"What a beautiful scenery. Oh my goodness! Bangunan-bangunan dekat sini pon cantik ek...mmm..tu cantik tapi yang ini lagi cantik," kataku sambil menunding jari ke arah diriku sendiri. Perasan cantik la kononnya padahal jerawat dekat muka tu macam pasir dekat pantai. Hehehehehe
"Aduyai,kawan aku sorang ni. Memang dari dulu suka sangat angkat bakul sendiri tau. Kalau nak dibandingkan dengan aku yang cik 'Diva Meletop' ni,confirm kau kalah tanpa bertanding tau.,"bidas Melati dalam nada ejekan.
Aku tersenyum sinis lalu memukul tangan Melati sebagai 'balas dendam' disebabkan kata-kata yang diucapakannya. Melati mengaduh kesakitan dek pukulanku yang hinggap di tangannya. Padan muka,tulah padahnya sebab suka sangat kacau aku,desis hati kecilku.
"Kau macam mana? Aku malas la nak tanye soalan cliché, hangpa sehat ka? Sebab aku tengok badan kau ni pon macam dipam-pam tau...sikit lagi boleh meletop.,"aku membalas usikan Melati sebentar tadi.
"Aku sama macam ni je la Dian, cuma..haih...malas la aku nak cerita dekat kau...papa aku..papa...dia dah kahwin with his own ex-girlfriend...dah setahun lebih rasenye,"balas Melati.
"Hah!! Yeke??!! Biar betul?,"aku meminta kepastian akan kenyataan Melati tadi. Aku pon dah tahu akan perkahwinan Puan Maria dan Encik Zakaria yang semakin retak dan aku dikejutkan dengan berita penceraian mereka yang disebabkan oleh tiada persefahaman. Aku turut bersimpati terhadap Melati.
Seawal usianya 12 tahun dia terpaksa menjalani hidup tanpa mendapat kasih sayang daripada seorang bapa secara mutlak disebabkan oleh penceraian itu.
Selepas penceraian itu,ibunya Puan Maria mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah hospital swasta di England.Melati mengangguk menandakan perkara itu tepat,justeru,mematikan butir bicaraku buat sementara waktu kerana ingin mencari ayat yang sesuai bagi menyambung bicaraku yang terhenti dek perkhabaran yang baru diberitahu oleh Melati.
"Sabar ye..tu je yang aku mampu ucapkan. Kalau aku boleh tolong,kau tahu yang aku akan tolong kan,"bicaraku dengan harapan Melati dapat menerima hakikat itu dengan hati yang redha serta minda yang terbuka...ada hikmah disebalik apa yang berlaku kan?Kemudian,setelah lama berbual bersama Melati di sepanjang perjalanan perjalanan menuju ke kediamannya bersama Puan Maria dan akhirnya kami tiba di hadapan sebuah kondominium mewah milik Puan Maria. Besar sungguh,desisku.
Puan Maria mempelawaku untuk makan malam bersama mereka dan aku menerima pelawaannya dengan hati yang gembira sebab perut aku memang dari tadi dah berkeroncong kerana menunggu Melati yang lambat untuk mengambilku di Airport tadi. Mataku liar melihat makanan yang terhidang di atas meja makan yang diimport daripada Paris itu. Aku turut mengambil kesempatan untuk berbual mesra bersama Puan Maria. Seronok bersembang dengan Puan Maria ni,peramah orangnya. Usai menikmati makan malam yang menyebabkan aku bersandar di kerusi kerana terlalu kenyang, Melati membawaku ke sebuah apartment mewah. Aku terlopong kerana terlalu takjub akan bangunan yang tersergam indah itu. Melati ingin menemaniku kerana khuatir akan keselamatan yang berada jauh daripada keluarga ni...baik betoi kawan aku ni, terharu pulak kita...hehehehe..special gold medal for you, Mealti a.k.a Jasmine,dia suruh aku panggil dia Jasmine sebab dia kata nama Melati tu 'so kampung'. Buerkkk!!!. Demand sangat si Melati ni.
