"Alahai mamat ni...suka hati aku la...aku nak tolong ke tak nak. Kang kalau aku tolong jugak, tak ikhlas jadinye. Kertas je kot yang jatuh,kecoh satu kampung nak suh aku jugak yang angkat. Badan je berketul-ketul macam kuih pau tapi dok gentle langsung mu ni..terus jatuh 'value market' hang tau dak"kataku yang hanya akan memarakkan lagi api kemarahannya.
Lelaki itu mengetap bibirnya tanda menahan amarah yang meluap-luap di dadanya dek kerana keceloparan mulutku.
"Dasar mulut macam longkang,tak ade insurans langsung. Kau memang tak belajar adab bercakap dengan sopan ek dekat sekolah"perli lelaki itu seraya membalas kata-kataku sebentar tadi."Kau kata mulut aku macam longkang! Perghhh!!! Kalau mulut aku macam longkang,mulut kau tu macam loji kumbahan najis!, Hang tau dak. Muka hang pon dah seghupa landak. Cheq confirm tak ada siapa yang nak kat hangpa" aku membalas perlian lelaki itu...
Apa dia ingat cheq ni tunggul ka..dok diam ja sedangkan dia dok ngutuk cheq..uishh!! Memang bukan Sharifah Adriana Az-Zahrah la cheq oiii....getus hatiku seraya melepaskan kemarahan yang telah bersarang di hati sejak tadi.*Ringtone lagu cinta by Asrama Band kedengaran..pergh!! Muka 'macho' hati ada taman...
Telefon iPhone 6s dikeluarkan daripada seluar jeans jenama Timberland milik lelaki itu. Lelaki itu dengan segera menjawab panggilan tersebut.
"Yes honey...i'm still at the university..stuck with a crazy woman dari tadi kacau baby..baby suruh pergi, dia tak nak..."jawapan lelaki itu membuatkan aku terkedu..
Crazy woman dia panggil aku...sakit pulak hati kita ni kurang asam extra betoi la mamat ni, aku bermonolog sendirian di dalam hati.Kemudian,lelaki itu terus berlalu pergi tanpa mengucapkan 'sorry' atas perkataan yang telah diucapkannya tadi, walaupun aku sendiri tahu yang mamat ni bukan jenis yang down to the earth bak kata mat salleh.
"Dian," sergahan Melati a.k.a Jasmine dari belakang yang telah mengejutkanku.
"Uish,kau ni terkejut la aku..kalau tadi dah tiba ajal aku...mati katak aku dekat sini tau..cheq dok tenang lagu tu,confirm cheq datang dekat ghumah hang,kacau hang siang malam..hang nak ka" aku mengusik Melati dengan loghat Kedah aku yang pekat tu.
"Jangan la takutkan aku Dian...aku main-main je tadi...sorry ek..."ucap Melati seakan-akan meminta belas kasihan daripadaku.
Aku tak dapat berkata apa-apa..hanya tawa ku yang memenuhi segenap ruang di fakulti perubatan itu..sampai semua yang ada dekat situ menoleh memandang ke arahku dan Melati. Mungkin diaorg pelik, apa la yang lawak sangat sampai kiteorg gelak macam vampire mengilai..
Melati terus mengheret aku masuk ke dalam keretanya dan terus memandu pergi meninggalkan perkarangan universiti.
Aku hairan mengapa Melati berbuat sedemikian,mungkin dia malu sebab semua pandang aku dengan Melati macam 'Alien' je."Kau kenapa Melati? Mel!!" Jeritku apabila melihat Melati seperti berada di dalam dunianya sendiri..dah kenapa dengan kawan aku ni..
"Mel!!"aku memanggil Melati yang lebih selesa disapa Mel ketika bersama dengan orang yang rapat dengannya.
Setelah kali kedua dipanggil,barulah Melati tersentak daripada lamunannya lalu berpijak di alam yang nyata ini.
"Kenapa Dian? Sorry aku termenung sekejap tadi.."balas Melati sambil tersengih seperti kerang busuk.
