Bab 2

86 4 0
                                    

Selepas selama lebih 13 jam berada di dalam perut pesawat AM3806 yang menuju ke England, akhirnya aku mulai rasa bahagia kerana cita-cita yang telah ku tanam sedari kecil akan tercapai jua.

Mesti korang pelik kan,kenapalah Dian ni kecoh sangat nak jadi pakar kanak-kanak? Sebab,Dian ni tak dilahirkan normal seperti orang lain..senang cerite Dian ni cacat. Tapi Mummy selalu marah kalau Dian kata yang Dian ni cacat sebab di mata Mummy Dian adalah sempurna. Sedari kecil lagi, Dian terpaksa menggunakan alat bantuan pendengaran bagi mendengar dengan lebih jelas. Doktor kata,ia disebabkan oleh terlalu banyak cecair yang terdapat di dalam saluran telinga Dian. Banyak usaha yang dilakukan oleh Mummy dan Daddy supaya Dian bisa mendengar dengan normal. Walaubagaimanapun,Dian tak pernah rase rendah diri atau bersedih dengan apa yang telah ditakdirkan untuk Dian, sebab Dian percaya di luar sana, ada yang lebih hebat dugaannya berbanding dengan Dian.

"Ya Allah,kebas punggung aku ni,kalau lagi lama duduk dalam flight tu. Confirm aku mengesot macam dalam cerita horror Indonesia, Suster Ngesot tu,"aku mengomel sendirian.

"Aduyai mane Melati ni? Die jugak yang sibuk nak ambik aku dekat sink. Dahlah sejuk ni, lapar tahap gaban pulak tu," bebelanku memecah keheningan malam.

Selepas beberapa minit...

Aku mengambil keputusan until meredakan rasa penat yang telah membaluti tubuhku sedari tadi dengan duduk berehat di atas bangku yang disediakan sambil mendengar lagu K-pop menerusi iPod yang dihadiahkan oleh Daddy sempena keputusan cemerlang yang diperolehku dalam SPM.

Tidak lama kemudian, ada sebuah kereta Masserati berwarna hitam berhenti di tempat parkir yang berhadapan dengan tempat dudukku. Ku amati wajah pemandu yang keluar daripada kereta Masserati itu. Cantik sungguh wanita itu,desis hatiku.
Wanita itu terus meluru laju ke arahku seperti sedang mengejar sesuatu. Wajahku pucat lesi,mindaku ligat memproses apa yang sedang berlaku. "Kenape 'minah salleh' tu macam nak kejar aku je," bebelku dengan perasaan takut yang menyelubungi diriku saat ini. "Dian!!!!!!!,"jerit wanita itu seraya memanggil nama panggilanku." Aik,macam mane die boleh tahu nickname aku hah? Tak sangka aku famous sangat sampai 'minah salleh' tu pon boleh kenal aku. Hebat betul la aku ni," aku berseloroh sendirian sehingga terlupa akan ketakutanku. Wanita itu semakin menghampiriku. Hatiku mula berdegup kencang. Hisy,macam simptom jatuh cinta pulak ye..hehehe..kemudian wanita itu melulu memelukku tanpa meminta keizinanku seolah-olah melepaskan rindu yang telah lama bersarang di hatinya.

"Ermmm...I'm sorry Miss, I think you must have the wrong person," aku berkata dalam nada yang dingin. Yalah,aku bukan jenis yang suka sangat peluk-memeluk ni. Aku ni macam 'anti-hug'. Memang dari kecil lagi aku tak suka dipeluk tau. Rimas!!

"Ni aku lah," kata wanita itu dengan nada seolah-olah kami sudah lama berkenalan. Perasaan hairan menghampiri diriku pada ketika itu. "Nur Melati binti Zakaria,your friend,"jelas wanita itu tika melihat dahiku berkerut-kerut seolah-olah ingin mengingati sesuatu.

"Alahai,Melati rupenye. Aku ingatkan 'minah salleh' manelah tadi, tibe-tibe je peluk aku bagai. Kalau bukan kau tadi dah lame aku report kat polis tau...Sebab ini dikira macam serangan seksual tau,"balasku keriangan kerana sudah lama tidak bertemu dengan Melati sejak Melati pindah ke England kerana tuntutan kerjaya ibunya yang merupakan seorang doktor.
"Huisy..dahsyatnya sampai nak buat report bagai..apa kejam sangat kau ni..kesian aku tau,"kata Melati yang suka mengusikku dari dulu lagi. Aku membalas usikan Melati dengan senyuman yang terukir di bibir kerana aku amat rindukan saat-saat begini dimana aku dan Melati selain menghabiskan waktu bersama-sama.

Second ChanceWhere stories live. Discover now