Tu perempuan yang panggil saya tadi bawa saya pigi di pejabat Mrs Hazel Chia. Dia ketuk pintu, lepas tu ada menjawab dari dalam.
"come in" lembut betul tu suara.. ala-ala ayu gitu...
"Mrs Chia, ini ada orang mau interview." bilang ni perempuan rambut keriting, nama dia Helen.
"oh, ya..." Mrs Chia jawab sambil senyum sama saya, saya pun balas senyuman dia.
"Duduk" dia suruh duduk lepas si Helen keluar dari bilik Mrs Chia.
Maka, sesi temuduga pun bermula...
Dengan penuh berdebar saya menjawab.
Mrs Chia : Suzie Binti Jasni. Hmmm umur 19 tahun.
Saya : Ya. Tangan saya rasa sejuk, sudahla sejuk ni ekon opis dia ni.
Mrs Chia : Belek - belek sijil saya. Pengalaman bekerja belum ada. Betulkah kamu langsung tidak pernah bekerja?
Saya : K-kalau kerja sama company, belum pernah puan. Cuma .... inda saya yakin mo bagi tau...
Mrs Chia : cuma??
Saya : Saya pernah jaga budak saja di rumah.
Mrs Chia : oooh Jadi babysitter? (saya angguk) Hmm very impressive.
Saya : Senyum...
Mrs Chia : Jadi, ini kira pengalaman pertama lah ni kan?
Saya : Ya puan. Muka rasa panas.
Mrs Chia : senyum. Oke, memandangkan ini pengalaman pertama kamu. Saya terangkan tentang department saya ini. Housekeeping Department hotel ini, terbahagi beberapa bahagian. Room maid, Public Area, Linen dan Laundry.
Saya : oooh...
Mrs Chia : senyum, rasanya dia faham sebab saya pertama kali kerja sama orang. Room maid, kerja dia bersihkan bilik guest, sebelum bilik kena jual kepada guest kita kena pastikan bilik bersih dan semua amenities dalam bilik lengkap. Bila guest sudah check out, Room maid kena segera bersihkan bilik luar dan dalam. Public Area pula kerja dia bersihkan kawasan-kawasan public area, dari Lobby, koridor, tandas, tangga, bahagian luar restoran dan juga function room.
Mrs Chia : tarik nafas.... Linen dan Laundry pula yang kamu nampak di luar tadi, Linen tempat staf ambil dan hantar pakaian seragam, hotel akan membekalkan pakaian seragam. So, kamu tidak perlu fikir baju apa yang kamu mau pakai hari-hari. Laundry, macam biasa lah tempat cuci pakaian staf, kain-kain yang ada dalam bilik guest macam tuala mandi, tuala muka, cadar, selimut dan sarung bantal. Laundry di hotel ini juga menyediakan servis mencuci pakaian guest.
Panjang lebar ba si Mrs Chia ni membagitau. Ada part yang saya faham ada juga part yang langsung saya tidak faham, tapi saya senyum saja. Nda apa, kalau kena terima kerja di sini, saya akan tanya lah. Itu pun kalau ni mulut rajin kena buka.
Mrs Chia : oke, kali ini saya hantar kamu ke Public Area untuk permulaan. Tapi, kamu kena lapor diri dulu di HR.
Kemudian Mrs Chia pun panggil PA dia si Helen, dia suruh bawa saya pigi di HR atau Human Resource. Di sana saya jumpa sama Mr. Johnny, orang dia tegap dan pakai spek mata. Ini pun mesra alam juga orang dia. Dia bagi saya surat perjanjian untuk kerja sini. Hari ini interview hari ini dapat kerja. Okey la..
Lepas tu saya kena suruh pigi di bahagian Public Area. Alaaa jumpa lagi balik si Rahman. Hei yeee... Tapi bila saya masuk sana, bukan lagi si Rahman yang duduk sana bangku tadi, lain orang sudah. Tag nama dia tulis Robert, orang dia tinggi besar tapi tidak gemuk. Tinggi dia mau 170cm juga berbanding saya yang baru 150cm.
YOU ARE READING
Room Maid
RandomCerita ni berkisarkan tentang kehidupan seorang pekerja hotel di sebuah resort lima bintang di negeri Sabah. Suzie baru memulakan kerjaya sebagai seorang pembersih di hotel. Dia yang sukar untuk bergaul dan lebih banyak diam dan bekerja. Sebelum i...