"Aahhhhh"
Terjerit aku apabila ada tubuh yang berdiri tegap di hadapan aku. Kakiku secara automatik berundur kebelakang. Tapi aku lupa yang lantai bilik air dan bilik tidur Haris tidak sama rata. Dan..
"Aahhhhh"
Lagi sekali aku menjerit apabila kakiku meminjak lantai bilik air yang rendah berbanding lantai bilik tidur Haris. Tapi belum sempat punggung ku mencium lantai bilik air, ada tangan yang memeluk pinggangku erat.
Haris.
Aku pegang dada. Perh nasib baik selamat kalau tak, sakit punggung aku ni. Nak guna lama lagi kut.
"Ish menjerit kenapa ? Ni Haris lah bukan hantu" kata Haris sambil matanya galak memandang tubuhku yang hanya berbalut tuala.
Cepat-cepat aku lepaskan diri dari Haris. Ni kalau biar lama-lama nanti bukan setakat mata je jadi liar.
"Mata tu boleh jaga sikit tak. Dasar miang" kataku sambil terus berjalan keluar dari bilik air. Muka tahan malu je. Bukan tak biasa berkemban depan Haris tapi dah lama kut tak macam ni dengan Haris.
"Alaa macam tak biasa" kata Haris sambil berjalan di belakangku rapat. Sesekali tangannya tersentuh punggungku.
Betul gatal Haris ni.
"Jalan jauh jauh sikit boleh tak ?" Sampai di birai katil aku ambil baju yang di beri Mia. Baju tshirt lengan panjang labuh mungkin boleh cecah punggungku.
"Bilik ni bukan luas sangat pun dan apa salahnya jalan dekat dekat" balas Haris sambil duduk di birai katil bersebelahan pakaian tidurku.
"Whatever. Saya nak pakai baju"kataku sambil turut mengambil baju dalamku. Nasib baik saiz buah dadaku sama dengan saiz Mia. Alaa umur kitaorang pun bukan jauh sangat. Tua setahun dari aku je Mia tu. Lagi pun takkan nak pakai yang sama dari pagi tadi. Euu gatal la nanti.
"Saiz awak sama ke dengan Mia ?" Soal Haris.
Muka aku tak payah cakaplah, malu kut. Tak pasal pasal Haris tahu saiz Mia berapa. Nasiblah kau Mia, abang kau dah tahu saiz kau.
"Mana awak tahu ni baju dalam Mia?" Tanyaku sambil memandang tepat ke arah Haris.
"Oh sebab saya yang teman dia beli bra ni. Dia beli dua kan corak bunga bunga ni ?" Sambil menunjukkan baju dalam yang tengah aku pegang sekarang ni.
Ah diorang ni memang rapat betul. Sampai beli baju dalam pun Mia tak kisah Haris teman.
Aku angguk. Em dah memang betul ada dua tadi. Dia cakap dia baru beli minggu lepas dan ada dua pasang. Jadi dia bagi aku satu.
"Jadi betul la saiz awak sama dengan Mia ?" Haris kembali menyoalku.
Ish dah tahu tanya juga. Malas aku nak layan. Aku pun terus pusingkan badan membelakangkan Haris yang duduk sahaja di katil.
"Saya nak pakai baju ni"
"Pakai jela. Macam tak biasa"
Aku pandang Haris balik. Haris tersenyum.
"Ish gatal la awak ni. Keluarlah. Saya malaslah nak pakai dalam bilik air. Rimas. Kejap je saya pakai" kataku sambil menarik Haris bangun. Tapi sikit pun tak berganjak.
"Pelik lah"
"Apa yang pelik pula ni ? Haris cepatlah keluar" kataku sambil cuba menariknya lagi untuk bangun.
"Bukan malam malam awak tak pakai bra ke ? Lagi satu. Baju ni dah cukup labuhkan ? Asal nak pakai seluar panjang juga ?" Tanya Haris sambil menunjukkan seluar panjang yang aku pinjam dari Mia.
YOU ARE READING
Masih Aku Cinta
RomanceHampir 2 bulan hidup sebagai seorang isteri kepada seorang pensyarah muda tidak pernah disesali Saffiya Aliya. Tidak pernah menyesal mencintai lelaki yang terpaksa di kahwinnya atas wasiat arwah ayahnya. Pelbagai kenangan di cipta pasangan ini. Cin...