BAB 8

527 11 5
                                        

Saya ingin memohan maaf sbb dh lme sye tk update...sye jarng bukak wattpad and saya busy jdi tkde mse nk smbung novel..sorry again guys..sye akn cuba siapkn bab strusnya secepat yg mungkin..just nk mintk korg sbr je lh ye..
____________________________________
  
  Dhiya Qirana bangun awal hari ini kerana hari pertama dia akan menjadi student kolej.Dhiya Qirana hanya mengenakan pakaian yang simple sahaja.Tak mungkinlah dia akan memakai dress untuk ke kolej pada hari pertama begini.Tak pasal-pasal dia digelar junior paling over nanti,buat malu saja.

“Selamat pagi ayahanda,bonda,along”.Dhiya Qirana menyapa  ahli keluarganya yang berada di meja makan.Dhiya Qirana duduk disebelah Tengku Zafrin yang sedang khusyuk dengan makanannya.

“Along amikkan makanan tu”.Pinta Dhiya Qirana. “Amiklah sendiri”.Balas Tengku Zafrin tanpa melihat Dhiya Qirana. “Alaa,along amikkanlah tak sampailah nak amik”.Dhiya Qirana merengek sambil mengoncangkan tangan kiri Tengku Zafrin. “Ishh budak ni,along tengah syok makan ada je yang dia nak”.Tengku Zafrin mengeluh kecil.Dhiya Qirana hanya tersengih

Tengku Zafrin mengambil bekas yang berisi nasi goreng buatan Tengku Syura.Tengku Zafrin memberi dengan kasar dan dia menyambung makan makanannya semula. “Ayahanda…kereta Dhiya kan dekat workshop lagi,jadi harini ayahanda hantar Dhiya pergi kolej boleh tak?”.Pinta Dhiya Qirana.Matanya dikerdipkan beberapa kali untuk meraih simpati Tengku Ariffin.

“Sorry princess,harini tak boleh,ayahanda dengan along ada meeting penting dengan pengurus syarikat kita dari China”.Dhiya Qirana mengeluh kecil.Tengku Ariffin tersenyum nipis.Dia tahu bahawa anaknya itu pasti sedih mendengar alasannya.Sejak dari kecil lagi,apabila Dhiya Qirana memasuki sekolah yang baru pasti dia akan dihantar dan didaftarkan oleh Tengku Ariffin dengan ditemani juga Tengku Syura.

“Takpelah,kalau macam tu Dhiya suruh Pak Hamid yang hantar Dhiya ke kolej”.Kata Dhiya Qirana dengan nada pasrah. “Dhiya,kenapa perlu suruh Pak Hamid yang hantar? Aish kan ada,dia boleh hantar  Dhiya”.Dhiya cuba untuk menghadam kata-kata Tengku Syura.Aish? nak bercakap dengan dia pun ragu-ragu apatah lagi nak suruh dia hantar ke kolej hanya sekadar mimpi jelah.

“Betul tu Dhiya,suruhlah Si Encik Tunang tu yang hantar,mesti dia nak punya”.Tengku Zafrin menyokong Tengku Syura.Dia tahu adik kesayangannya itu masih belum dapat menerima Aish Ameerul sebagai tunang apatah lagi sebagai calon suami.Tapi dia tahu adiknya itu bukan seorang yang keras kepala,lambat laun pasti dia akan menerima Aish Ameerul.

“Tak payahlah,Dhiya boleh pergi sendiri kalau Pak Hamid tak boleh hantar Dhiya boleh tumpang Shaf”.Dhiya Qirana memberi alasan. “Tak payah,kejap lagi Aish datang.Dia akan hantar dan teman kan Dhiya untuk lapor diri.”.Tengku Ariffin bingkas bangun dan bersiap untuk ke office begitu juga dengan Tengku Zafrin.

“What?!”.Dhiya Qirana tergamam.Dia sungguh terkejut dengan kata-kata Tengku Ariffin.

Pon!!! Pon!!!

“Hah! Tu Aish dah sampai.Dhiya naik dengan Aish,okay kan sayang?”.Kata Tengku Syura sambil meghampiri anaknya dan diusap kepala Dhiya yang dilaputi dengan tudung itu.Dhiya Qirana hanya mengeluh kasar,perlahan-lahan dia menganggukkan kepala tanda dia bersetuju dengan kata-kata bondanya itu.

Dhiya Qirana tidak mampu hendak melawan kata-kata orang tuanya itu,baginya segaa keputusan yang mereka buat itu adalah yang terbaik untuknya.

“Dhiya cepat sikit,Aish dah tunggu dah ni!”.Laung Tengku Ariffin dari luar rumah.Dengan malas Dhiya Qirana bangun dan mencapai handbang miliknya san terus keluar rumah,diikuti juga dengan Tengku Syura.Keluar sahaja dari pintu rumah Dhiya Qirana melihat Aish Ameerul sedang berborak bersama Tengku Ariffin dan Tengku Zafrin

~ABANG CEO KUSAYANG~Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang