"Dian??" What's wrong?"tanya Melati menegejutkanku dari lamunan...ni semua disebabkan that 'pau' guy,gelaran yang kuberikan kepada lelaki itu.
"Nanti aku cerita ek..sekarang kite makan dulu,aku lapar tahap gaban dah ni..."balasku kepada pertanyaan Melati itu.
Seusai menikmati makan malam di sebuah restoran makanan fast food terkenal di England, kami memutuskan untuk pulang ke rumah.Dalam perjalanan pulang ke rumah....
"Dian,cepatlah cerita dekat aku...kenapa dekat restoran tadi tu...kau pandang semacam dekat mamat yang duduk dengan girlfriend dia yang gile sexy habis tu.."sikap Melati masih seperti dahulu,suka jaga tepi kain orang...nasib badan dapat kawan memang super busy body kalah Mummy dekat rumah tu.
"Hmmm...tak payah aku cerita,nearly half of the story tu kau dah tahu..buat apa aku nak cerita lagi",aku membiarkan Melati tanpa sebarang jawapan bagi soalannya yang bertubi-tubi itu.
"Cepatlah Dian..aku nak tahu" rengekan Melati merimaskanku..dia ni memang tahu kelemahan aku,aku paling tak suka dengar orang merengek...menyampah a.k.a rimas ye...
Jadi,terpaksalah aku menceritakan apa yang telah berlaku kepada Melati sekali lagi padahal aku sedikit sebal tika mengenangkan adegan yang menyakitkan hati itu.
"Okey ceritanye macam ni..mase aku tengah tunggu kau lepas pemdaftaran tu,aku terlanggar mamat tu. Lepas tu,mamat tu kecoh sangat..suruh aku angkat balik barang dia la..kertas je pon..suruh aku minta maaf bagai..kau tahu kan yang aku ni bukan jenis yang suka sangat minta maaf dekat orang ni..apa lagi! Angin sudah keluar la..aku kasi sembur itu budak puas-puas. Puas hati aku..apa dia ingat dia je boleh marah..aku pon boleh ok!"aku menerankan dengan terperinci kepada Melati akan perkara yang menyebabkan perasaan sebal menguasai diriku. Pergh!!!! Sakit hati aku dengan mamat 'pau' tu. Kalau ikutkan hati aku mau aku lumat-lumat mulut mamat tu dengan cili tau dak.Melati hanya tertawa terbahak-bahak mendengarkan penceritaanku mengenai mamat 'pau' itu. Melati memang sudah sedia maklum akan sikapku yang sentiasa 'panas baran' ni..
"Kau gelakkan aku? Apa yang lawak sangat? Memang betul tindakan aku kan? Die dok ngutuk aku macam-macam, tak kan aku nak diam? Biar je dia kutuk aku? Aku bukan jenis yang macam tu...aku ni jenis yang jujur tau,kalau aku tak suka sesuatu,aku terus cakap ah.." Kataku a.k.a membela diri sendiri la...kawan baik sendiri gelakkan aku kot...sakit hati kite tau,ingatkan dia on the same page dengan aku..last sekali,dia gelakkan aku...sabar je la hati ni.
Kereta mewah milik Melati meluncur masuk ke tempat parkir yang telah disediakan bagi kemudahan penduduk apartment tersebut. Enjin dimatikan dan kami bergegas untuk masuk ke dalam rumah. Penat badan aku ni,hanya Allah saja yang tahu.
Ketika masuk ke dalam rumah,aku segera mencapai tuala yang terletak kemas di atas katilku yang bersaiz queen itu. Aku memandang sekilas ke arah tilam yang empuk itu. Tilam itu seakan-akan menyeru namaku..sabaq na tilam..cheq nak mandi sat..melekit badan cheq ni ghasanya...kalau ikutkan hati,nak he aku terus tidur, tapi teringat pulak pesan Mummy,Mummy kata jangan tidur kalau badan kotoq, pi mandi dulu,bersihkan diri hangpa tu, baghula hangpa nak tergolek sana-sini ka...tak dak sapa dok maghah aihh...
Pergh!!..hebat aku ni..ingat pesanan Mummy plus loghat kokdiang nya sekali...class kau Dian..Hahahaha
Seusai mandi,aku menuju ke ruang dapur..entah kenapa perut ni meragam nak minta makanan lagi sedangkan tadi dah makan double cheese burger plus french fries plus nuggets plus ice lemon tea..banyakkan Dian makan...jangan terkejut..walaupun badan Dian ni kecil molek je, tapi selera makan macam ahli sukan Sumo tu..
Aku mengambil sepeket nestum yang memang sentiasa menjadi penemanku dikala kelaparan...hahahaha..kemudian aku duduk bersebelahan dengan Melati yang sedang khusyuk menonton rancangan televisyen popular iaitu, American Idol..aku tak berapa minat sangat dengan show yang macam tu..sakit telinga dok dengar diaorang menyanyi..tahula suara Dian macam katak panggil hujan...tapi kalau tertengok jugak American Idol tu, aku layan jugak la..bakat diaorang memang buat aku tergamam,suara diaorang tak payah cakap,macam buluh perindu kot,meremang bulu roma aku dengar diaorang menyanyi..juri diaorang pon memang berkelayakan..masing-masing komposer lagu la,penyanyi terkemuka dunia or penulis lirik lagu..so, bila diaorang komen tu memang semuanya betul la kan? Sebab diaorang lagi pakar..hisy..dari tadi dok membebel pasal American Idol,kalah guru besar sekolah rendah yang tengah berucap dekat dataran.Aku mempelawa Melati untuk berkongsi nestum yang telah kubancuh itu..Melati menolak pelawaanku dengan sopan...nak diet katanya padahal badan dah cantik tu,kalah Miss World Malaysia je la...hmm..kalau aku memang tak ada istilah nak diet ni,sebab selagi ada selera nak makan,makanlah..buat apa nak control? Nanti masa tua, kita mesti hilang selera makan,masa tu..barulah menyesal sebab tak menikmati selera yang Allah pinjamkan tu..sesal kemudian tak berguna, bak kata pepatah orang Melayu.
Setelah habis menjamah nestum tersebut, aku masuk ke dalam bilik tidur seraya mempersiapkan diri untuk hari esok. Ku hempaskan badanku ke atas katil dengan kasar..seronoknya..empuk betul tilam ni..sebelum aku melelapkan mata, aku mengambil telefon yang berada di sebelahku dan mendail nombor Mummy dengan pantas..
*Setelah hampir setengah jam berbual bersama Mummy tentang apa yang berlaku hari ini....wait for a second..lama gila sembang dengan Mummy...Hahahahaha...*
Aku mengambil Mr. Teddy yang tersimpan rapi di dalam meja belajar ku dan memeluk erat Mr. Teddy ke dalam pangkuanku,kalau tak kerana Mr. Teddy mesti aku tak boleh tidur...macam budak-budak la...tapi aku rasa selamat gila bila ada Mr. Teddy dekat dengan aku..
Akhirnya, aku lena diulit mimpi yang indah..tak sabar nak tunggu apa yang menanti ku untuk esok hari...
YOU ARE READING
Second Chance
RandomSharifah Adriana Az-Zahrah hanyalah seorang gadis polos yang ingin mengejar cita-citanya namun akibat pertemuannya bersama Tengku Adam Raizin yang telah membawa kepada bibit-bibit cinta di antara mereka akhirnya mengundang padah apabila cinta yang...