Aku tersedar dari tidurku.Aku memandang ke kiri dan kanan.Tidak kelihatan sesiapa pun di situ.Aku pun melihat ke luar. Aku nampak Encik Aidil dengan Ibu sedang berbual.Aku menghampiri mereka dengan kaki yang terhenjut-henjut.Aku terdengar perbualan mereka ketika aku sampai di situ.
"Hmmm.Ibu lupa nak tanya kenapa kamu tidak datang dengan kawan baik kamu tu,Iskandar?"kata Ibu.
"Iskandar?"tanyaku dari belakang.
"Ehh.Budak bertuah ni kaki dah sakit masih ingin berjalan ya?"kata Ibu ketika menoleh kepadaku.
"Dia memang Ibu.Degil dia ni.Tak nak dengar cakap orang"kata Encik Aidil.
"Hehehe.Nisah tengok dekat dalam tadi tak ada orang Nisah keluarla.Dah okay dah sikit kaki ni dari tadi tak boleh berjalan langsung"kataku.
"Budak-budak tu tengah bersihkan diri masa-masa macam ni.Itu sebab senyap rumah tu.Haaa.Ibu masuk dulu nak bersiap dah nak maghrib ni.Kamu berdua masuk la cepat bersiap kita ada majlis malam ni"kata Ibu lalu beredar masuk me dalam rumah.
"Majlis?Encik tak bagi tahu saya apa-apa pun saya mana bawa baju lebih.Takkan Encik nak suruh saya pakai baju siang tadi kot"kataku merungut kepada Encik Aidil.
"Saya nak surprise kan awak.Pergi masuk bilik Azlin minta dekat Azlin baju yang saya bagi dia tadi.Saya dah pesan masa awak tidur tadi dekat Azlin"kata Aidil lalu turut beredar meninggalkanku.
"Pakai ya"kata Aidil sambil sempat menoleh kepadaku memberikan senyuman.
Aku kebingungan lalu terus pergi ke bilik Azlin seperti yang diminta oleh Encik Aidil.
"Azlin,ada tak Abg Aidil bagi sesuatu dekat kamu?"tanyaku kepada Azlin.
"Haaa.Ada.Ni tadi Abg suruh bagi dekat Akak"kata Azlin sambil menghulurkan satu bungkusan beg kertas.
Aku pun mengambil beg kertas itu daripada tangan Azlin dan mengeluarkan barang di dalam beg tersebut.
"Waaa.Cantiknya.Cepatlah Kak pakai Azlin nak tengok"kata Azlin apabila melihat sepasang jubah yang berwarna biru muda dikeluarkan dari beg kertas itu.
"Haishhh.Tunggu la bagi Akak mandi dulu"kataku.
"Untungnya ada orang sayang kan, Kak?"kata Azlin.
"Ehhhh.Kamu tu muda lagi ya tak tahu apa pun.Dahlah Akak nak mandi"kataku lalu bersiap untuk ke bilik air.
"Malulah tu"kata Azlin ketika aku beredar.
################################
Setelah selesai mandi.Aku memakai baju yang diberikan oleh Encik Aidil.Satu je aku pelik mana dia tahu aku suka baju warna biru muda ni.Setelah selesai mengambil wuduk kami semua berjemaah solat maghrib dan isyak di ruang solat di rumah itu.Ruang solat antara perempuan dengan lelaki dipisahkan dengan tirai langsir.
Aku melihat sebelum solat maghrib ada tetamu datang untuk solat berjemaah bersama-sama dengan kami.
"Tetamu kita dah datang"kata Ibu yang duduk di sebelah ku.
"Siapa Ibu?"tanyaku.
"Kawan Ibu masa jadi cikgu dulu"jawab Ibu.
Setelah selesai solat Isyak,aku segera membantu Ibu,Mak Jah dan Azlin untuk menyediakan makan malam.Walaupun telah ditegah oleh Ibu kerana kaki yang masih sakit itu.Aku tetap teruskan membantunya kerana bagi aku kaki yang sakit bukannya tangan.Setelah habis membantu apa yang patut di dapur barulah aku menyertai jamuan makan bersama Encik Aidil dan lain-lain di dewan makan.
"Nisah,duduk sini sebelah Ibu"panggil Ibu.
"Zainal,kenalkan ni Anisah bakal menantu aku,bakal isteri untuk Aidil.Maniskan muka dia"kata Ibu.
"Ibu,apa ni?"kata Encik Aidil.
Aku hanya tunduk menahan malu.Sahlah malu sebab tetamu yang datang tu Dato' Zainal dengan anaknya Irfan.Apalah Irfan fikir pasal aku bila Ibu cakap aku ni bakal menantu dia.
"Assalamualaikum,Nisah.Cantik awak malam ni.Nampak lain.Kalau dekat office nampak berkerjaya tetapi di sini macam bidadari" kata Dato' Zainal.
"Dato' janganlah puji saya lebih-lebih malu saya"kataku.
"Saya cakap betul la.Betul tak Irfan?Irfan?"kata Dato' Zainal kepada anaknya,Irfan.
"Office ?Bukan kamu kerja dengan Aidil"tanya Ibu kebingungan.
"Ibu.Kan syarikat kami berkerjasam untuk buka lagi satu cawangan.Jadi Anisah ni pekerja saya dan juga Pak Cik Zainal"terang Aidil kepada Ibu.
"Ooo.Ibu faham dah"kata Ibu.
Selesai makan malam.Dato' Zainal dan Irfan meminta diri untuk pulang begitu juga denganku dan Encik Aidil.
"Terima kasih la,Kalsom untuk makan malam hari ini.Sedap.Aku minta diri dulu.Ni sedikit sumbangan untuk rumah ni"kata Dato' kepada Ibu.
"Sama-sama.Tak ada apa la yang aku boleh balas atas semua jasa kau pada rumah ni.Terima kasih.Semoga Tuhan murahkan rezeki kamu sekeluarga.Kirimkan salam aku pada Sal ya?"kata Ibu.
"Yelah.Terima kasih Aidil,Nisah.Kita jumpa esok ya dekat office"kata Dato' Zainal kepadaku Dan Encik Aidil.
"Sama-sama,Dato'.Insyaallah"kata Aidil sambil menyalaminya.
" Sama-sama,Dato'.Insyaallah"kataku.
"Ibu,kami pun nak balik la.Dah lewat ni.Saya nak kena hantar Nisah ni balik takkan nak suruh dia yang bawa kereta dengan kaki yang masih sakit tu"kata Aidil.
"Haaa.Elok tu Aidil.Tak elok bawa anak dara orang keluar sampai lewat malam.Elok-elok bawa kereta tu.Nisah nanti datang lagi sini ya?"kata Ibu.
"Yalah,Ibu"jawab Encik Aidil sambil menyalami Ibu.
"Terima kasih,Ibu atas layanan yang diberikan.Insyaallah kalau ada kelapangan saya datang lagi"jawabku sambil memeluk dan memcium pipi wanita itu.Walaupun baru kenal tetapi hubungan kami sudah rapat seperti anak beranak.
"Sama-sama.Jaga diri elok-elok.Kirim salam pada keluarga kamu nanti"kata ibu kepadaku.
Aku pun menaiki kereta Avanza milik Wati yang dipandu oleh Encik Aidil.
Sor
YOU ARE READING
I Will Be Waiting For You
Teen FictionDalam ni ada poem then baru cerita.Siapa yang tak nak baca poem boleh skip.