Saya bangun pagi ni dengan perasaan berdebar-debar. Apa tidak selepas saja SPM saya tidak lagi sambung belajar walaupun keputusan saya di katakan bolehlah...
Nda jugalah tahap gagal. Sebelum Cikgu Siti dan suaminya Cikgu Hamdan bertukar ke negeri asal, anak diorang memang la diorang bawa. Mau satu tahun juga saya jaga si Dede atau nama surat beranak dia Mohd Affendi. Punya saya rindu sama si Dede. Apa tidak, saya jaga dia dari umur dia tiga bulan lagi. Habis saja Cikgu Siti punya cuti bersalin selama 90 hari terus dia tanya saya kalau saya mau jaga baby dia. Mula-mula Dede ni mama dia panggil Fendi, tapi sudah sampai sama saya. Saya panggil Dede sampai mama bapa dia pun terikut panggil Dede. Comel apa nama Dede ni. hihihi
Hari ini mama akan kasi kawan saya pigi interview di hotel 5 bintang. Saya pakai baju kurung saja pigi interview, bawa sijil sama salinan-salinan dia, bawa gambar saiz pasport dan paling penting bawa pen. Kalau kamu mau tau ini first time saya pigi interview. Gila! bedebar jantung saya macam yang mo tunggu keputusan SPM saja.
"Suzie!!!!!" mama saya panggil pula saya.
"Iya mak, kejap lagi mo ikat rambut dulu" Saya balas cepat-cepat saya ikat rambut saya yang panjang sampai paras punggung ni. Rambut hitam saya yang lurus macam kena rebonding ni memang nda pernah saya bawa pigi saloon. Kalau saya mau potong atau trim saya minta tolong sama auntie saya. Adik mama saya yang memang ada kursus pasal rambut-rambut ni sama juga kalau mau cuci ala-ala salun misti antie saya yang akan buat. Sambil-sambil dia bilang supaya tidak lupa sebab sejak dia kawin suami dia nda lagi suruh dia kerja salun. Jadi, dia pun buka salun sendiri di rumah dia yang di sebelah saja rumah kami. Biasalah tinggal di kampung dalam satu kawasan hampir semua adik-beradik buat rumah di atas tanah peninggalan nenek moyang diorang. Rata-rata di mana- mana kampung memang macam tu kan?
"suzieeeeee!!!!" Nah ini kalilah kau mama teriak panggil nama saya. Lagi panjang ni kali.
Cepat-cepat saya keluar dari bilik.
"ko ni mo pigi intebiu ka? mo pi kawin ni? lambat betul mo besiap" bebel mama saya.
"mama ni, mo pigi intebiu la ba," saya menjawab.
"ba kalau sudah siap pigi ko kasi start kerita kasi panas injin dulu"
Ai mama ni. Tadi bukan dia suru durang si Johnny. Mau juga tunggu saya, marah orang lambat tapi bukan dia pigi start kereta dulu.
--- Sampai di resort--
waaah punya besar ni resort nama dia Resort Pantai Manikam ada lambang 'M' besar di pintu gerbang. Kami turun di lobi hotel, lepas tu mama tanya saturang budak lelaki pejabat Housekeeping. Malik itu lah nama di name tag dia. Dia senyum lepas tu suruh kami ikut dia. Macam bepusing-pusing hotel tu kami kena bawa. Mula-mula dia bawa kami masuk dari tempat yang ada nama Loading Bay lepas tu masuk ada simpang kiri dan kanan, dia bawa pigi kiri, ini macam dapur ada bunyi dapur gas dan bau masakan yang sangat sedap. Terus ni perut macam lapar lah pula. huh!
Kami sampai di satu pintu ada bertulis Housekeeping Department , Malik mengetuk pintu kemudian dia bercakap sama lelaki yang ada di dalam.
"bos, ada datang mo intebiu" bilang si Malik.
"Ba suruh dia masuk" jawab itu lelaki yang di dalam.
Saya tengok mama, dia senyum. "Mama tunggu ko di atas, sana lobi"
Saya angguk dan senyum padahal dalam hati, tuhan saja tahu macam mana bedebar sya punya jantung rasa macam mo pengsan pun ada. Saya masuk dalam opis tadi. Ada lelaki sedang-sedang tinggi badan dia berkulit gelap sikit dari saya. Tanda nama dia tertulis 'Rahman', dia sambut saya dengan senyuman.
"nama kamu Suzie Binti Jasni?" tanya dia. Oke macam mana dia tau nama saya ni? Oh iya hari tu si Jesica ada hantar borang permohonan yang dia suruh saya isi. saya isi saja lah kunun. heheeh
Saya mengangguk dan senyum. Punya berat ni mulut mo becakap. sya rasa pipi saya panas. Si Rahman tersenyum, dia suruh saya duduk dulu sebab sekejap lagi saya kena jumpa dengan ketua diorang nama Mrs Hazel Chia. Oke saya pun duduk. saya tengok sekeling ada pelbagai jenis peralatan untuk membersih dalam ni opis. Ada vaccum, ada troli, ada vaccum lagi besar dan paling banyak duster sama mop.
"Ini bahagian public area," Si Rahman bagitau walaupun saya tidak tanya, mungkin dia nampak muka saya yang macam orang mo bertanya tapi ni mulut ni ba yang malas mo kena buka. Macam mana lah nanti kena intebiu ni nanti. Bolehkah sya menjawab kalau kena tanya? Mati lah ni kali...
Saya tedengar si Rahman ketawa kecil, terus saya tengok dia. Hairan apa yang dia ketawa.
"Kau ni comel lah, cepat blushing"
Erk!! Matai kenapa pula? cepat-cepat sya pegang kedua pipi saya, muka saya makin panas. Rahman makin kuat ketawa.
"alaa baru kena usik sikit sudah merah tu pipi." dia mengusik lagi.
Palui....
Terus kami dengar nama saya kena panggil untuk jumpa dengan Mrs Hazel Chia. Saya berdiri pelan-pelan, jantung saya makin kuat berdebar. Lutut saya pun macam mo bepisah. adeeeehhhh
"Good Luck" bilang si Rahman sebelum saya melangkah pigi opis Mrs Hazel Chia.
*hai semua itu baru permulaan... kalau ada kesilapan sila komen.. kalau suka sila vote*
saya hargai komen dan vote semua.
YOU ARE READING
Room Maid
RandomCerita ni berkisarkan tentang kehidupan seorang pekerja hotel di sebuah resort lima bintang di negeri Sabah. Suzie baru memulakan kerjaya sebagai seorang pembersih di hotel. Dia yang sukar untuk bergaul dan lebih banyak diam dan bekerja. Sebelum i...