Siri 3

42 0 0
                                    

~~ Hari pertama bekerja ~~

Awal pagi lagi sudah saya pigi tunggu sana siring jalan. Harap-harap si Akiu belum limpas. Saya main-main tu daun rumput. Dari jauh lagi saya kenal ni bunyi enjin, tapi bukan bunyi enjin kereta si Akiu. Ni macam bunyi motorsikal si Didi.

~tut tut tut tut~ hahaha eh gitu kah bunyi motosikal? ah lantak lah.

Muncul dari selekoh, naaa kan si Didi my second cousin yang naik motor nda lagi pakai helmet tu, mentang-mentang di kampung. Macam dia tekejut ni nampak saya awal berdiri-diri di siring jalan. 

"Ai, Suji, awal juga ko ni? Pigi mana?" dia bilang.

"Saya mo pigi kerja.."

"hoh!? kerja? kerja mana? apa mimpi ko ni, tiba-tiba pigi kerja?" buduh.. banyak soal lah pula.

"Kerja sama-sama si Jesica, kenapa? Nda boleh meh?"

"bukan nda boleh, tapi betahun - tahun ko jadi peladang anggur berjaya selama ni. Ni, tiba-tiba bekerja." Dia gosok-gosok belakang leher dia.

"Sekarang ko lah yang pegang gelaran tu... hahahah"

"hahaha ko pikir... eh, ko tunggu siapa juga ni?"

"tunggu si Akiu.."

"Ai.. dia sudah limpas taaaadi lagi"

"Hah!!?? awal lagi ni, belum pun pukul enam ada 5 minit lagi." Awal juga si Akiu hari ni.

"ada orang book dia minta hantar getah pigi di lembaga getah"

"alaaaa" kecewa.

"Ba mari lah saya hantar ko pi pekan, sampai pi tempat kerja ko pun boleh hehehe"

"Ishk, ada juga ba bas yang kena kasi sedia tu. Tapi, mana helmet?"

"tunggu kejap saya pi ambil" trus dia race pigi di rumah dia yang bukanlah jauh sangat pun.

Sampai di pekan saya kena kasik turun di dekat terminal bas utama. Saya nampak ada bas besar 2 pintu ada lambang huruf 'M' di depan. Terus saya pun naik, ramai sudah orang di dalam. Semua mata tertumpu sama saya. Panas muka saya, saya tunduk. 

"Suzie....." aduuui ada orang panggil saya. Saya meninguk, di pintu kedua ada si Jesica tengah melambai sama saya. Cepat-cepat saya pigi tempat dia, duduk di sebelah dia. 

"awal juga ko Jesi?"

"awal apa? 10 minit lagi ni bas mo jalan sudah."

"ooo"

Tepat jam 6.30 pagi tu bas pun bergerak menuju ke Manikam Beach Resort atau Resort Pantai Manikam. Laju jugalah ni drebar bas bawa, sampai di resort ada 15 minit lagi jam 7. Saya ikut saja si Jesica, saya nampak dia kasik keluar satu kad yang ada garis-garis kod bar. Dia kasi slide di tempat punch card, ~tiit~ lampu bertukar jadi hijau lalu terpapar nombor staf beserta nama. Wow! canggih.

Lepas ambil baju di linen si Jesi bawa saya pigi di Locker room di hujung pula Locker room untuk lelaki. Semua barang-barang saya, saya tumpang simpan di lokar si Jesica. H07 itu nombor lokar dia. 

5 minit lagi jam 7, sana sudah kami di public area section. Saya nampak ada sepuluh orang dalam tu. Jesi cakap yang 3 orang dari overnight. Jadi pagi ni ada 7 orang masuk saya orang ke lapan. Roger selaku penyelia kami menerima task dari orang overnight. lepas briefing pendek barulah kami bersurai. Tapi, saya belum lagi kena bagi apa yang perlu saya buat. Saya kena suruh pula pergi di HR untuk ambil tag nama, kunci lokar dan kad kerja. Sudah saya ambil semua tu baru saya balik pigi di opis. Kebetulan ada si Jesica sana jadi, si Roger suruh saya ikut si Jesica buat kerja di bahagian lobi utama. 

