Inilah Saatnya

138 3 2
                                    

Setelah aku dengan Aidil berkahwin,aku dengan Aidil membuat keputusan untuk duduk di Pulau Pinang.Kenapa Pulau Pinang?Sebab dekat Pulau Pinang ni banyak benda yang aku suka terutama makanan.Ada pasembor.Ada nasi kandar.Waaa sedapnya.Hahaha.Itu sebab sampingan je aku suka duduk Pulau Pinang ni.Sebab pentingnya adalah Aidil nak meninggal di tepi laut.Hishhh.Kalau nak ikutkan,tak nak aku nak ikutkan kemahuan dia ni.Tapi nak buat macam mana kan?Itu yang dia nak.Aku suruh dia buat pembedahan lagi sekali.Dia tak nak. Mungkin sebab Doktor Amir kata risiko pembedahan tu lebih  tinggi daripada sebelum ni dan Doktor Amir juga menasihatku untuk menggunakan masa2  terakhir dia bersamaku dengan membahagiakannya.Dia nak ada rumah di tepi pantai dan dia nak ada isteri yang cantik dan anak2 yang ramai dan comel di sisinya.Kalau nak ikutkan merepek juga apa yang dia nak ni.Memang merepek pun kata nak ada isteri yang cantik.Tapi alih2 aku jadi isteri dia.Aku ni bukan cantik  pun.Bila aku tanya Aidil "Siapa cakap?Semua ciptaan Allah semuanya cantik".Hmmmm.Betul juga apa yang dia cakap tu.

Setelah dua bulan berkahwin dengan Aidil,kami mendapat berita yang aku mengandung tiga minggu. Gembiranya suami aku,Aidil waktu tu memang tak boleh aku lupa. Gembira suamiku makin jelas apabila aku selamat melahirkan anak sulung kami yang kami namakan Muhammad Nur Amran Bin Muhammad Aidil.Ehhh bukan aku yang namakan tapi suami aku yang beria-ria nak letak nama seiras-iras nama Irfan tu.Aku ikutkan je la.Asalkan dia gembira.Ya,aku senang tengok senyuman dia,gelak tawa dia,muncung mulutnya apabila merajuk dengan aku.Aku senang aku gembira cukup gembira.Tapi aku sedih bila melihat muka dia pucat,letih dan lesu kadang2.

Apa yang tidak diingin oleh aku dan keluarga benar2 terjadi.Walaupun kami tahu itu akan berlaku kami harap sangat ia takkan berlaku.Tapi semuanya ketentuan Allah.Ketumbuhan dalam otak Aidil tumbuh lagi.Ketika itu,umur Amran baru sahaja setahun.Aidil cakap lebih elok dia pergi awal supaya Amran nanti tidak akan berasa sedih bila dia tidak ada nanti.

"Makin lama Abg dengan dia maka makin sayang la nanti dia dengan Abg.Jadi makin susahla nanti dia nak lupakan Abg"kata Aidil kepadaku.

"Dia tak akan lupakan Abg walaupun Abg dengan dia cuma sekejap.Sebab Abg ni ayah dia"balasku kepada Aidil.

"Awak akan lupakan Abg?"tanya Aidil kepadaku.

"Ya,kalau Allah yang takdirkan saya untuk lupakan Abg.Tapi saya tak akan lupakan Abg selagi Allah tidak takdirkan saya untuk lupakan Abg"kataku kepada Aidil.

"Abg tahu takdir.Sebab takdir la Abg ada dekat sini dengan Anis.Dengan Amran.Jaga diri elok2 bila Abg tak ada ya?Abg sayangkan Anis.Abg sayangkan Amran"kata Aidil sambil meletakkan kepalanya di atas ribaku.

"Ye2.Anis tahu.Anis pun sayangkan Abg.Amran pun"kataku kepada Aidil sambil mengusap rambutnya.

"Assalamu'alaikum"kata Aidil.

"Kenapa Abg?Ada orang bagi salam ke?Anis tak dengar pun"kataku kepada Aidil.

"Ada la Anis depan tu.Dia lambai dekat Abg.Anis tak nampak ke?"kata Aidil kepadaku sambil menunjukkan jari ke arah pantai.

"Abg,mengucap ya Abg?Ikut Anis"kataku kepada Aidil sambil menahan diri daripada menangis.

Aku kemudian mengajar suamiku itu mengucap.Setelah dia mengucap,dia menghembuskan nafas terakhirnya di dalam pelukanku.Air mataku tidak dapat disekang lagi.Air mataku terus mengalir dengan laju selepas itu.Tak sangka itulah hari terakhir aku bersama-sama dengannya.

Setelah suamiku Aidil meninggal dunia,semua hartanya telah jatuh kepadaku dan anakku,Amran.Berat hati untuk pulang semula ke Kuala Lumpur setelah hampir tiga tahun tinggal di Pulau Pinang. Walaupun hanya tiga tahun di sana,tapi aku terasa lama aku duduk di sana kerana banyak kenangan aku di sana.Di sanalah tempat aku dengan Aidil bermanja,bergurau dan bersedih dalam mengharungi cabaran hidup.Di sana juga la tempat Amran bermain dengan ayahnya.Walaupun Amran masih lagi kecil tapi aku yakin Amran dapat merasai kasih sayang ayahnya kepadanya.Aku dan Amran harus kembali ke Kuala Lumpur kerana Syarikat Iskandar & Co. masih perlukan khidmat aku bagi menggantikan Aidil.Dalam surat wasiat Aidil pun,Aidil ada memintaku untuk terus berkhidmat kepada Syarikat Iskandar & Co. kerana aku sudah menjadi sebahagian daripada syarikat tersebut.Malah sebelum aku bertemu dengannya pun syarikat itu sudah menjadi sebahagian daripada aku katanya sebab syarikat itu milik Iskandar juga iaitu abang kandungku sendiri.Aidil juga ada mewasiatkanku untuk berkahwin dengan Irfan.Tapi aku boleh menolaknya wasiat tersebut jika Irfan juga menolak.Tapi jika sebaliknya aku kena terima Irfan sepertimana aku cuba untuk menerima Aidil pada mulanya.

I Will  Be Waiting For YouWhere stories live. Discover now