"Kau cakap kau termenung sekejap? Aku panggil sampai dua kali kau boleh tak dengar..eh, pembetulan aku jerit bukan panggil..uishhh, kau ni pelik la,"aku memandang Melati dengan wajah yang hairan.
"Bukan...mase kite gelak sakan tadi tu..aku tak perasan ada...mmmm....."Melati mematikan bicaranya lantas membuatkan aku tertanya-tanya.
"Kau ternampak apa? Cepat la cerita..aku curious ni.."aku mendesak Melati untuk menyambung bicaranya yang terhenti itu."Budak lelaki yang aku suka..kire macam cinta laila majnun tau..dari fifth gred sampai sekarang aku suka dia...tak sangka dia pon dapat sambung belajar dekat sini...tu yang aku terkejut padahal malu tahap gaban sebab dia nampak aku gelak macam tu",Melati menjelaskan punca sebenar perbuatannya yang terlalu drastic sebentar tadi.
Biasalah kalau depan orang yang kita suka,memang seboleh-bolehnya kita nak cover cun kan? Geli hatiku melihat telatah Melati ni...macam budak-budak lagaknya.Kereta Melati berhenti di hadapan sebuah butik pakaian milik jenama terkenal bertaraf dunia,Versace. Wow! Aku tergamam dek kemewahan yang melimpahi Melati.
Melati meluru masuk ke dalam butik pakaian yang dipenuhi dengan golongan elit yang sedang membeli-belah. Memang itu tempat yang sepatutnya mereka pergi kan? Takkan nak shopping dekat tempat macam pusat beli-belah yang sememangnya dikhaskan untuk golongan yang kurang berkemampuan,betoi dak apa yang cheq habaq ni?"Mel,what are we doing here? Of course because of the clothes, shoes and everything else that you want to buy." Aku mengajukan soalan kepada Melati.
"Nak beli baju la cik kak oii..."Melati menjawab soalanku dengan nada usikan.Melati mengambil beberapa helai seluar,T-shirt dan kemeja..it's a lot. Aku tertanya-tanya berapa banyak lagi baju yang dia nak sumbat dalam closet dia? Kemudian, Melati menuju ke kaunter untuk membayar kesemua baju yang diambilnya. Kad kredit diberikan kepada cashier tersebut. 650$!!! Banyak gila!! Nearly RM 2000!!. Melati memberikan beg yang berisi baju tersebut kepadaku tanpa sebarang penjelasan. Aku terpinga-pinga saat beg tersebut berada di atas pangkuanku.
"Aku belanja" balas Melati pendek yang telah menjawab pertanyaanku.
"Mel..it's too much la...anyway thanks a lot."aku membalas pemberian Melati dengan ucapan terima kasih tak terhingga atas pemberiannya itu.
Setelah itu,kami membuat keputusan untuk pulang ke rumah bagi berehat dan melepaskan kepenatan yang menyelimuti tubuh kami. Melati bercadang untuk having a dinner at a fast food restaurant...aku on je sebab aku dengan abang Adrian memang hantu junk food and fast food.Ketika sedang memesan makanan,sekali lagi aku terserempak dengan mamat 'kuih pau' tu dengan girlfriend die..uishh!! Sexy gile girlfriend dia, kalau kerbau Tok Wan dekat kampung tu pon mau jalan tutup mata sebab nampak dia tau.
Lelaki itu memandangku dengan panahan yang menakutkan seperti ada perkara yang perlu dilunaskan bukannya panahan cinta ye...uish,takut tau tengok mata dia yang berapi-api tu...memang marah gile dia dekat aku. Aku menampar-nampar perlahan mulutku tanda menyesali keceloporan mulutku..tapi do I care? Dia pon menyakitkan hati aku jugak..so, fair and square...right?
YOU ARE READING
Second Chance
RandomSharifah Adriana Az-Zahrah hanyalah seorang gadis polos yang ingin mengejar cita-citanya namun akibat pertemuannya bersama Tengku Adam Raizin yang telah membawa kepada bibit-bibit cinta di antara mereka akhirnya mengundang padah apabila cinta yang...