dan Tengku Syura tidak dapat menghantar Dhiya Qirana pulang kerumah kerana terpaksa uruskan kerja yang terbengkalai.
"Dhiya dah siap ke belum?"
"Dah"
"Kalau macam tu kita gerak sekarang".Tengku Zafrin mengambil beg pakaian milik Dhiya Qirana.Dhiya Qirana mengikuti Tengku Zafrin ke kereta.
Dhiya Qirana mengambil beg pakaiannya di bahagian belakang kereta.Dhiya Qirana bergegas masuk kerumah.Perkara pertama yang dia cari apabila pulang kerumah ialah 'Katil'
"Wah!! Rindunya dengan katil ni".Dhiya Qirana menghempaskan badannya ke atas katil kesayangannnya.Teddy Bear pink pemberian Tengku Ariffin dicapai dan dipeluk dengan erat.
"Lama Dhiya tak peluk Pinky.Pinky rindu Dhiya tak? Hah?! Pinky rindu Dhiya? Alaa kesian dekat pinky .Dhiya pun rindu dekat pinky,takpe harini Dhiya nak peluk Pinky puas-puas".Dhiya berbual dengan Teddy Bear bernama 'Pinky' itu,seakan-akan Pinky boleh mendengar semua yang dibualkan.

ANDA SEDANG MEMBACA
~ABANG CEO KUSAYANG~
RomanceZaman sekarang banyak kisah cinta tentang perempuan mengejar harta lelaki Berbeza dengan kisah cinta ini.... "Awak tipu saya!awak kata awak sayang saya!awak kata awak cinta kan saya!tapi semua tu tipukan?!awak nak kawin dengan saya atas sebab awak t...