"Dian, bilik kau dekat sana, bilik aku dekat sini tau," arah Melati sambil menunjukkan bilikku yang bersebelahan dengan toilet. Tak 'berperikemanusiaan' langsung kawan aku ni la,rintihku tetap bersyukur kerana Melati sudi nak temankan aku duduk dekat sini, kalau tak,seram tau..."Go to bed right now,Dian. Esok ada sesi pendaftaran, kau kena bangun awal tau. Dahlah kau tu susah nak bangun. Rasenye kalau letak bom sebelah telinga kau pon,tak sedar punya," perli Melati akan kesukaranku untuk bangun pada awal pagi.
Aku ni memang susah sikit bab nak bangun pagi ni..bukan apa..aku rasa serba salah nak bangun dari katil..hahahaha..
Aku mengangkat ibu jari tanda aku berjanji akan cuba bangun awal pada esok pagi. Aku merebahkan diri di atas katil dan cuba memejamkan mata...tapi tak boleh nak tidur pulak! Sakitnya hati..kemudian aku memeluk Teddy yang sudah menjadi penemanku sedari kecil lagi dan akhirnya aku terlena diulit mimpi.Keesokan pagi..
"Dian!!!,"jerit Melati a.k.a Jasmine untuk mengejutkanku. Aku pon apa lagi..lari lintang pukang la bila Melati jerit macam tu. Aku bergegas mengambil tuala yang terletak kemas di atas katil lalu masuk ke dalam bilik air sebelum Melati heret aku. Takut pulak aku,bukan boleh percaya sangat si Melati ni.
Selepas mandi,aku mempersiapkan diri sekemas yang mungkin bagi memberikan first impression yang baik kepada sesiapa sahaja yang melihat. Aku mengenakan baju kemeja putih,seluar slack hitam,shawl berwarna peach,sepasang kasut sneakers berwarna dark grey beserta seutas jam tangan Adidas pemberian Mummy. Aku melihat kembali penampilanku di dalam cermin, simple but nice. Aku ni bukannya pandai sangat 'melaram' macam gadis yang seusiaku.Aku dan Melati masuk ke dalam kereta kepunyaan Melati dan menuju ke Cambridge University. Perjalanan yang mengambil masa selama 30 minit terasa sekejap kerana perasaan teruja yang telah menguasai diriku ketika ini.
Pediatric Medical Student, aku membelek kad pelajar yang tergantung di leher jinjangku. Akhirnya,aku terasa semakin hampir untuk menggapai cita-cita yang telah ku tanam sedari kecil lagi.
Ketika aku sedang mencari-cari di mana Melati, aku tidak sengaja terlanggar seorang lelaki yang tinggi lampai dan mempunyai rupa paras yang kacak,iras penyanyi terkenal Korea,GD daripada kumpulan Bigbang. Eh...sempat pulak kite 'usha' mamat ni..Tengku Adam Raizin, itulah yang tertera di atas kad pelajar kepunyaan lelaki itu.
"Orang Malaysia ke? Nama macam orang Melayu. Tapi tak pernah nampak pon?,"bebelanku didengari oleh lelaki itu tanpa disengajakan.
"Woi makcik,bukannya nak mintak maaf dekat aku ke,tolong ke,ini dia boleh pulak membebel. Memang lah kau tak pernah nampak aku. Apa kau ingat semua manusia dekat Malaysia tu kawan kau ke, hah?," balas lelaki itu dengan sindiran yang teramat pedas.! Kalah cili padi tau._______________________________________________________________________
Hai readers...I need at least 10 votes and comments untuk saya sambung cerita ni....😆😉
Thank you untuk yang selalu support author
fiyz_kei namjooniestar haneulssi3105 NurinAfiqahHaziqahAz 😚😚😚😚
YOU ARE READING
Second Chance
RandomSharifah Adriana Az-Zahrah hanyalah seorang gadis polos yang ingin mengejar cita-citanya namun akibat pertemuannya bersama Tengku Adam Raizin yang telah membawa kepada bibit-bibit cinta di antara mereka akhirnya mengundang padah apabila cinta yang...