Hari ini si Jesica off day jadi saya ganti tempat dia untuk 'menguruskan' lobi hotel. awal pagi sudah saya sembur bunga-bunga yang kena gubah oleh staff bahagian lain dengan air.
Naahh nampak segar sudah kamu kan bunga...
Saya senyum sambil belek-belek bunga krisantimum kuning dan putih. Mo tiga minggu sudah saya kerja sini ni. Setakat ni okey lah..
Sibuk betul saya lap-lap ini railing kayu, berhabuk lagi ni.
"Hai.. sibuk nampak" ada lelaki menegur.
Saya tingu, oo si Rupin. Dia ni kerja sebagai concierge atau pun bell boy. Saya senyum saja sambil ni tangan nda berenti mengelap.
"Erm... boleh saya pinjam pen kamu ka?"
"Eh? napa pula mo pinjam pen saya? tu pen ko tu." saya tunjuk di poket baju dia.
"ehehe ni tiada dakwat. itu lah mo pinjam pen ko."
Eishh! ni style mo mengurat ni kan? Aduui... Nasib baik saya banyak pen di troli saya.
"nah. Ambil lah." saya bagi tu pen. Dia ambil tapi sengaja ni pi pegang tangan saya.
Cepat-cepat saya tarik tangan saya. Hiiii miang! meremang bulu roma saya. Ishk! Sengih-sengih dia sama saya terus dia jalan pigi di kaunter front office. Saya buat muka nda puas hati. Muka jadi panas.
Gila! Palui! Bulldog!
*Bulldog POV*
Haciu! ish sepa lah yang pi sebut-sebut nama saya ni. Kalau si poodle yang rindu sama sya, nda apa juga. hiiiii *love love*
*Bulldog pov end*
"Hai Suzie..." saya dengar si Rahman menegur saya dari belakang.
"oh mak kau anjing meletup!" Panas terus muka sya.
"Hahaha adui pandai melatah ko ni kan? naaah merah muka hahahah"
"Kurang hasam ba ko ni Rahman!" geram! Saya rasa tambah merah muka saya. Hish! Saya gosok-gosok pipi saya.
"Sorry lah kalau kau tekejut. Kenapa juga muka ko tadi tu... tu bibir muncung-muncung."
"teda lah. kenapa?"
"Ya la... muncung ja tu bibir pastu lap ni railing pun macam mo kasi hancur "
"tu ba si Rupin..." belum habis sya cerita sudah si Rahman menyampuk.
"HAh! kenapa dia? apa dia buat sama ko?"
"Tadi dia cakap dia mo pinjam pen sya, sya bagi lah kunun. Boleh-boleh dia pigi pegang tangan saya macam ni...." sambil saya ulang tayang pakai tangan kiri saya di tangan kanan saya. Takkan saya mo buat contoh di tangan si Rahman pula kan?
"Huh! dia memang macam tu kalau nampak perempuan. Lebih-lebih lagi sama staf baru yang cute macam kau ni" Sya jeling tajam si Rahman dia sengih-sengih.
Sama saja perangai kamurang pun.
"Huh! cakap orang, sendiri..."
"hahahaha" dia ketawa galak.
"Ba, ko ni datang sini kenapa?" saya tanya si Rahman, sebab saya tau dia punya area di koridor tingkat 4.
"Nanti jam 10, ko datang pi tempat saya. Tolong saya scrubbing koridor, boleeeeehhh" mengarah sambil merayu kah ini?
"tiada orang lain ka?"
"memang begini peraturan. Staf area lobi kena tolong staf area koridor"
"Ba ya lah tu tuan," saya jawab sambil saya sapu tu sampah masuk dalam peyambut sampah.
YOU ARE READING
Room Maid
RandomCerita ni berkisarkan tentang kehidupan seorang pekerja hotel di sebuah resort lima bintang di negeri Sabah. Suzie baru memulakan kerjaya sebagai seorang pembersih di hotel. Dia yang sukar untuk bergaul dan lebih banyak diam dan bekerja. Sebelum i...