Setelah setengah jam menunggu akhirnya doktor keluar juga dari wad itu.
"Macam mana dengan Aidil,doktor?"kata Iskandar kepada Doktor Amir.
"Jangan risau.Dia cuma pengsan sahaja.Encik ni siapa ya?"kata Doktor Amir kepada Iskandar.
"Ohh.Saya Iskandar kawan Aidil.Doktor jangan risau apa2 doktor boleh beritahu saya.Saya dah tahu hal sebenar"kata Iskandar kepada Doktor Amir.
"Hmmm.Keluarga dia tak tahu ke?"tanya Doktor Amir kepada Iskandar.
Iskandar menggeleng.
"Kita kena buat pembedahan itu secepat mungkin.Ketumbuhan didalam kepalanya itu semakin membesar"kata Doktor Amir kepada Iskandar.
"Apa ketumbuhan?"kataku dan Irfan serentak sambil memandang Doktor Amir dan Iskandar.
Wati yang hanya mendengar turut terkejut.
"Ya.Ketumbuhan.Aidil menghidap barah otak tahap empat.Dia buat semua ni sebab dia sakit"kata Iskandar.
"Boleh kami masuk bertemu dengannya?"kata Iskandar kepada Doktor Amir.
"Boleh.Tapi pesakit perlu banyakkan berehat.Saya minta diri dulu"kata Doktor Amir kepada mereka.
Aku,Iskandar,Irfan dan Wati masuk ke wad di mana ditempatkan Aidil.
"Korang semua boleh keluar la.Dah tak ada apa dah aku rasa nak kena selesaikan dekat sini"kata Iskandar.
"Apa maksud Abg?Tak ada benda nak di selesaikan?Beritahu Nisah apa semua ni?Kenapa Aidil tak bagi tahu Nisah selama ni Abg ni partner dia?"kataku kepada Iskandar.
"Abg tak nak cakap apa2 buat sementara ni.Nisah balik la.Irfan,bawa Anisah balik"kata Iskandar kepadaku.
"Tak!Selagi kita tak selesaikan dekat sini"kataku sedikit membentak.
"Nisah,jom kita balik.Tak elok la kita kecoh2 ni.Aidil perlukan rehat"kata Irfan kepadaku.
"Tak!Aku tak kan berganjak selagi aku tak ada jawapan.Aidil,bangun!Apa awak nak cakap tadi dekat saya?Awak nak cakap awak tak sayangkan saya?Awak tak cintakan saya?"kataku kepada Aidil yang sedang terbaring.
"Nisah,Aidil tidur tu.Jom kita balik pejabat ya?"kata Irfan kepadaku sedikit lembut.
Aku menangis lalu ingin melangkah keluar dari bilik tersebut bersama Irfan.
"Saya nak cakap.Saya tak bencikan awak.Tak pernah walau sekali.Saya sayangkan awak"kata Aidil kepadaku agak perlahan suaranya.
"Awak sayangkan saya?Tapi semua ni?Apa ni?"kataku kepada Aidil.
"Nisah!"panggil Iskandar.
"Tak apa,Is.Aku ok"kata Aidil kepada Iskandar.
"Pada mulanya,Iskandar memang menyuruh saya membaikkan hubungan awak dengan Irfan.Memandangkan Irfan adalah orang yang buat hati awak terluka selama ini.Jadi memang sepatutnya Irfan yang kena sembuhkan balik luka awak tu.Memang saya berjaya lakukannya.Ada rasa cemburu di dalam hati Irfan terhadap saya.Beerti Irfan pun mencintakan awak juga.Cuma saya tak faham kenapa dia tak pernah mengaku pada awak.Mungkin sebab ego.Sebab ego korang mengatasi segalanya.Disebabkan ego Irfan dan awak ,saya telah mengambil kesempatan ini untuk rampas awak daripada Irfan.Ya,memang saya nak pisahkan awak dengan Irfan.Tapi itu semua sebab saya sayangkan awak,Anis.Saya dah terjatuh cinta pada awak tanpa saya sedar"kata Aidil.
"Pasal Wati tu saya saja je cakap Wati ni teman wanita baru saya.Sebab..."kata Aidil lagi.
"Sebab awak nak saya tinggalkan awak dalam keadaan awak macam ni.Dalam keadaan hakikatnya saya patut berada dengan awak,waktu awak susah ni.Tapi awak.Awakkk kejam!Kenapa awak tak bagi tahu saya perkara sebenar?Kenapa awak tak bagi tahu saya pasal penyakit awak?Awak lagi teruk dari Irfan.Awak tahu tak?Sekurang-kurangnya Irfan tak lari daripada saya tapi awak.Awak memang kejam!"kataku sambil menangis lalu beredar dari bilik wad itu.
YOU ARE READING
I Will Be Waiting For You
Teen FictionDalam ni ada poem then baru cerita.Siapa yang tak nak baca poem boleh skip.