Kami berdua jalan sambil menyorong troli kami yang lengkap dengan perkakas ada bucket mop, ada penyapu sama penyodok sampah, kain lap, spray untuk spray bunga dan beberapa perkakas bersih untuk tandas serta chemical.

"luas lobi ni ko saturang saja buat Jesi?" saya tanya sebab luas ba lobi resort ni. Hampir besar macam padang bola pun ada, cuma dia terbahagi kepada bahagian-bahagian tertentu macam lobby lounge, games room dan games corner, shoplot, tandas. Tandas pun masuk kerja public area juga.

Cepat saja kami buat kerja, si Jesi cakap saya cepat belajar.

"sebab saya ada cikgu yang best" saya jawab dia.

Jam 12.30 sudah, saya punya perut ni ada pedih-pedih sikit mo minta kena isi.

"Ba mari turun, pigi staf cafe" 

"nah ngam la itu Jesi, saya kebulur sudah. heeee" saya sengih.

Kami bawa troli kami balik pigi opis sebab ada beberapa chemical mo kena refill balik, air di bucket pun mo kena tukar, hitam sudah.

Tapi sebelum tu, ni perut Misti mo kena isi juga. Hehehe


Jam 3 pm. Tuan Roger panggil kami berkumpul untuk sessi briefing dan handing over kerja sama syif petang. Staf petang pula tidak ramai, ada 5 orang saja. Saya sempat dikenalkan sama diorang, kami bersalaman. 3 lelaki 2 perempuan David selaku supervisor syif petang, Ahmad, Charles, Jiah dan Hana. Kerja diorang tidaklah banyak cuma touch up apa yang kami sudah buat pagi-pagi, sapu-sapu lobi, kosongkan tong sampah dan tandas sentiasa bersih. Itu saja.

Selepas hu ha hu ha haha haha selama lebih kurang 15 minit kami pun bersurai. Balik pigi lokar. Saya bagi tahu si Jesi yang saya ada sudah dapat kunci lokar. no lokar saya N17 haaaha di belakang lokar si Jesi saja.Lokar kami paling hujung jadi boleh lah main 'cak! cak!'

~Jam 7 malam di rumah~

"Suzie macam manalah hari pertama kerja ko?" bapa saya tanya masa kami makan malam.

"oke juga pak" selamba saja saya jawab.

"oke juga? macam nda okeeee saja tu"

"ah bapa ni oke la ba mo yang oke macam mana lagi?" ishk bapa ni.

"Oke yang macam ni heeeee" sambil si bapa angkat ibu jari dia kiri kanan.

"ahahaha ya la tu bapa... kasi menang ko la pa" lucu pula tingu si bapa buat muka katun sana.

"ui, sudah la ba tu... main-main pula masa makan" na kan kana marah si mama.

"Bukan main-main ba ni beh...mo tanya anak kita hari pertama dia kerja macam mana"

"memang la ba oke, ko tanya macam anak kita baru masuk tadika"

Trus ketawa kami semua.

Hari pertama kerja nda juga penat lah... biasalah orang baru belajar. Sebelum tidur saya pun ambil dairi saya tulis apa yang terjadi hari ini. Pastu, saya ambil novel dari penulis kegemaran saya. Cerita thriller penulis dia Ramlee Awang Murshid.

Hari besok hari kedua kerja. Nda tau lah berapa lama saya boleh tahan kerja sana. Saya berfikir-fikir sendiri. Adakah saya akan jumpa jodoh saya di sana? Sambil senyum-senyum saya bayangkan saya tejumpa sama si Kim Soo Hyun.. hihihi.


*hmmm oooo alaaa Suzie ko minat pula sama si Kim Soo Hyun aaa.. ini kali lah...*

~ahhh macam ni saja saya dapat update. Belum dapat keluar lagi yang lain, sebab sibuk kerja dan ada pelanggan yang kasi spoil hari saya, terus hilang idea mo menulis. Harap kamu nda kecewa dengan jalan cerita yang hambar ni.~

Sudah baca tolong komen dan vote ya. TErima kasih.

Room MaidWhere stories live. Discover now