"Abang,saya rasa kita kena bercakap dengan Dhiya pasal semalam.Saya takut Dhiya stress fikir pasal semalam.Makanan yang saya masak semalam tu tah makan tah tidak. Nanti kalau dia sakit ke macam mana?Abang pun tahukan yang anak bongsu kita tu mudah sakit?"Tengku Syura memberitahu Tengku Ariffin.
Risau Tengku Syura pada anak perempuannya.Dari semalam Dhiya Qirana tidak keluar dari biliknya.Sekarang sudah jam 10 pagi masih belum keluar,sarapan pun belum dimakan.Sebelum ini jam 7 pagi lagi Dhiya Qirana akan keluar dari bilik.Selalunya kes begini Shafa Aqira yang akan memujuk Dhiya Qirana tapi Shafa Aqira telah keluar awal pagi tadi untuk mengambil Papa dan Mamanya di Airport yang baru pulang dari Jordan atas urusan kerja.
"Kalau macam tu jom kita kebilik Dhiya".Tengku Syura tersenyum.Tengku Ariffin dan Tengku Syura pun beredar dari ruang tamu,mereka menuju kebilik Dhiya Qirana yang berada di tingkat 2.
Tengku Ariffin memulas tombol pintu bilik anak perempuannya.Gelap.Hanya cahaya lampu tidur yang menerangi bilik itu.Kelihatan tubuh anak perempuannya terbaring lesu diatas katil.Tengku Ariffin dan Tengku Syura menerpa kearah Dhiya Qirana.
"Dhiya..bangun sayang,Dhiya okay tak ni"Tengku Arffin mengusap lembut kepala anaknya.Telapak tangan Tengku Syura diletakkan diatas dahi Dhiya Qirana.Panas.Hanya itu yang dirasakan "Abang,lebih baik call doctor.Anak kita sakit ni bang.Muka dia pun pucat,cepatlah bang suruh Zafrin call doktor.Kesian anak kita ni".Tengku Syura cemas,begitu juga Tengku Ariffin juga turut cemas.
"Zafrin!!!! Zafrin!!!"Tengku Ariffin menjerit memanggil anak sulungnya.
"Ye kenapa ayahanda?"Tengku Zafrin berdiri dimuka pintu bilik Dhiya Qirana. "Call doctor sekarang! Adik kamu sakit ni".Terbeliak biji matanya mendengar."Hah!! Dhiya sakit!!! Okay,Zaf call sekarang".Tengku Zafrin belari mendapatkan telefonnya.
10 minit kemudian Doktor peribadi keluarga Tengku Ariffin datang untuk memeriksa Dhiya Qirana.
"Kenapa dengan anak saya doctor?"Tanya Tengku Ariffin. "Anak Tengku demam,mungkin dia stress.Tengku Dhiya perlu dibawa ke hospital sebelum demamnya semakin teruk.Kalau dihospital senang untuk saya rawat Tengku Dhiya".Doktor menjelaskan keadaan Dhiya Qirana kepada Tengku Ariffin
"Kalau macam tu kita bawa sekarang jelah".Kata Tengku Ariffin. "Bagus juga kalau dibawa sekarang.Tengku Dhiya boleh dirawat dengan lebih cepat".Tengku Ariffin mengangguk tanda faham.Dipandangnya Tengku Zafrin yang duduk disebelah Dhiya Qirana.
"Zaf,kamu angkat Dhiya.Ayahanda nak sediakan kereta.Syura awak kemaskan barang-barang Dhiya".Tengku Ariffin bergegas keluar diikuti dengan doctor peribadinya.
Badan Dhiya Qirana dicempung oleh Tengku Zafrin dan dibawa kedalam kereta.Barang-barang Dhiya Qirana juga dimasukkan kedalam kereta.
Dhiya Qirana membuka matanya perlahan-lahan.Kepalanya terasa sangat berat seperti dihempap sesuatu.Dhiya Qirana memerhatikan sekelilingnya,semuanya berwarna putih setahunya dinding biliknya berwarna ungu dan merah jambu kenapa bertukar berwarna putih.Dhiya Qirana cuba mengangkat tangan kanannya.
"Aduhh".Rintihnya.Dhiya melihat tangannya. Dhiya Qirana melihat tangannya yang dicucuk dengan jarum kecil supaya cecair dapat masuk kedalam badannya.Sekarang baru dia tahu dia berada dihospital,tempat yang paling dia benci.
Selang beberapa minit pintu bilik itu dibuka,kelihatan seorang wanita berjubah putih atau lebih tepat lagi pakaian khusus untuk seorang doctor. Dia masuk dan memhampiri katil Dhiya Qirana.
"Awak dah sedar".Wanita itu tersenyum.Dhiya Qirana hanya mengangguk.Doktor itu memeriksa keadaan Dhiya. "Saya yang akan merawat awak semasa awak dekat sini.Doktor peribadi family awak tu tak boleh nak rawat awak sebab dia ada pembedahan yang perlu dia buat".Dhiya Qirana hanya mengangguk dan tersenyum.Dhiya mlihat tanda nama dibaju doctor itu.'Doktor Athirah'

ANDA SEDANG MEMBACA
~ABANG CEO KUSAYANG~
RomanceZaman sekarang banyak kisah cinta tentang perempuan mengejar harta lelaki Berbeza dengan kisah cinta ini.... "Awak tipu saya!awak kata awak sayang saya!awak kata awak cinta kan saya!tapi semua tu tipukan?!awak nak kawin dengan saya atas sebab awak t...